Tag Archive: Kg Tamau


Pengambilan Pelajar Baru

Kelayakan untuk kemasukan sebagai pelajar pondok

1) Lelaki berumur 10 tahun keatas dan berminat mempelajari pengajian agama Islam;

2) Warganegara Malaysia;

3) Tidak mempunyai masalah disiplin. Sedia patuh kepada semua peraturan pondok, mudir dan guru;

4) Tidak merokok atau terlibat dengan perkara yang seumpamanya;

5) Pendaftaran RM50 dan yuran makan bulanan RM100. Bagi yang tidak mampu, boleh berunding dengan pihak pondok;

6) Matapelajaran yang diajar ialah al-Quran, tauhid, fekah, nahu (tatabahasa Arab), balaghah (sastera arab), Soraf (ilmu kunci bahasa Arab), tasawwuf, tafsir, hadith, mantiq (ilmu logik) dan sejarah Islam;

7) Ko-kurikulum meliputi belajar barzanji, latihan imam, latihan syarahan, khutbah, pertanian/ penternakan, perubatan Islam.

Misi Pondok

Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Quran dan berpegang pada ajarannya bagi membentuk ulama’ dan pemimpin masa depan yang mempunyai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Maklumat lanjut boleh berhubung di talian 019-8102540 / 019-8692990. Emel : pondokkotabelud@gmail.com. Alamat : Peti Surat 210, Kg Tamau, 89158 Kota Belud Sabah.

PROJEK IKAN KELI

IMG_5619

Dalam hujan renyai dan sesekali bertukar lebat, kami singgah pula ke sebuah kawasan kolam penternakan ikan keli di Kg Tamau.

Projek ikan keli milik Hj Abu Aslam ini dilakukan beliau secara aktif sejak beberapa bulan lalu dan diuruskan oleh beberapa pekerja di sana.

Menurut perangkaan dan strategi yang telah disusun, projek ikan keli ini akan mula menuai jualan hasilnya menjelang Ramadhan akan datang. Khabarnya, sudah ramai yang membuat tempahan khususnya dari Kota Kinabalu.

Ketika kami meninjau projek beliau, terdapat 4 kolam besar dan beratus atau mungkin beribu ikan keli pelbagai saiz di dalamnya.

Ditanya berkenaan sistem jualannya, beliau menjelaskan harga borong diterima bagi 50kg keatas dengan harga RM7.00 sekilo, sementara bagi harga runcit pula dijual sekitar harga RM10.00 sekilo bergantung kepada saiz dan kualiti.

Hubungi beliau untuk urusan penempahan : 013-8863803.

IMG_5625

IMG_5634

IMG_5636

ZIARAH KE KG TAMAU

Perjalanan ke Kota Belud diteruskan dalam cuaca hujan dengan program ziarah ke tiga buah rumah di Kg Tamau.

Pertamanya kami menziarahi keluarga allahyarham Asmani yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Gambar di bawah ini merupakan abang Allahyarham, yang nampaknya masih bersedih serta terharu dengan kehadiran rombongan kami.

Bersama itu, rombongan turut menyertakan sumbangan berbentuk beras dan keperluan lain untuk mereka sekeluarga. Semoga mereka bersabar atas musibah yang menimpa.

IMG_5604

Rumah kedua ialah Pakcik Saibin, ketua kampung di sini. Beliau baru-baru ini telah lumpuh.

Alhamdulillah ketika kami hadir, beliau telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik sekali. Beliau telah boleh berdiri dan berjalan perlahan-lahan dengan bantuan alat tertentu.

IMG_5608

Rumah ketiga ialah menziarahi Tuan Hj Mahmood.

Seorang OKU dan keluarganya sendiri membiayai 2 warga emas. Tuan Hj juga dikenali pandai melakukan rawatan tradisional. Beliau dikenali sehingga ke Kota Kinabalu untuk membantu orang yang memerlukan khidmatnya.

IMG_5617

Insya Allah, pada masa yang akan datang kami akan berziarah ke lokasi yang lain pula. Bagi yang berminat untuk menyumbang dalam bentuk kewangan atau barang-barang makanan dan sebagainya, boleh berhubung di blog ini.

Dari Kg Tamau, Kota Belud.

%d bloggers like this: