Tarikh : 2-3 Disember 2016
Tag Archive: Kg Lubok Temiang WP Labuan
Tarikh : 31 Mei 2015
Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan
Semoga Allah SWT memberkati kedua pengantin dan mengumpul kedua mereka di dalam kebaikan. Pengantin perempuan adalah anak guru saya ketika darjah 1 Ustaz Juisin Sinir yang telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Semoga Allah merahmati guru kami ini.
Kesempatan balik kampung, menghadiri kenduri kahwin ini juga bertemu ramai orang yang lama tidak bersua.
Saya mahu memberi sokongan moral kepada perkembangan dan kejayaan ahli keluarga. Itulah antara tujuan saya balik sebentar ke Labuan untuk menghadiri kenduri kesyukuran buat Muhammad Azdhann Shah Azri Onn yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR lalu.
Azdhann, 12 tahun adalah anak sulung kepada abang saya nombor dua yang bersekolah di SK Pekan 1 WP Labuan dan sering menonjol dalam prestasi akademik dan aktiviti yang disertainya, baik di sekolah atau mana-mana pertandingan luar sekolah.
Abang Awang yang selalu menjadi panggilan manjanya di kalangan keluarga besar kami, turut mendapat kedudukan Jayyid Jiddan (sangat baik) dalam peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) yang didudukinya bagi peringkat darjah enam sekolah rendah agama.
Terima kasih kehadiran semua tetamu yang sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan anakanda kami. Semoga kecemerlangan ini menjadi perangsang dan akan diteruskan oleh adik-adik dan sepupu-sepupunya yang lain.
Cucu sudah ada 18 orang. Sembilan di WP Labuan dan sembilan lagi di Kota Kinabalu. Paling besar umur 17 tahun, yang kecil umur setahun. Yang hadir cucu-cucu di Labuan saja dalam kenduri kesyukuran semalam.
Selamat menyambut ulangtahun ke-63 daripada anak-anak dan cucu di Lok Kawi Putatan, buat bonda @ nenek yang dikasihi – Halimah binti Abdul Jalil di WP Labuan.
Semoga dilanjutkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup bersama keluarga.
***
Saat saya mengikat tali pertunangan pada 3 Ogos 2002, mama masih hadir ke Kota Kinabalu bersama-sama meraikan saat bersejarah kami. Mamalah yang menyarungkan cincin ke jari tunangan saya.
Dua bulan setengah kemudian, kami disatukan. Ketika itu mama tidak dapat lagi hadir kerana diserang penyakit angin ahmar yang membuatkan sebahagian tubuhya tidak berfungsi.
Tapi saya yakin mama mendoakan kebahagiaan kami.
8 tahun berlalu, penyakit itu masih ada walaupun mama semakin pulih dan boleh berjalan perlahan-lahan di rumah walaupun kalau tinggal sendirian.
Beliau boleh turun naik tangga, memasak dan lain-lain. Tidak tahan berdiri lama dan lebih suka mengengsot kalau tempat dituju hanya sekitar beberapa meter.
Cuma kata-katanya agak sukar difahami akibat stroke berkenaan. Namun biar begitu, perjalanan masa, pengalaman hidup, kedewasaan mengajar kami anak beranak, adik beradik semakin mengasihi mama.
Saya masih mengajar anak-anak agar sentiasa menghubungi nenek di kampung, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biar mereka kenal keturunan, keluarga dan asal usul mereka dari kampung.
Alhamdulillah, teknologi yang ada merapatkan kasih sayang kami walaupun zahirnya jarak dan tempat kami berjauhan.