Tag Archive: Majlis Ridha Muallim


RIDHA MUALLIM 2016

Tarikh : 26 Februari 2016

Lokasi : Dewan MTQQNS

Majlis yang asalnya diadakan untuk mendapatkan ridha dan restu guru sebelum pelajar menduduki peperiksaan semester atau peperiksaan akhir bagi semester enam. Ia kemudian seperti menjadi majlis perpisahan untuk saya pula, apabila semua mengetahui bahawa saya sudah mendapat surat untuk bertukar ke Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah JHEAINS di Wisma MUIS. Akhirnya ia menjadi majlis air mata pula.

Saya menerima pertukaran tersebut dengan senang hati dan akan berada di maahad sehingga akhir mac sesudah mendapat persetujuan daripada Ustaz Sidik Awang Adi, Timbalan Pengarah. Ini memandangkan pelajar maahad akan menduduki peperiksaan, dan saya mahu tugasan saya berakhir dengan baik dan tidak mengganggu tumpuan mereka.

C360_2016-02-26-10-45-58-236 C360_2016-02-26-10-46-14-220 C360_2016-02-26-10-46-43-616 C360_2016-02-26-10-47-17-146 C360_2016-02-26-10-47-31-033 C360_2016-02-26-10-48-37-011 IMG-20160226-WA0067 IMG-20160226-WA0072 IMG-20160226-WA0073 IMG-20160226-WA0075 IMG-20160226-WA0076 IMG-20160226-WA0080 IMG-20160226-WA0083 IMG-20160227-WA0122 IMG-20160227-WA0145 IMG-20160227-WA0146 IMG-20160227-WA0149 IMG-20160227-WA0159

MAJLIS RIDHA MU’ALLIM

Ada satu sesi di Maahad Tahfiz ini apabila saat-saat menjelang imtihan akan diadakan satu program ‘Ridha Mu’allim’ yang dikendalikan sendiri oleh para siswa-siswi al-Huffaz, tujuannya mencari keridhaan para pensyarah terhadap ilmu yang dicurahkan kepada mereka. Biasanya wakil siswa siswi, wakil pensyarah dan pengetua akan menyampaikan ucapan.

Di dewan maahad pada pagi jumaat, diadakan majlis berkenaan untuk sesi ini, kerana menjelang kurang sebulan daripada sekarang mereka akan menghadapi imtihan untuk semester 2, 4 dan 6. Bagi saya pula, ilmu adalah pinjaman Allah SWT, justeru kita semua adalah pemegang amanah sama ada menyampaikan atau menerima ilmu Allah SWT.

Sebahagian keberkatan ilmu itu hakikatnya ada pada adab kepada ilmu dan guru. Antara yang diajar oleh para alim ulama tentang adab ketika belajar sebagai antaranya membuang segala keistimewaan samada dari segi harta atau takhta yang masih tersemat dalam diri agar timbulnya perasaan hormat kepada guru dan bersedia untuk menerima ilmu dengan hati terbuka. Jika perasaan tinggi diri terus menguasai diri maka ilmu yang dicari tidak mampu diperolehi dengan sebaiknya kerana sentiasa diganggu oleh perasaan yang tidak suka ditegur, tidak mahu mendengar nasihat kerana sentiasa merasakan diri ini lebih daripada orang lain.

Pelajar juga tidak boleh berdendam kepada gurunya sehingga hilangnya perasaan hormat kepada guru yang banyak berjasa dalam mendidiknya. Sebarang kesalahan dan kesilapan guru mestilah dimaafkan kerana mungkin ia sebagai suatu ujian atau pengajaran berguna untuk kita jadikan pedoman apabila berada dalam alam yang lebih luas. Jangan banyak menceritakan keburukan yang ada pada guru kepada orang lain sehingga boleh menjatuhkan maruahnya. Tegurlah guru dengan cara yang sopan jika dia tersilap.

Kita pernah mendengar kisah bagaimana ada seorang Putera Mahkota seorang khalifah yang bakal menggantikan tempat ayahnya sebagai khalifah telah dibawa kepada seorang guru yang alim untuk belajar ilmu pengetahuan. Putera Mahkota ini merupakan seorang yang cerdik dan elok budi pekertinya. Pada suatu hari gurunya telah merotannya tanpa sebab tetapi beliau tidak terus bertanya kepada gurunya itu mengenai perkara tersebut.

Setelah beliau besar dan dilantik menjadi khalifah, dipanggilnya gurunya itu serta disoal tentang sebab beliau dirotan sedangkan beliau tidak membuat kesalahan. Dengan tegas gurunya menyatakan bahawa perbuatannya itu merupakan suatu pengajaran agar anak muridnya itu tidak menyakiti hati rakyat walaupun dengan perkara yang kecil setelah menjadi khalifah kerana doa orang yang dizalimi adalah doa yang maqbul.

Sebagaimana khalifah itu boleh mengingati tindakan gurunya itu maka begitulah juga dengan rakyat yang dizalimi akan mengingati kezaliman khalifah walaupun kecil. Mendengar penjelasan gurunya itu lalu khalifah itu mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberi selama ini.

Jika kita perhatikan bahawa¬†ulama’ silam begitu menitikberatkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.

Dalam majlis di dewan maahad pagi jumaat lepas, para siswa siswi yang telah menamatkan sukatan hafazan mengikut semester masing-masing menerima penghargaan daripada pihak pentadbiran maahad yang disampaikan oleh puan pengetua. Beberapa persembahan juga disampaikan oleh mereka menceriakan pagi jumaat kami. Buat mereka, saya ridha dengan sedikit ilmu yang dicurahkan. Ilmu yang ada hanyalah pinjaman Allah SWT.

%d bloggers like this: