Tag Archive: Kecurian


HILANG TAYAR

Tarikh : 19 Disember 2016

Dua biji tayar kereta kelisa dicuri pada awal pagi 19hb Disember, saya kemudiannya membuat laporan polis. Pada lewat petang, dua pegawai polis dari IPD Penampang datang ke rumah membuat pemeriksaan.

BONGKAR

Setiba di rumah dari Restoran Tiara Grace Square setelah mengaji Kuliah Fekah di Masjid Negeri malam ini, saya dikejutkan dengan khabar yang diberitahu orang rumah.

Personaku dibongkar pencuri.

Sebenarnya silap sendiri. Pulang ke rumah dari pejabat sebelah petang dengan persona, saya bersalin pakaian dan keluar semula dengan kelisa untuk kuliah maghrib di Masjid Kg Muhibbah. Persona ditinggal tanpa dikunci!

Selesai isyak di sana, terus pula ke Masjid Negeri sehingga jam 9.30 malam. Sesudah itu menjadi kebiasaan untuk makan malam di Grace Square, Sembulan. Biasanya balik sekitar sejam kemudian.

Kebetulan pada masa yang sama keluarga di rumah menghadiri kenduri kesyukuran di Kinarut. Mereka pulang, sesuatu sudah berlaku.

Pintu persona dilihat tidak bertutup rapat, segala laci terbongkar dan bertaburan. Kejadian itu berlaku pada awal malam iaitu antara 8-10 malam.

Pada mulanya hajat saya hendak melapor kepada balai polis berhampiran, tetapi apabila disemak tiada apa yang hilang saya batalkan hasrat itu.

Alhamdulillah! Apa yang dicari? Dalam tu hanya ada VCD ceramah dan kuliah.

%d bloggers like this: