Tag Archive: Masjid Bukit Padang


Tarikh : 30, 31 Julai dan 1 Ogos 2016

Lokasi : Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Masjid Bandaraya dan LHDN Kota Kinabalu

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

img-20160730-wa022320160730_194353 20160730_205737 20160730_20590020160730_22044020160730_220452img-20160730-wa0222img-20160730-wa0225

Masjid Bandaraya 

20160731_193056 20160731_210828

 

Wisma LHDN Karamunsing Kota Kinabalu

20160801_105017 20160801_105055 20160801_105108 20160801_120612img-20160801-wa0140img-20160801-wa0150 20160801_132525

8 Ramadhan : Isyak & tarawih di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang Kota Kinabalu.

9 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Surau al-Falah Taman St Paul Semporna.

10 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil Putatan.

11 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas.

12 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid Kg Sembulan Lama, Kota Kinabalu.

13 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Surau Taman Sri Gaya Kota Kinabalu.

14 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid Jamek Kg Ulu Putatan.

 

Barangkali saya antara ribuan mereka yang turut bergembira dengan keputusan pihak berkenaan untuk mengadakan bangunan sendiri untuk Sekolah Agama Rakyat Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang yang kini masih sebumbung dengan masjid. Meski pun saya bukan jamaah tetap di masjid berkenaan, tetapi sesekali ada juga timbul di sini dan sepanjang 2011 ada 2-3 kali dijemput sebagai khatib oleh imam masjid berkenaan.

Sedikit nostalgia, isteri saya pernah mengajar beberapa ketika di sekolah berkenaan. Jadi saya sering juga berulang alik menghantar dan mengambil pada waktu petang. Sesekali saya solat asar di sini. Teman-teman lama juga ramai yang berjemaah di sini dan saya kerap berurusan dengan mereka, antaranya Ustaz Haji Abdullah Din, Ustaz Mohd Khidir Ishak dan Che’gu Jamil Dayan.

Saya dimaklumkan keperluan mengadakan bangunan sendiri sekolah agama begitu mendesak sekali. Selain kesedaran dan sokongan ibu bapa menghantar anak-anak, saya difahamkan ruang solat masjid itu sendiri perlu diperbesarkan merangkumi ruang bilik-bilik darjah yang berada di sebelah belakang memandangkan kehadiran untuk solat jumaat khususnya semakin sesak. Difahamkan juga cita-cita untuk mendirikan bangunan sekolah berkenaan di sebelah kiri masjid sudah kedengaran 4-5 tahun lepas (mungkin juga lebih awal daripada itu).

Khabarnya pelancaran pecah tanah berjalan dengan baik oleh Ybhg Pengerusi JK Masjid berkenaan dihadiri oleh jamaah masjid termasuk para penyumbang. Dana pembangunan menelan belanja jutaan ringgit disumbangkan oleh umat Islam yang ingin melihat tertegaknya sebuah kompleks sekolah agama untuk menampung para pelajar di sana.

Tapi sumber yang saya dengar selepas itu khabarnya pembinaannya pula  bermasalah. Tanah berkenaan pula disewakan kepada pihak lain. Apabila kawasan berkenaan dipagar, ramai jamaah yang begitu gembira sekali kerana menyangka projek akan bermula. Namun begitu, saya berdoa semoga apa jua masalah akan diselesaikan secepat mungkin dan tiada niat yang menyeleweng daripada cita-cita asal membina sekolah yang diimpikan oleh umat Islam.

Klik foto bawah untuk lebih besar.

Khatib : Ustaz Mas’ud Baharuddin

Lokasi : Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah dia dari golongan musyrikin. Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (Surah Al-An’am, ayat: 161-162).

Ayat ini memberikan umat Islam panduan dan petunjuk jalan yang lurus, benar dan betul dalam melakukan amal ibadah seharian sama ada ibadat khusus seperti Solat, puasa, Zakat, Haji dan lain-lain. Begitu juga dalam amal ibadat umum seperti berniaga, bercucuk tanam, mengajar mendidik anak-anak, bekerja di pejabat mengurus urusan umat, hospital merawat orang sakit, bekerja di kilang, restoran, bekerja apa jua bidang pekerjaan dan sebagainya.

Semua amal ibadat sama ada yang khusus atau umum itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Inilah keindahan dan hikmah kehidupan dan amalan umat Islam semuanya ada nilai di sisi Allah SWT dan Allah SWT jualah yang akan memberikan ganjaran dan balasan pahala yang berganda-ganda di sisi-Nya.

Masyarakat kita tanpa sedar telah menjadikan kepercayaan amalan adat tradisi dan budaya turun-temurun yang menyalahi aqidah dan Syariat masih diamalkan, iaitu berkaitan dengan amalan perbomohan dan bomoh yang menggunakan jin atau gimbaran atau menggunakan sihir. Perlu diingatkan amalan ini boleh membawa kepada syirik. Pada hal Allah SWT telah menyatakan di dalam Al Quran, firman-Nya :

“Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. (Surah Al-Jin, ayat: 6)

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menghuraikan ayat ini : Setengah Ahli Tafsir memberikan tafsiran/makna tentang ayat ini seperti berikut: Yakni kerana dengan permintaan itu dapatlah golongan jin itu dengan hasutannya menjadikan golongan manusia yang tersebut bertambah-tambah dosa. Peringatan daripada Nabi SAW supaya tidak mendatangi tukang ramal atau bomoh, sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”. (HR Muslim). Oleh itu, jauhilah amalan perbomohan yang berlawanan dengan Aqidah dan Syariat Islam, jangan sekali-kali berubat dengan bomoh yang mengamalkan sihir dan juga mereka yang menurun atau menggunakan jin.

Khatib : Ustaz Awang Juri Awang Tahir

Lokasi : Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang

Seiring dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat.  Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan baginda Rasulullah SAW lagi. Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.

Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ianya menjadi makanan ruji semua penduduknya. Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”

Firman Allah (at-Taubah 103) :”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

%d bloggers like this: