Kami singgah sebentar di Masjid al-Amal Kampung Luanti Ranau untuk solat jamak zuhur + asar, serta berehat melihat suasana nyaman di sekitar masjid berkenaan. Bersebelahan masjid ini terdapat sebuah dewan yang nampaknya ketika kami tiba sedang dimakmurkan dengan kursus jahit menjahit anjuran parti UPKO bersama kaum ibu yang memenuhi dewan bersama mesin-mesin jahit.

Sebelum pulang, saya sempat menyapa tiga orang murid sekolah suku dusun – Khairul Hamzah, Mohd Shazril Asyraf dan Mohd Izlan berumur antara 10-12 tahun. Barangkali menjadi kebiasaan bagi mereka untuk berjalan kaki selama sejam menuju ke SK Nalapak dari Kampung Luanti apabila mereka tertinggal bas yang membawa murid sekolah.

Ketika zaman persekolahan, saya pernah mendaki gunung Kinabalu. Rupanya menjadi kebiasaan mereka khususnya pekerja-pekerja suku dusun berumurĀ  40-50 tahun memikul tong gas dari bawah sehingga ke tengah gunung kinabalu bagi kegunaan pendaki-pendaki yang bermalam sebelum meneruskan pendakian pada awal pagi menuju ke puncak. Khabarnya bukan sekali, tetapi dua atau tiga kali sehari mereka pikul tong gas naik dan turun gunung.

Barangkali pakcik-pakcik itu dulu sekolah pun jalan kaki juga.