Tag Archive: Kuala Penyu


Saya mendapat satu lagi pengalaman berharga apabila dapat berkunjung ke Surau al-Ikhwan Kg Gimba Mansud, dalam daerah Kuala Penyu bagi mengisi program sambutan dan ceramah Isra’ wal Mi’raj pada malam isnin lepas atas ajakan Tuan Haji Samin Ongki yang lebih mesra kami panggil cikgu Samin, kerana beliau pernah menjadi guru sekolah dan pengawas asrama SMU Islam Toh Puan Hajjah Rahmah pada tahun 90-92.

Kami bertolak dari rumahnya sekitar jam 4.30 petang dengan sepanjang perjalanan yang penuh dengan maklumat. Apatah lagi cerita-cerita isu semasa, sehingga kami masuk ke daerah Kuala Penyu beliau menceritakan sejarah, perkembangan dakwah dan situasi politik semasa daerah berkenaan pula. Maklumlah beliau berasal dari Kg Kerukan, kampung yang bersebelahan dengan lokasi tujuan kami petang itu.

Sebelum tiba ke surau, kami singgah sebentar ke Pantai Mansud yang indah pemandangannya, putih bersih pasirnya serta damai suasananya. Namun sayang sekali saya lihat pantai ini tidak diusahakan dan dimajukan sebagai lokasi tumpuan masyarakat. Barangkali baik juga kalau dimajukan, dipromosi  dan diadakan beberapa gerai-gerai untuk memajukan ekonomi masyarakat kampung.

Surau yang dimaksudkan tidak jauh dari situ, kami tiba sekitar jam 6 petang. Seronok melihat orang kampung bergotong royong masak memasak dan menyediakan juadah petang dan untuk malam selepas ceramah nanti. Surau yang kecil molek, barangkali hanya muat sekitar 80-100 orang, tetapi majlis ceramah yang saya sampaikan sehingga ke akhir dihadiri lebih 150 orang termasuk anak-anak muda yang naik bermotorsikal. Saya asalnya tidak perasan kerana di dalam surau hanya nampak orang-orang dewasa dan veteran sahaja.

Rupanya di luar surau lagi berpuluh-puluh anak muda menanti dan kemudiannya makan bersama-sama. Alhamdulillah. Semoga ada kebaikan untuk semua.

img_1514Sabtu lepas, berlangsung festival kesenian Islam peringkat pedalaman bawah bertempat di Dewan Shah Bandar Makang, Kuala Penyu.

Festival berkenaan melibatkan pertandingan barzanji dan marhaban, nasyid moden dan tradisi serta kompang.

img_1510Lima daerah dalam bahagian pedalaman bawah menyertai festival berkenaan iaitu daerah Beaufort, Sipitang, Membakut, Menumbok serta Kuala Penyu selaku tuan rumah.

Pemenang-pemenang setiap kategori akan mewakili festival peringkat negeri yang dijangka akan diadakan pada 19-22 Mei di Kota Kinabalu.

Kira-kira 500 umat Islam sekitar Kuala Penyu hadir dalam festival berkenaan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, DSP Hj Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

img_1428

img_1462

img_1485

img_1486

img_1491

img_14931

img_1505

%d bloggers like this: