Tag Archive: Kg Meruntum Putatan


HILANG TAYAR

Tarikh : 19 Disember 2016

Dua biji tayar kereta kelisa dicuri pada awal pagi 19hb Disember, saya kemudiannya membuat laporan polis. Pada lewat petang, dua pegawai polis dari IPD Penampang datang ke rumah membuat pemeriksaan.

Bersembang dengan salah seorang jamaah Masjid Kg Meruntum, Tuan Hj Pg Murshid Pg Indra, 74 tahun, berasal dari Bongawan. Ceritanya sejak umurnya 40an hingga kini rajin bermain badminton dua-tiga kali seminggu, sehingga 5-6 set. Patutlah cergas berjalan ke masjid. Jangan tak tau beliau adalah bapa kepada novelis terkenal Ramlee Awang Murshid.

KENDURI UNTUK NENEK PUAN

Tarikh : 14 Febuari 2015

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Kenduri (1) Kenduri (2) Kenduri (3) Kenduri (5)

19 CUCU

Tarikh : 28 Disember 2014

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Alhamdulillah, kesemua cucu-cucu atok dan puan dapat berkumpul di rumah atok pada 28 Disember lepas. Cucu sulung ialah Farah Najihah dalam tingkatan 2 di SMKA KK dan cucu bungsu setakat ini ialah Muhammad Zaid berumur 3 bulan.

Semoga membesar sebagai anak soleh dan solehah.

Cucu AtokCucu Atok (2)

Laporan awal musibah pada 2 Mei lepas sebanyak 7 buah rumah musnah dalam  kebakaran di Fasa 1 Kampung Meruntum Putatan yang berlaku seawal jam 8 pagi ketika ramai penghuni baru keluar rumah untuk urusan kerja harian. Walaubagaimanapun, makluman terakhir daripada penduduk kampung memaklumkan sebanyak 9 buah rumah terbabit dengan 10 keluarga menjadi mangsa.

Sebanyak empat buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Sembulan dan sebuah jentera dari bomba Kem Lok Kawi membantu dan mengawal kebakaran daripada terus merebak. Penduduk yang terbabit ditempatkan di dewan serbaguna kampung berkenaan dan sebahagiannya di rumah keluarga.

Abu Nuha Corner mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk pakaian, peralatan seharian, makanan, minuman atau wang untuk dikumpul dan diagihkan kepada mangsa berkenaan.

SALAM EID MUBARAK 1432

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua. Salam Eidul Fitri, ada kelapangan datanglah berziarah ke rumah. Tahun ini giliran kami berhari raya di Putatan / Kota Kinabalu.

Daripada :

Abu Nuha & Ummu Nuha

Anak-Anak :

Nuha Wafiyyah

Hana Sumayyah

Abdul Hadi

Lu’lu’ Badriyyah

‘Aina’ Salsabila

Muhammad Ubayy Ka’ab

Majlis ringkas berlangsung sekitar setengah jam sahaja di rumah kami melibatkan 20 orang penerima di kalangan fakir miskin dan ibu tunggal. Terdahulu, Ustaz Mohammad Shuaid memberikan tazkirah ringkas berkaitan Ramadhan dan sedekah. Berkenaan majlis ini, beliau pohonkan agar semua penerima mendoakan para penyumbang agar sedekah mereka diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.

Penyampaian sekampit beras di sini disampaikan oleh Sdr Lahirul Latigu mewakili semua NGO yang menganjurkan projek sumbangan sekampit beras ini. Meskipun sumbangan tidak seberapa, mudah-mudahan ia meringankan sedikit beban buat beberapa hari kepada mereka yang menerimanya. Terima kasih sahabat-sahabat yang hadir.

BERKUMPUL

Ramadhan kali ini saya akui banyak berada di rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Banyak juga undangan berbuka di luar yang saya tolak dengan baik. Pada hujung-hujung minggu kadang-kadang anak-anak buah datang bertandang sama ada bermalam atau sekadar datang bersungkai bersama-sama.

Seronok melihat anak-anak sungkai dan bersahur bersama. Walaupun setengahnya tidak berpuasa atau sekadar berpuasa setengah hari, kesungguhan mereka untuk memulakan ibadah ini begitu membanggakan. Guru kami berkata, anak-anak yang beribadah dengan betul sebelum balighnya, meski dia belum diwajibkan tetapi ibu bapa mendapat pahala kerana menyuruh anak-anak berbuat baik.

%d bloggers like this: