Tag Archive: Kg Kelanahan Papar


SALLYNAH & DANIAL

Tarikh : 27 Februari 2016

Lokasi : Kg Kelanahan Papar

Semoga Allah memberkati kedua mempelai. Tahniah kepada Ustaz Musally Moksin dan isteri serta keluarga.

C360_2016-02-27-12-45-40-333IMG-20160227-WA0079 C360_2016-02-27-13-35-52-615 C360_2016-02-27-13-45-24-727

KENDURI WALIMAH

Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu)

Lokasi : Kg Kelanahan Papar

Alhamdulillah dapat memenuhi undangan walimah anak kepada Tuan Abdul Halim Nayan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Ramainya hadir, jamuannya sedap dan saya terlupa merakam foto pasangan pengantin tersebut.

Hanya sempat bergambar dengan Tuan Pengarah dan Tuan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah Ustaz Pengiran Omar Pengiran Gana. Tahniah kepada kedua pengantin.

Kahwin Anak Pengarah (1) Kahwin Anak Pengarah (2)

USTAZAH HAMIDAH & MD MOKHTARKAN

Musafir saya dan anak-anak bermula dengan singgah ke Kg Kelanahan Papar. Nuha dan Hadi yang turut serta berebut membawa hadiah yang siap berbungkus untuk pengantin. Kami menghadiri kenduri sempena majlis pernikahan Ustazah Hamidah Amat dan suaminya Mokhtar yang berasal dari Pitas.

Kami mesra memanggilnya dengan nama Kak Midah. Ketika di Mansoura Mesir dahulu, Kak Midah adalah antara senior yang rapat khususnya dengan isteri saya. Kelahiran Nuha di Mansoura pada 2003, turut dibantu oleh Kak Midah bersama kawan-kawan yang lain. Jasa itu tidak akan kami lupakan. Sebab itu saya beriya-iya singgah supaya Nuha ingat akan orang yang pernah berjasa kepadanya.

Kami tiba ketika pengantin lelaki masih dalam perjalanan. Baru di Tuaran, kata mereka dan majlis pernikahan dijadualkan pada jam 1 tengahari. Kami tidak dapat menanti lama kerana dalam perjalanan ke kampung. Hanya doa diiringkan buat kedua pengantin semoga berkekalan hingga ke syurga.

%d bloggers like this: