Tag Archive: Kota Sarang Semut


Lokasi : Masjid al-Islah, Kota Sarang Semut

Firman Allah SWT (bermaksud) : “Kamu sekali-kali tidak dapat mencapai kebajikan yang sebenar-benarnya sehinggalah kamu menafkahkan sesuatu yang kamu sayangi, dan apa sahaja yang kamu infaqkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (Ali Imran : 92)

Perkataan wakaf adalah daripada bahasa arab yang bermaksud henti atau tahan. Para ulama fiqh telah mengistilahkan wakaf : menahan harta yang boleh dimanfaatkan berserta kekal ain harta untuk tujuan kebajikan. Pengertian Wakaf ialah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Wakaf juga dikenali sebagai sedekah jariah, para ahli fiqh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan. Malahan amalan wakaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.

Perintis amalan wakaf dalam Islam adalah dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah S.A.W apabila Baginda membina masjid Quba’ yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf. Amalan wakaf telah hidup subur dan diteruskan oleh para sahabat dan tabiin yang banyak mewakafkan harta untuk kepentingan dan pengembangan syiar Islam ketika itu.

Ringkasnya semangat dan keyakinan masyarakat Arab ketika itu terhadap mekanisme wakaf dalam membantu membangunkan syiar Islam amat menggalakkan dan sesetengah kenyataan menyatakan bahawa telah menjadi tradisi masyarakat Arab akan mewakafkan 1/3 hartanya sebelum meninggal dunia. Fakta sejarah telah menyatakan bahawa 3/4 daripada keluasan tanah Arab merupakan tanah wakaf.

Model institusi wakaf yang paling berjaya adalah wakaf Al-Azhar di Negara Mesir di mana ianya dikendalikan oleh sebuah kementerian khas yang dinamakan Kementerian Wakaf. Wakaf Al-Azhar dipercayai mempunyai aset yang banyak sehingga ia mampu membiayai pelbagai program untuk pembangunan masyarakat Islam di Mesir seperti sekolah, hospital, universiti dan sebagainya. universiti Al-Azhar adalah satu institusi pendidikan Islam yang dibiayai sepenuhnya melalui sumber wakaf yang mempunyai puluhan ribu pelajar dari seluruh dunia.

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah memanfaatkan setiap detik dari usia yang kita lalui dengan beramal saleh. Ketahuilah bahawa setiap amal saleh yang kita kerjakan semasa hidup akan mendatangkan hasil di akhirat kelak. Oleh itu marilah kita merebut peluang dengan meraih pahala yang berlipat ganda dengan amalan bersedekah dan berwakaf semata-mata kerana Allah SWT. Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan seterusnya Allah akan menambah rezeki dan nikmatnya kepada kita.

IMG_7549

Kunjungan terakhir di Negeri Kedah sebelum berangkat pulang ialah ke SMA Nahdzah yang khabarnya kini mempunyai lebih 600 pelajar.

Kami tiba ketika pelajar sekolah sedang bercuti seminggu, sama seperti sekolah lain. Pak guard kehairanan saya masuk sambil kamera menyangkut di leher.

“Saya dari Sabah. Nak ambil gambar”.

“Oh. Di sini ada empat orang Sabah. Tapi semuanya balik bercuti”.

Asalnya saya tidak mengetahui tentang sekolah ini. Tetapi ketika pertama kali melintasi kawasan Kota Sarang Semut untuk ke Pendang, Cikgu Hameed menjelaskan bahawa dahulu inilah sekolah Ust. albelurani.

Saat itu juga hadir minat saya untuk datang sekali lagi ke sekolah berkenaan.

Kami bertemu dengan salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini. Ust Azam namanya. Juga lepasan sekolah ini dan bertugas di sini setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar pada tahun 2000.

Sekolah Nahdzah juga dikenali dahulu dengan nama Pondok Pak Man, sempena seorang ulama bernama Othman al-Yunusi.

Walaupun sekolah ini bertukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), ia kini masih mengekalkan subjek-subjek agama berbahasa arab. Jumlah subjek yang diajar adalah sebanyak 21 mata pelajaran akademik dan agama.

Sepertimana Sekolah Taufikiah, saya turut mengharapkan agar usaha-usaha membawa lebih ramai pelajar Sabah ke sini digiatkan selepas ini.

IMG_7551

IMG_7552

IMG_7557

IMG_7566

IMG_7573

[Terima kasih kepada mereka yang menghantar SMS ucapan selamat berpuasa. Saifulzan Alimin (Kolombong); Amirah Md Fikri (UMS KK); Md Firdaus Ismail (Lahad Datu); Ust Hj Lukman Said (Kaherah); Supt Hj Abd Latif Ibrahim (Istana Negeri); Ustazah Noraini Ag Adi (Sandakan); Norfatinih Salbido (Keningau); Bob (DSelera Catering & Services Likas)]

%d bloggers like this: