Hajat di hati memang hendak membeli paling tidak satu kopiah putih sempena kunjungan ke Taman Melewar kali ini. Memang inilah medannya untuk meninjau dan membeli kopiah putih kerana para pembekal dan penjual berkumpul sekaligus. Pelbagai jenis kopiah ada, yang murah sehingga yang mahal. Ada warna putih dan warna hitam.

Tetapi apabila kufiah al-barakah dari Kedah memberikan kopiah produk mereka secara percuma kepada mereka yang ada kupon, maka tersenyumlah saya. Kerana bajet yang ada boleh dimanfaatkan kepada buku-buku agama yang berselerakan di gerai-gerai sekitar Taman Melewar. Buku-buku yang penuh nilai ilmu, cetakan lama dijual dengan harga yang murah ada yang di bawah RM5 sahaja, terlalu murah berbanding ilmu di dalamnya.

Berapa puluh ribu ringgitlah agaknya pihak kufiah al-barakah ini berhabisan.. tapi terima kasihlah atas kopiah percuma mereka.