Penulis : Daria Binti Lamide

Jelajah Dakwah Sabah (JDS) adalah program tahunan MARSIS Pusat. JDS telah diteruskan lagi pada tahun ini di bulan ramadhan yang penuh barakah pada 30 Julai sehingga 2 Ogos 2013 dengan mengekalkan nama program itu sendiri. Lokasi-lokasi yang telah dikunjungi adalah  Inanam,  Tuaran, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Kundasang, Ranau, Sandakan dan Sukau.

Tujuan program ini bermatlamatkan penyebaran dakwah di samping mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat dan keluarga di Sabah sesuai dengan tempat yang telah dirancang. Dalam masa yang sama mendidik mahasiswa Sabah yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Luar Negara untuk mendalami selok belok perjalanan dan keperluan dakwah di Sabah.

Antara tujuan lain JDS ini dibuat agar dapat melahirkan mahasiswa yang berani ke hadapan dan menerajui cabaran masa selari dengan keperluan umat Islam sekarang yang dibelenggu dengan kekeliruan dalam pengamalan Islam sebagai cara hidup. Mahasiswa sebagai ikon dan suara umat dilihat mampu untuk membuat perubahan dalam komuniti masyarakat Sabah terutamanya.

Dalam masa yang sama membawa nama Marsis untuk pengenalan di peringkat sekolah menengah serta memberikat motivasi serta perkongsian tentang kehidupan di kampus kepada pelajar. Mudah-mudahan program yang telah dijalankan dengan izinNya ini dapat melahirkan mahasiswa dan pendakwah yang diperlukan.

Akhir sekali, sekalung penghargaan dan juga tahniah kepada pengarah program JDS’13 serta ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program besar ini. Tidak lupa juga kepada peserta, pihak Sabah Care dan juga wakil Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang turun padang bersama-sama dalam program kali ini.

Semoga usaha dan  amal kebajikan yang dilakukan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT. Dengan berakhirnya program JDS’13 ini terbuktilah bahawa mahasiswa-mahasiswi Sabah tidak hanya berada dalam kelompok pelajar tetapi juga mampu memenuhi keperluan masyarakat di Sabah.

JDS (1) JDS (2) JDS (3) JDS (4) JDS (5) JDS (6)

Daria Binti Lamide