Tag Archive: Khatam Hafaz al-Quran


Tarikh : 11 Disember 2015

Lokasi : Semester 4, MTQQNS

Guru Tasmik : Ustaz Abu Nuha

IMG-20151211-WA0011IMG-20151211-WA0018C360_2015-12-11-09-57-27-689 C360_2015-12-11-09-59-27-623 C360_2015-12-11-09-59-45-420IMG-20151211-WA0031 IMG-20151211-WA0036

Tarikh : 8 September 2014

Lokasi : Kelas Semester 5, MTQQNS

Alhamdulillah, tiba giliran anakanda Mohamad Sabri Yakop, pelajar semester 5 untuk khatam hafaz al-Quran di sisi gurunya, Ustazah Dayang Masni. Sabri berasal dari Kg Landayan Beaufort adalah pimpinan pelajar maahad untuk tahun ini sebagai Yang Di Pertua Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (PERMATA).

Hari ini adalah kebahagiaan untuk Sabri, keluarganya, guru tasmik dan kami semua. Tahniah untuk Sabri.

Khatam Sabri (1) Khatam Sabri (2) Khatam Sabri (3) Khatam Sabri (4)

Tarikh : 28 Ogos 2014 Lokasi : Kelas Semester 5, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Sekalung tahniah kepada Anakanada Hanif Jumat, siswa kami yang berasal dari Bukit Garam Kinabatangan yang menamatkan hafazan 30 juzuk di hadapan gurunya Ustazah Dayang Masni Datu Saribu.

Pada pandangan saya, Hanif seorang pelajar yang baik hati, suka tersenyum, jenis hormat kepada orang. Dalam pengajiannya rajin menghafaz dan mengulangkaji hafazannya. Tahniah juga kepada keluarganya dan gurunya, semoga Allah SWT memelihara Hanif sehingga bila-bila.

Hanif Jumat (2) Hanif Jumat (3) Hanif Jumat (4) Hanif Jumat (5)

Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Setelah anakanda Sahleyzan mengkhatamkan al-Quran pada sebelah siangnya, puteri kami Nur Fakhriah Asnam pula mengambil tempat pada sebelah malam setelah selesai solat tarawih. Tarikh bersempena 27 Ramadhan, salah satu malam-malam jangkaan al-Qadr dipilih untuk majlis khatam hafaz al-Quran untuknya.

Sesungguhnya kegembiraan yang berganda-ganda untuk kami secara keseluruhan pada bulan Ramadhan ini, khususnya lagi buat Fakhriah juga keluarganya di Semporna serta guru tasmiknya Ustazah Dayang Masni.

Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada anak-anakanda kami yang khatam pada hari ini dan juga semua warga maahad dan keluarga masing-masing. Semoga kami diberikan kesempatan untuk memelihara al-Quran ini di dalam diri kami masing-masing sehingga akhir hayat.

Fakhriah (1) Fakhriah (2) Fakhriah (3)

Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Sahleyzan, anak muda dari Kampung Pimping Membakut ini membuka tirai khatam hafaz al-Quran 30 juzuk, mendahului 8 rakan-rakan sekuliahnya yang lain. Beberapa minggu terdahulu, saya menggasak mereka di dalam kelas agar mengambil kesempatan untuk khatam hafaz al-Quran di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sahleyzan siswa pertama yang menyahut cabaran saya, pada saat dan ketika itu beliau masih mempunyai baki 3-4 juzuk untuk dihabiskan. Alhamdulillah, anak muda yang mudah tersenyum dan mendengar kata ini akhirnya mengkhatamkan al-Quran di hadapan gurunya Ustazah Dayang Masni Datu Saribu.

Sahleyzan (1) Sahleyzan (2) Sahleyzan (3)

Tarikh : 19 Jun 2014

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Majlis yang sederhana tetapi penuh keberkatan. Majlis Khatam Hafaz al-Quran 30 Juzuk untuk 11 pelajar kami yang selesai menamatkan pengajian pada semester lepas. Saya akan mengingati detik indah ini kerana sebahagian mereka menghafaz al-Quran bersama saya hampir 3 tahun lamanya. Saya mengenal kelebihan dan kekurangan mereka.

Namun keseluruhannya saya berpuas hati dengan usaha gigih mereka walaupun kadang-kadang ada turun naik prestasi mereka. Saya pasti akan merindui detik-detik tasmik sehingga khatam ini kesemua mereka khususnya Subri, Sadri, Asnawi, Azizah, Afiqah dan Azleha. Begitu juga kisah dan sesi mengulang kami semua bersama-sama Hakim, Hardi, Khai, KP dan Rizu tetap menjadi kenangan indah.

Terima kasih atas kehadiran mantan-mantan pensyarah maahad seperti Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan Ustaz Haji Ghazali Sulaiman,  sahabat-sahabat lama alumni maahad РUstaz Rahim Yahya Abdul Rahman, Ustaz Zamrul Mohd Aslie, Ustaz Amir Arapa dan lain-lain yang hadir.

KhatamHafaz2014 (2) KhatamHafaz2014 (3) KhatamHafaz2014 (4) KhatamHafaz2014 (5) KhatamHafaz2014 (6) KhatamHafaz2014 (7) KhatamHafaz2014 (8) KhatamHafaz2014 (9)

Ini puteri terakhir semester 6 yang menamatkan hafazannya. Si manis yang tetap gigih menghafaz dan sering berkongsikan masalah dan cabarannya bersama saya. Demikian lumrah sebagai penghafaz al-Quran, adakala ayat-ayatnya mudah diingat dan dihafaz dan adakala pula sebaliknya.

Hari ini hati saya menguntum senyum. Alhamdulillah, selesai sudah tugasan mendengar dan menyemak hafazan anak-anak didik untuk kali ini. Pada semester akan datang saya akan turun ke semester baru, bersama siswa siswi baru dengan mendengar dan mengesahkan hafazan mereka bermula daripada surah al-Fatihah pula, selama 3 tahun berikutnya.

Untuk yang telah bersama susah payah tasmik dan khatam di hadapan dan sisi saya, – Subri – Sadri – Azizah – Azleha ¬†– Afiqah – terima kasih dan tahniah atas kerja keras kalian. Saya berbangga dengan antum semua…

Yun (1) Yun (2) Yun (3) Yun (4) Yun (5) Yun (6)

 

Permulaan yang indah untuk tahun baru hijrah 1435. Setelah selesai solat maghrib pertama tahun baru, kami berkumpul di bilik kuliah untuk majlis khatam puteri sulung semester 6, Nur Azizah Suratman, gadis kecil dari Sandakan yang kami panggil Echa, menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk pada malam tadi.

Allah SWT mentakdirkan khatam hafaznya berlaku pada tarikh 1 Muharram, walaupun kami pernah merancang khatamnya sejak sebelum Ramadhan lepas lagi. Ia tertangguh beberapa kali atas sebab yang kami terima. Walaubagaimanapun keseluruhannya, Echa saya dapati mempunyai daya hafazan yang baik dan tajwid yang kemas sepanjang saya memegang mereka 2 tahun lalu.

Ada tiga orang puteri semester 6, dan Echa yang pertama menamatkan hafazannya berbanding dua sahabat karibnya. Insya Allah doa saya yang baik-baik untuk Echa dan yang lain juga.

Nur Azizah (1) Nur Azizah (2) Nur Azizah (3)

Tarikh : 31 Julai 2013

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Khairul Anuar Doing atau lebih manja kami panggilnya dengan Khai adalah mantan YDP persatuan pelajar di maahad ini pada sesi lalu. Seorang anak muda yang berbakat dalam kepimpinan. Mempunyai daya komunikasi yang baik dan interaksi yang bagus dengan semua orang yang bergaul dengannya.

Khai dalam senarai urutan keenam yang khatam dalam kelasnya selepas Hardi, Subri, Sadri, Hakim dan Rizu. Tiga yang terakhir iaitu Sadri, Hakim dan Rizu dengan Khai saling bersaing dalam hafazan dan tasmik mereka. Sementara Subri dan Sadri sudah khatam bersama saya, Hardi, Hakim, Rizu dan Khai tasmik dengan Ustaz Sahiful.

Di pihak Sahiful hanya tinggal Mohd Khairul Abd Razak saja yang berbaki, itu pun sudah dalam juzu’ ke 27. Sementara saya ada empat orang – Azizah (Juz 26), Afikah (25), Azleha (25) dan Asnawi (23). Insya Allah doakan mereka akan khatam pada masa yang terdekat khususnya dalam bulan syawal nanti.

Sementara untuk Khai, peribadi saya sangat menyenanginya, semoga Allah SWT melindungi anak muda yang baik ini dengan segala kebaikan dan kecemerlangan. Ya Allah saya bersaksi.

khai1 khai2

 

Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)

Ketika saya mula masuk berkhidmat di maahad ini, antara aktiviti saya cadangkan ialah slot murajaah al-Quran secara berkumpulan. Ia bagai seperti sesi halaqah tadarrus al-Quran tanpa melihat mushaf. Walaupun Hakim bukan pelajar yang tasmik dengan saya, beliau pernah menyertai pada peringkat awal sesi murajaah ini dan saya sudah tertarik dengan bacaannya.

Walaupun lenggok suara tidak seberapa, tetapi tajwidnya kelihatan kemas dan teratur, suaranya jelas menutur huruf demi huruf. Hakim antara pilihan saya kalau diundang sebagai imam di mana-mana program luar. Beruntung juga Ustaz Sahiful mempunyai pelajar seperti Hakim yang punya bacaan al-Qurannya sangat bagus.

Anak kelahiran Sandakan yang punya peranakan cina ini juga aktif dalam persatuan pelajar di sini. Ada daya kepimpinan dan boleh dikembangkan di luar pada satu masa nanti. Ada kisah menarik tentang keluarganya yang pernah dikongsikannya kepada kami satu ketika dahulu.

Dengan khatamnya Md al-Hakim, beliau menyertai kawan-kawannya yang terdahulu – Hardi, Subri, Sadri dan Rizu. Insya Allah saya doakan Hakim dan kawan-kawannya terus menempah kejayaan dalam hidup mereka selepas ini.

Khatam Md al-Hakim Jamil (1) Khatam Md al-Hakim Jamil (2) Khatam Md al-Hakim Jamil (3) Khatam Md al-Hakim Jamil (4) Khatam Md al-Hakim Jamil (5) Khatam Md al-Hakim Jamil (6) Khatam Md al-Hakim Jamil (7) Khatam Md al-Hakim Jamil (8) Khatam Md al-Hakim Jamil (9) Khatam Md al-Hakim Jamil (10)

%d bloggers like this: