Tag Archive: Masjid al-Kauthar Tawau


Tarikh : 22 April 2015

Lokasi : Masjid al-Kauthar Tawau

Temuduga calon-calon di Tawau untuk dibawa ke Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Ada beberapa calon yang menonjol dari zon Tawau ni. Terima kasih pelajar maahad yang berada di Tawau dan membantu kerja-kerja keurusetiaan. Nurhamisah, Ramdan, Taufik dan Nizam.

ALKAUTHAR

Tarikh : 29 Mac 2014

Tempat : Masjid al-Kauthar, Bandar Tawau

Alhamdulillah, kesempatan untuk mengisi satu slot ceramah khas di sebuah masjid yang terbesar di Sabah ini adalah sesuatu yang saya idamkan. Saya isikan masa dengan menceritakan kesyumulan Islam – aqidah, syariah dan akhlak. Serta sedikit berkenaan dengan promosi Maahad Tahfiz, mudah-mudahan ia menjadi ingatan dan kenangan yang baik.

Terima kasih sahabat-sahabat yang memberikan ruang berharga ini.

Ceramah @ Masjid al-Kauthar (1) Ceramah @ Masjid al-Kauthar (2) Ceramah @ Masjid al-Kauthar (3) Ceramah @ Masjid al-Kauthar (4) Ceramah @ Masjid al-Kauthar (5) Ceramah @ Masjid al-Kauthar (6)

Masjid berharga RM30 juta ini dirasmikan pada 13 Ogos 2004 oleh Yang Di Pertuan Agong ketika itu Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Boleh memuatkan jamaah sekitar 17 ribu pada satu-satu masa, meletakkan masjid ini sebagai masjid terbesar di negeri Sabah. Ia merupakan antara syiar perkembangan Islam di Sabah khususnya di daerah Tawau ini.

Saya dimaklumkan bahawa daerah Tawau ini mempunyai lebih kurang 124  buah masjid dan 60 buah surau. Pengalaman bermusafir ke daerah ini – walaupun tidak selalu – biasanya menemukan masjid atau surau yang agak baik aktiviti pengimarahannya. Hampir setiap kali musafir ke sini, walau apa program sekalipun, saya diundang untuk mengisi satu dua program tazkirah dengan notis yang singkat.

Selain aktiviti ceramah dan kuliah, masjid ini juga menjadi pusat aktiviti mengadakan pelbagai kursus dan seminar untuk umat Islam sekitar Tawau, majlis pernikahan dan sebagainya. Mudah-mudahan aktiviti pengimarahan akan terus subur di masjid ini.

%d bloggers like this: