Tarikh : 21 Disember 2015
Lokasi : Dewan MTQQNS
Guru Tasmik : Ustaz Sahiful Rahmat
Tarikh : 31 Mac 2015
Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah
Sungguh bahagia melihat anak-anak kami seorang demi seorang menamatkan hafazan al-Quran mereka dan kemudian diraikan dalam majlis seperti ini. Kebahagiaan itu saya kira lebih memuncak buat guru tasmik al-Quran sendiri dan kedua orang tua setiap daripada mereka.
Selebihnya, menjadi tanggungjawab mereka selepas daripada ini untuk memelihara hafazan mereka masing-masing dan memperkukuhkannya. Majlis ini menghimpunkan 11 pelajar yang baru menamatkan pengajian di maahad ini. Sembilan daripada mereka merupakan tamatan semester enam dan dua lagi daripada kelas persijilan.
Tahniah kepada semua yang terlibat, – pelajar, guru tasmik dan ibu bapa, terima kasih kepada Ustaz Saifuddin Haji Daud yang sudi hadir ke majlis kami.
Tarikh : 29 Ogos 2014
Lokasi : Kelas Semester 5, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah
Jumaat yang indah, berkah dan meriah. Tahniah kepada Najwa dan keluarganya yang datang dari Kunak dan Tawau menceriakan suasana majlis khatam hari ini, melambangkan kegembiraan semua pihak meraikan kejayaan Najwa.
Khatam hafaznya hari ini, melambangkan kejayaan satu tahap dalam dunia tahfiz dirinya sebelum melalui tahap-tahap seterusnya. Ujian hidup penuh berliku, masih banyak cabaran akan dihadapi pada masa hadapan. Semoga Najwa terus kuat dan tabah menghadapinya. Doa kami mengiringi selalu.
Tahniah sekali lagi juga buat Ustaz Bambang, ayah Najwa yang juga pengetua SMAN Kunak yang begitu gembira pada hari ini dengan kejayaan puteri sulungnya.
Tarikh : 15 Mac 2013 (Jumaat)
Tempat : Dewan Datuk Haji Asmali Bachi, Maahad Tahfiz al-Quran
Perjuangan menghafaz al-Quran sudah berakhir. Tetapi perjuangan bagi mempertahankan ayat yang dihafaz dan melaksanakan isi kandungannya baru bermula. Enam siswa siswi baru bergelar huffaz al-Quran, dan mereka diraikan dalam suatu majlis yang sangat bermakna bagi mereka, keluarga dan maahad ini.
Perlu diingat, ketika mereka bermula pada semester 1 tiga tahun lalu, bilangan mereka lebih ramai. Allah SWT mentakdirkan tidak semua yang dipilih menjaga kalamNya menerusi dunia tahfiz al-Quran. Mereka berenam terpilih menghafaz dan khatam 30 juzu’ tetapi perjuangan akan berterusan sehingga akhir hayat.
Terima kasih kehadiran Ybhg Datuk Pengarah JHEAINS merasmi dan memeriahkan majlis dan rombongan Bahagian Pendidikan JHEAINS – Ustazah Hjh Aisyah Kasan dan Ustazah Hjh Zubaidah Jamadi. Terima kasih juga rombongan tahfiz dari Membakut dan Tanjung Aru yang memenuhi undangan kami. Tidak ketinggalan wakil dari Kelas Raudhah, kelas saudara kita yang beroperasi hujung minggu di maahad ini.
Tahniah buat Shah Rizzan, Hafiz dan Bukhari; Faten, Norafidah dan Nul Ida. Jangan berhenti setakat ini dan teruskan pengajian sehingga peringkat yang lebih tinggi. Ingatlah para penghafaz al-Quran belum ramai di negeri kita.