Tag Archive: Kucing


KELUARGA BARU

Tarikh : 16 April 2013

Tempat : Halaman rumah, Putatan

Warna-warni. Jadi kini kami ada 10 beranak keluarga kucing yang comel

6 baby (1) 6 baby (2) 6 baby (3) 6 baby (4) 6 baby (5)

DEMAM PANAS

Tarikh : 18 Februari 2013 (Isnin)

Tempat : Klinik Haiwan, Kepayan

Sukanya saya melihat seorang pegawai yang melakukan pemeriksaan keatas kucing-kucing kami, beliau memulakan semuanya dengan kalimah basmalah. Perkara yang sangat mudah tetapi jarang orang melakukannya. Saya mendapat ilmu yang berharga di sini. Tahniah dan terima kasih kepada Tuan Arifin Siman diatas perkhidmatan yang  diberikan.

Meow (1) Meow (2) Meow (3) Meow (4)

KUCING BARU

Ada sekeluarga berbangsa cina, yang saya selalu berurusan dengan mereka dalam urusan jual beli telah bermurah hati menghadiahkan kami empat sekeluarga kucing. Seekor ibu dengan tiga anaknya, dua betina dan seekor jantan yang umur anak-anak ini mungkin sekitar 4-5 bulan. Tubuhnya hampir menyamai kucing dewasa tetapi kelihatan sesekali masih menyusu dengan ibu mereka. Mungkin juga fatrah untuk berpisah susu, barangkali.

Kami berhajat untuk dapat seekor kucing, tiba-tiba dapat empat ekor. Semuanya pula lawa-lawa. Oh ya, semuanya ada nama-nama – Koko, Memey dan Cecey. Ibunya dipanggil sayang. Semua nama diberikan oleh keluarga cina tadi.

Kucing baru (2)

Kucing baru (1) Kucing baru (3) Kucing baru (4) Kucing baru (5) Kucing baru (6) Kucing baru (7) Kucing baru (8)

ANAK KUCING DARI BALIK DINDING

Kucing Kecil

Sekitar seminggu lepas, saya ada membuat kemaskini status di facebook untuk mencari kucing. Satu sisi berharap juga kalau-kalau ada teman-teman fb yang mahu ‘bersedekah’ kucing kepada kami. Sambutan di fb menggalakkan, bahkan ada yang menghubungi lewat sms, wasap dan mesej peribadi. Ada yang menawarkan bayi-bayi kucing yang masih berada dalam perut ibunya apabila sudah berpisah susu. Ada juga yang menawarkan kucing siam dari Kota Marudu.. aduhai..

Tetapi ada suatu peristiwa ganjil berlaku dua hari sudah di rumah kami. Tiba-tiba sahaja kami mendengar suara kucing dari balik dinding di dapur rumah kami. Dinding dapur itu ditutup dengan almari yang sedia melekat (permenant). Di celah-celah almari yang sangat sempit serta tiada saluran keluar masuk, rupanya ada seekor anak kucing mengiaw sejak 2 hari sebelum itu.

Kami menjangkakan anak kucing jiran sebelah, tapi apabila ditanya, mereka tiada anak kucing baru. Kasihan si kecil ini masih memerlukan susu ibu, dan kami terpaksa mengongsikan air susu formula. Kelihatannya ia masih sukar menerima, dan jalannya masih belum lancar dan rata.  Kami masih tertanya-tanya lagi, siapakah pemilik kucing ini, dan dari mana datangnya?

HAIWAN PELIHARAAN KAMI…

Sehingga kini ada 14 ekor arnab dewasa, 30 ekor anak-anak ayam pelbagai jenis (ayam telur, ayam kambing dan ayam kacukan), 4 ekor ayam dewasa, 2 ekor kucing jantan dan 2 ekor labi-labi yang baru dibeli ahad lalu.

14 ekor arnab itu termasuk seekor yang dihadiahkan oleh sahabat saya, Anizan Mahruf – terima kasih! Puncanya kerana beberapa ekor arnab miliknya mati seekor demi seekor dan kemudian hanya tinggal seekor, maka itulah dihadiahkannya. Di rumahnya ada belasan kucing-kucing pelbagai jenis dan cantik-cantik pula. Tempoh 4 tahun setakat ini memelihara arnab banyak memberi kenangan ┬ámenarik dan ilmu berguna. Ada yang sudah disempat disembelih dan dimakan, banyak juga yang mati kecil dan ketika sudah dewasa.

Kedua-dua kucing yang ada pula kesemuanya jantan dan hadiah orang. Seekor tinggal di rumah dan menjadi kesayangan atok sementara seekor lagi di kandang khas, kerana selalu ‘membuang’ di dalam rumah. Yang tinggal di rumah namanya Syomeng pemberian keluarga tionghua di Petagas kerana kucingnya. Syomeng agak kasar dengan kami kecuali atok, tapi agak memilih makanan, mau makanan yang standard, tidak mahu makan tulang-tulang ikan atau ayam seperti yang lain. Dia mahu ikan yang bermasak terutamanya digoreng. Dalam hal itu, atoklah yang melayan kehendaknya, sehingga jelas Syomeng pun suka menguis-nguiskan tubuhnya ke kaki atok.

Kebiasaan memelihara anak-anak ayam akan ada yang mati awal. Pernah sekian puluh yang dibeli dan seekor demi seekor mati sehingga habis sebelum sempat membesar. Ada juga yang bertahan sampai dewasa sehingga ia boleh dimanfaatkan, ayam kambing atau ayam karan yang cepat membesar untuk disembelih dan dimakan, ayam telur yang boleh bertelur dan ayam kampung yang bertelur dan menetaskan telur sehingga anak-anaknya tergedik-gedik mengekor di belakang.

Labi-labi itu saya beli tanpa dirancang. Kata Apek yang menjual, makanannya tidak cerewet seperti ikan, ia makan apa yang dimakan oleh manusia. Juga tidak perlu alat-alat oksigen seperti ikan. Setakat beberapa hari ini agak ok, saya tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Kata orang, ada bahagian ditubuhnya yang boleh dibuat ubat untuk penyakit. Saya baru mendengarnya.

SYOMENG

Di tepi rumah, kami ada memelihara puluhan ekor ayam dan hampir 10 ekor arnab. Anak ayam dipelihara daripada kecil sekitar usia seminggu dan akhirnya disembelih sendiri ketika dewasanya. Biasanya disembelih ketika berumur 45 hari ke atas.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, saya membeli bekalan makanan ayam dan arnab di sebuah kedai apek di Petagas. Harga agak berpatutan berbanding tempat-tempat sebelum ini. Layanannya sekeluarga dengan saya pun agak baik. Dia tahu, ketika saya datang 2-3 kali sebulan, mesti mencari bekalan makanan arnab di kedainya.

Hari ini saya singgah lagi untuk membeli bekalan yang sama. Anak-anak ayam yang baru juga bertambah banyak dan perlu bekalan makanan. Ada tawaran menarik oleh uncle apek itu. Dia mahu memberi seekor kucing yang disayanginya kepada kami.

Pulang petang, saya bersama isteri dan anak-anak singgah lagi dan membawa anak kucing yang agak besar dan comel untuk dibawa pulang. Katanya, dia kasihan melihat satu-satu kucingnya diganggu oleh anjing-anjing berdekatan. Jadi hanya tinggal seekor ini, dia rela memberikannya kepada kami tanpa sebarang apa-apa bayaran.

Di rumah, ternyata anak-anak menyenanginya. Sehari dua ini dia akan dikurung terlebih dahulu sebelum dibebaskan. Dia buang air kecil dan besar di dalam mangkuk yang disediakan. Pembersih rupanya. Insya Allah saat ini dia akan menjadi sebahagian keluarga ini sebagaimana saya menjaga kucing dan arnab yang lain. Selamat datang syomeng.

KERANA SEEKOR KUCING

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Ada seorang perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu mati. Wanita itu masuk ke dalam neraka. Dia tidak memberi makanan dan minuman ketika ia mengurung kucing itu. Dia juga tidak suka melepaskan kucing itu untuk bebas memakan serangga kecil yang melata di bumi” (HR Bukhari dan Muslim)

Kucing adalah salah satu daripada haiwan yang suka hidup berdekatan dengan manusia. Ia banyak meminta belas kasihan orang untuk mendapatkan makanan. Sebaik-baiknya kita peruntukkan sedikit daripada makanan untuk diberikan kepadanya.

Jika kita tidak mahu memberinya makanan, biarkanlah ia hidup bebas untuk mencari makanannya sendiri. Sesungguhnya Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayang-Nya telah menjamin rezeki seluruh binatang yang melata di bumi. Jangan ia dikurung tanpa sebarang makanan kerana itu adalah suatu kezaliman.

Jika berlaku zalim kepada kucing boleh menyebabkan seseorang memasuki pintu api neraka, maka cuba bayangkan betapa besarnya dosa dan kesalahan kalau penyeksaan dilakukan kepada sesama manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah SWT. Apatah lagi kalau penyiksaan dilakukan terhadap orang yang beriman dan bertaqwa.

Allah SWT telah mengharamkan berlaku zalim ke atas diri-Nya, maka Ia tidak akan menyiksa hamba-Nya tanpa kesalahan, dan Ia mengharamkan berlaku zalim ke atas sesama manusia. Oleh itu jangan berlaku zalim terhadap orang lain, jangan suka menyakitkan hatinya, jangan mengambil hartanya atau menjatuhkan harga dirinya.

SAKIT

Semalam saya hantar 2 ekor arnab untuk mendapatkan rawatan di Sabah Animal Medical Centre, Luyang. Sudah disuntik, saya tinggalkan 2 ekor itu di sana dan ambil menjelang petang selesai waktu kerja.

Di Sabah Animal Medical Centre ada bilik wad untuk haiwan yang sakit. Biasanya, kucing dan anjing. Melihat keadaan anjing dan kucing yang sakit itu, kasihan pula melihatnya.

%d bloggers like this: