Perhatikan penjelasan dalam Kitab Fikah Mazhab Syafie :

“Caranya ialah dengan mengangkat kedua tangan dalam keadaan mengadap kiblat, terbuka jari-jarinya, dan kedua-dua ibu jarinya bertentangan dengan cuping telinga sambil menjadikan kedua tapak tangannya terbuka, iaitu tidak diletakkan apa-apa kain di atasnya”

Ada 4 tempat kita mengangkat tangan dalam solat, ketika takbiratul ihram, ketika hendak rukuk, bangkit daripada rukuk, dan bangkit daripada duduk tasyahhud awal.

Ada yang mengangkat tangan dalam keadaan tapak tangan mengadap ke telinga, atau tidak sampai ibu jarinya setentang dengan cuping telinga, kadang-kadang setengah dada sahaja.

Jom, baiki solat kita.

Kuliah Fikah Mazhab Syafie, Masjid Negeri Sabah, setiap selasa malam rabu, 8.30 – 9.30 malam dengan bimbingan Ust Hj Muchlish Ali Kasim.