Tag Archive: Kg Inanam Laut


Saya rasa ini antara strategi yang baik yang wajar dilakukan menurut kemampuan masjid-masjid atau surau-surau untuk menarik masyarakat sekitarnya mesra dengan rumah Allah SWT asal saja pengisiannya tidak melanggar syariat. Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut telah mengadakan majlis sambutan hari raya di ruang terbuka aras bawah masjid berkenaan dengan tetamu istimewa mereka ialah Tun Ahmadshah Abdullah dan Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan.

Saya dimaklumkan 2000 cucuk sate disediakan selain jamuan berat yang lain disediakan oleh pihak katering yang dipilih oleh pihak masjid. Namun ia terlebih dahulu diisi dengan solat zuhur dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Nor Azamuddin Umar dari Maktab Sabah yang juga AJK Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah. Manakala solat zuhur saya dimaklumkan diimamkan oleh SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan, mufti negeri. (Saya datang selepas zuhur).

Ia strategi yang sangat baik dan perlu terus diperbaiki, dimantapkan untuk menarik lebih ramai. Saya hadir sebenarnya atas undangan Tuan Haji Zakaria Muid orang kuat di masjid ini dan tiba di separuh majlis sudah berlangsung. Namun kehadiran masih ramai  tidak kira kanak-kanak, belia dan orang tua baik lelaki dan perempuan. Saya kira tiada salahnya JK masjid-masjid duduk berbincang dan mengadakan retreat untuk pelan strategik pengimarahan masjid dan mengembangkan kreativiti selama ia masih dalam lingkungan syariat Islam.

Hanya ada satu perkara yang saya tidak berkenan berlaku di masjid berkenaan dalam tempoh majlis itu. Tetapi saya hormati permintaan Tuan Haji Zakaria agar tidak mendedahkannya kerana ia bukan kesilapan pihak JK masjid bahkan kesalahan individu saja, bagaimanapun kami yang duduk di meja berkenaan sepakat tersinggung dan tidak suka akan kejadian itu.

Apa pun, majlisnya berjalan lancar dan tahniah buat semua yang terlibat.

p/s : foto pertama di atas bersumberkan Brother Amran Aliamat dari facebook beliau. Wajah Amran Aliamat di foto bawah sekali.


Khatib : Ustaz Haji Imran Anggun al-Hafiz

Tempat : Masjid Jamek Tun Ahmadshah Kampung Inanam Laut

Perubahan hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun memberi suatu petanda yang sangat besar dalam kehidupan manusia iaitu bahawa kehidupan di dunia yang berstatus sementara, menghampiri kematian yang pasti ditempuhi oleh semua makhluk yang hidup.

Mengetahui tempoh kehidupan yang amat singkat, justeru sebagai hamba Allah yang beriman dengan adanya kematian dan kebangkitan semula pada hari  kiamat  hendaklah melakukan persiapan dengan menyediakan amal kebaikan sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT. Kesempatan lima masa  hendaklah direbut sebaik-baiknya sebelum bertemu lima perkara.

Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati.

%d bloggers like this: