Tag Archive: Kenali Rasul Kita Muhammad SAW


Tarikh : 17 Mei 2016

Membiasakan anak-anak mengenali Nabi melalui bacaan buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW. Bergilir-gilir membaca di dalam kereta pada waktu pagi atau petang.

20160517_070118

Mulai 15 Jun 2015, saya menetapkan anak-anak – Nuha, Hana, Hadi & Lu’lu’ untuk membaca buku ini sepanjang perjalanan ke sekolah atau pulang di dalam kereta. Bahasanya mudah difahami dan sekiranya ada yang susah bagi anak-anak, saya akan cuba menerangkannya kepada mereka.

Buku ini adalah huraian lanjut bagi kitab hadith Syamail Muhammadiyyah, himpunan hadith berkaitan keperibadian Rasulullah SAW, contohnya berkaitan jasad baginda SAW, makan minum, pergerakan dan sebagainya. Dalam buku versi kitab Syamail, saya pernah menggunakan kitab ini dalam kuliah mingguan di Masjid Kg Sipanggil Putatan, dan juga bacaan kami di dalam usrah.

Semoga aktiviti kami ini akan membuahkan satu perkara penting kepada anak-anak kami, iaitu cinta Rasulullah SAW dan para sahabat yang menjadi perawi bagi hadith-hadith tersebut.

20150615_064127 20150615_142015 20150615_174535 20150616_132700

%d bloggers like this: