Tag Archive: KPID2


Tarikh : 16 Mei 2015

Lokasi : Tabung Haji Hotel

Pembimbing : Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Pengasas Darussyifa’ Malaysia

Berdebarnya hati, Allah SWT saja yang tahu apabila saya diamanahkan sebagai pengacara untuk majlis kuliah bersama tuan guru. Tentu ini antara kenangan terindah saya dengan ulamak tersohor ini. Alhamdulillah!

20150516_132720 20150516_132747 20150516_134108 20150516_160215IMG-20150516-WA0099 20150516_162708

Tarikh : 10 Mei 2015

Lokasi : Hotel TH Sembulan Kota Kinabalu

Menjelang seminggu yang terakhir sebelum istiadat pengijazahan kepada peserta Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ Dua (KPID2) Sabah, beberapa siri mesyuarat diadakan. Perbincangan rapi termasuk tentang majlis pengijazahan, urusan ketibaan, penginapan dan kepulangan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dan rombongan Darussyifa’ Malaysia, persiapan para peserta terbabit dan sebagainya.

20150510_214827 20150510_214841 20150510_214905

Tarikh : 25 April 2015

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Semakin ke siri-siri akhir kuliah KPID2, saya melihat ketekunan sahabat-sahabat kami ini mendalami ilmu pengubatan Islam ini. Sebahagian mereka adalah para azatizah juga yang sibuk mengajar dan mendidik masyarakat. Bagi menambah ilmu dakwah ini juga mereka sanggup melapangkan masa hadir dan belajar bersama-sama.

IMG-20150425-WA0159 IMG-20150425-WA0166

%d bloggers like this: