Tag Archive: Maal Hijrah


HIJRAH : MULAKAN…

Pertama : Mulakan daripada diri sendiri.

Kedua : Mulakan daripada perkara kecil.

Ketiga : Mulakan sekarang.

Mulakanlah perubahan daripada diri sendiri sebelum kepada orang lain.

Mulakan daripada yang kecil-kecil dan mudah. Memberi salam, masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan, berdoa sebelum dan selepas makan, melazimi tilawah al-Quran, zikir dan doa selepas solat dan sebagainya. Sedikit tetapi istiqamah.

Mulakan sekarang dan jangan bertangguh. Tiada siapa tahu bila berakhirnya hidup ini.

Demikian antara isi ceramah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kota Kinabalu, sebentar tadi. Terima kasih tuan pengarah, seluruh pegawai dan warga JPJ yang hadir.

PERSIAPAN MAAL HIJRAH

Kerja-kerja untuk menyambut 1 Muharram 1431 peringkat negeri berjalan lancar.

JHEAINS khususnya bahagian kami – Penyelidikan dan Informasi merupakan urusetia peringkat negeri. Bagi kerja-kerja dalaman, semua warga kami begitu bekerja keras menyiapkan apa yang patut menurut tugasan yang telah diagihkan.

Ust Musally mengetuai kerja-kerja urusetia dengan memantau semua tugasan kami. Pegawai-pegawai lain juga sentiasa dengan komitmen mereka.

Ust Najion menyediakan draf ucapan kenamaan, Ust Jadmin dengan kerja-kerja penganugerahan, Hj Sotimin tentang bajet dan kewangan, Hj Hassan dengan urusan pentadbiran dan perhubungan.

Orang yang menyediakan kertas kerja daripada awal, dan membantu Ust Musally dalam banyak hal ialah Ust. Jumain.

Begitu juga rakan-rakan staf lain yang begitu sibuk khususnya minggu ini. Jurugambar Ahmad Yasin akan dibantu oleh Abang Jamiun Osman.

Saya mengetuai bagi JK buku aturcara. Alhamdulillah, saya dibantu kemas oleh Kak Habibah, Ust Abdillah dan Hadnan yang merekacipta rupa buku cenderamatanya nanti.

%d bloggers like this: