Tag Archive: Masjid al-Hilal


Masjid Hilal Tg Dumpil

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tg Dumpil Putatan

Ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan adalah penting di dalam kehidupan manusia. Ia perlu dimiliki oleh setiap orang lebih-lebih lagi umat Islam sepanjang zaman. Kemuncak kebijaksanaan ialah mengenal Allah dan takut kepadaNya.

Sesungguhnya kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya ada kalanya mendatangkan kebaikan dan kebahagiaan, dan ada kalanya mendatangkan keburukan dan kerosakan. Ia bergantung kepada manusia yang menggunakannya.

Mereka yang beriman sudah tentu menggunakan kebijaksanaannya untuk kebaikan kepada semua makhluk, manakala yang kufur kepada Allah SWT sudah tentu menggunakan kebijaksanaan untuk membuat kerosakan dan kemusnahan.

Dengan kebijaksanaan, manusia dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru, dan merekacipta pelbagai peralatan dan kemudahan dalam kehidupan mereka sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Peralatan moden dan canggih boleh membantu keselesaan dan kesenangan hidup mereka.

Tetapi kebijaksanaan mereka juga boleh mendatangkan kecelakaan dan kemusnahan kepada kehidupan makhluk apabila ia disalahgunakan. Maka di sini pentingnya ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan itu dibimbing oleh agama yang benar iaitu Islam, supaya kebijaksanaan itu dimanfaatkan bagi kepentingan dan maslahat umum serta tidak sekali-kali digunakan untuk merosakkan kehidupan manusia dan alam sejagat.

Dalam peristiwa sebelum berlakunya al-Isra wal mikraj, Nabi SAW dibedah dadanya dan setelah dicuci dan dikeluarkan segala kekotoran daripada hatinya. Diisikan dengan keyakinan, iman, hikmah, kesabaran, ilmu pengetahuan dan Islam.

Tarikh : 4 Jun 2013 (Selasa)

Tempat : Masjid al-Hilal, Kg Tanjung Dumpil Putatan

Allah SWT menjemput RasulNya SAW sebagai tetamu kerajaan yang besar tiada tandingan. Tetamu negara dibawa melihat kehebatan negara dan diberi taklimat di dalam bilik. Sementara Nabi SAW dibawa melihat projek Allah SWT dengan melawat alam langit, alam dunia, alam barzakh, akhirat, alam nyata dan ghaib.

Nabi SAW dijemput setelah menghadapi ujian yang bermacam-macam setelah dilantik menjadi Rasul kepada seluruh alam, berbeza dengan para nabi sebelumnya, diutus kepada kaumnya, atau negerinya.

Nabi SAW berjiwa besar dengan mengatasi semua halangan. Kehebatan peribadinya ditunjukkan dalam perjuangan di peringkat awal lagi. Menjadi sunnatullah dalam perjuangan, para sahabat baginda dibelasah, dibunuh, cedera sementara dua orang yang berpengaruh iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Tolib wafat.

Pelbagai cabaran lagi dihadapi oleh baginda. Namun Allah SWT mentakdirkan pada ketika inilah Rasulullah SAW dibawa naik bertemu Allah SWT dalam peristiwa al-Israk wal Mikraj.

Israk Mikraj @ Hilal (1) Israk Mikraj @ Hilal (2) Israk Mikraj @ Hilal (3) Israk Mikraj @ Hilal (4) Israk Mikraj @ Hilal (5) Israk Mikraj @ Hilal (6) Israk Mikraj @ Hilal (7) Israk Mikraj @ Hilal (8) Israk Mikraj @ Hilal (9) Israk Mikraj @ Hilal (10) Israk Mikraj @ Hilal (11) Israk Mikraj @ Hilal (12)

 

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tg Dumpil Putatan

Tindakan dan kejadian yang sepatutnya menyentuh hati dan naluri umat Islam di seluruh dunia. Menguji keimanan seluruh umat Islam, sejauh mana mereka bertanggungjawab untuk menjaga amanah membantu saudara seagama walaupun jauh beribu batu. Mereka yang menjadi saudara seaqidah kita dikepung, ditangkap, dipenjara, disiksa dan dibunuh oleh Zionis Laknatullah, kerana mereka – umat Islam di Palestin ingin agama Islam ini tertegak di dalam pemerintahan dan seluruh kehidupan mereka.

Jangan kita merasa hairan dengan sikap Yahudi Zionis yang melakukan kekejaman ini. Mereka membunuh orang tua, kanak-kanak dan perempuan. Ingat! Bangsa ini jugalah yang pernah membunuh para Nabi dan Rasul AS sebagaimana firman Allah SWT :

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka (bahawa Allah akan menghukum mereka) dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Ali Imran : 21)

Bahkan para ulama Yahudi pernah memberi fatwa membenarkan tenteranya membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka, kerana bangsa lain adalah haiwan dan binatang, terutama umat Islam, tetapi Allah SWT telah menetapkan bahawa cahaya agama Islam ini akan terus bersinar.

Cahaya dan hidayah Islam akan sampai di mana  sahaja cahaya matahari akan sampai. Allah SWT menjanjikan bahawa akan sentiasa ada hambaNya yang menjadi pejuang dan akan mempertahankan agama Islam ini walau darah dan batang tubuhnya menjadi pertaruhan.

Allah SWT telah memilih segolongan umat ini yang tidak boleh dikalahkan sehinggalah Allah SWT memberi keputusan, memenangkan Islam dan menghapuskan Yahudi. Allah SWT telah menunjukkan kepada kita melalui sabda Rasulullah SAW :

“Akan tetap ada satu kumpulan di kalangan umatku, mereka bangun berdiri menegakkan kebenaran agama ini. Mereka tidka boleh dilemahkan dan tidak boleh dikalahkan oleh orang yang mengecewakan mereka, sehinggalah datang keputusan daripada Allah SWT. Para sahabat bertanya, siapakah golongan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Mereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan mereka yang berada di sekitar Baitul Maqdis”.

Hari ini sudah ada kumpulan-kumpulan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, mereka tampil dengan gagah berani, mereka cinta dan rindukan mati syahid bagi mempertahankan umat Islam dan tanah suci mereka. Kita melihat kebangkitan kumpulan Harakah Muqawamatul Islamiyyah (HAMAS) di Palestin dan Ikhwan Muslimin yang kini menguasai pemerintahan di Mesir melalui Presiden Dr Mohammed Mursi yang merupakan seorang penghafaz al-Quran, serta didukung oleh kumpulan-kumpulan Islam yang lain.

Saya tabik kepada kesungguhan dan keistiqamahan mereka yang terlibat di Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil Putatan menganjur dan menyertai kelas Talaqqi al-Quran yang dibimbing oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok al-Hafiz. Saya dimaklumkan kelas berkenaan bermula sejak 4-5 tahun lalu (sejak masjid lama, masjid sementara dan kini masjid baru), diadakan selepas solat maghrib, bersambung selepas solat isyak sehingga lewat malam sekitar jam 10-11 malam, seminggu sekali, setiap isnin malam selasa.

Ramai atau sedikit yang hadir, kelas tetap berlangsung dan ketabahan Ybhg Datuk Haji Mokhtar membimbing mereka wajar dihargai. Saya mengetahui betapa cintanya beliau terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran. Di Masjid Negeri Sabah, kelasnya sudah berlangsung lebih 25 tahun lalu, pelajar dewasa yang silih bertukar ganti, beralih lokasi bawah ke atas ke bawah, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya.

Dalam singgahan sebentar saya di masjid berkenaan tempohari, sempat juga saya melontarkan beberapa pandangan dan cadangan untuk menarik lebih ramai masyarakat ke masjid, baik golongan dewasa, remaja, kaum ibu, atau kanak-kanak. Fizikal Masjid al-Hilal sudah berubah wajah apabila bangunan baru berharga RM1 juta sudah mula diguna sebelum Ramadhan tempohari, tetapi jamaah lima waktu masih seperti sebelum ini.

Masjid baru, maka JK mesti punya semangat baru khususnya merangka aktiviti menarik masyarakat. Tiada salahnya mencari ruang untuk melawat masjid-masjid lain yang aktif (sama ada di Sabah atau luar Sabah), melihat aktiviti masjid lain yang boleh dikongsi sama. Kelas-kelas untuk kaum ibu seperti fardhu ain, kemahiran rumah tangga, mewujudkan Facebook Masjid bagi menarik belia mengetahui aktiviti masjid dan perbincangan sihat di dalam forum FB dan sebagainya boleh difikirkan. JK wajar mengadakan sesi brainstorming untuk meningkatkan fungsi masjid, memasyarakatkan masjid dan memesrakan masjid untuk semua.

Berbalik program talaqqi al-Quran di Masjid al-Hilal, masing-masing akan membaca sukatan al-Quran masing-masing untuk disemak oleh Ybhg Datuk, dan ia tetap membuka ruang kepada orang baru untuk menyertai kelas ini bila-bila masa saja. Silakan hadir ke masjid anak bulan ini.

IMG_7638

Tarikh : 27 Ramadhan 1430 / 17 Sept 2009 (pagi khamis)

Masa : Mulai 1 pagi

Tempat : Masjid al-Hilal, Kg Tanjung Dumpil Putatan. (Bersebelahan Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah)

Pembimbing utama : Ustaz Dr Hj Badrul Amin Baharon.

Penganjur : Dewan Ulama Negeri Sabah & Masjid al-Hilal.

Sahur disediakan. Muslimin Muslimat dijemput hadir.

masjidalhilal_copy

%d bloggers like this: