Yang berserban tidak termasuk dalam rombongan umrah

Malam tadi, saya hadir dalam kenduri sempena keberangkatan sekumpulan jamaah Surau Austral ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Antara yang terlibat ialah Tuan Hj Ruslin dan isteri, Abang Jamil Dan sekeluarga, dan Abang Rashad sekeluarga.

Ust Azam sekali lagi memimpin dan mengetuai rombongan ini.

Mereka dijangka akan bertolak ke ibu negara pada rabu hadapan dan berangkat ke Jeddah pada pagi khamis. Menariknya,  selain keluarga abang Rashad, mereka juga akan meneruskan perjalanan setelah itu ke Jordan dan Syria.

Selepas Jordan dan Syria selama 4 hari, mereka dijangka meneruskan perjalanan berikutnya ke Istanbul pula. Hj Ruslin memaklumkan saya, mereka dijangka pulang pada 12hb Mei dan tiba di tanahair hari berikutnya.

Abang Rashad dijangka tinggal selama 2 minggu di Tanah Suci, kerana turut menziarahi keluarga dan orang tuanya yang sudah menetap di Tanah Suci Makkah.

Ust Hj Muchlish Ali Kasim ketika kenduri berkenaan sudi untuk memimpin bacaan doa semoga mereka selamat dalam perjalanan pergi dan balik, serta dianugerahkan umrah yang mabrurah. Semoga para mu’tamirin tidak melupakan¬† nama kami dalam doa-doa mereka di sana nanti.