Tag Archive: Kebakaran


Tarikh : 1 November 2015

Lokasi : Papar

Kami mengambil kesempatan untuk menziarahi Ustaz Hj Sipri Abd Razak sekeluarga di Papar, pegawai JHEAINS yang bertugas di Beaufort. Rumah beliau musnah dalam kebakaran. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada beliau sekeluarga.

20151101_152506 20151101_152610 20151101_152637 20151101_152710 20151101_152719 20151101_152927 20151101_153927 20151101_154117 20151101_154419

Tarikh : 30 Jun 2015

Lokasi : Kg Lumat Membakut

Sempat berziarah dan menyampaikan sumbangan sahabat-sahabat di Kg Lumat Membakut untuk mangsa kebakaran.

20150630_180126 20150630_180635 20150630_180826 20150630_180952 20150630_181008 20150630_181123 20150630_181156

Tarikh : 27 September 2014

Lokasi : Kg Lembising Putatan

Berita mengejutkan kami terima beberapa jam sesudah kejadian pada petang sabtu lepas, mendengar musibah yang menimpa Imam Masjid Daerah Putatan Tuan Imam Haji Mohd Noh Chaleh apabila rumahnya musnah dalam kebakaran menjelang tengahari sabtu.

Menurut jamaah Masjid Daerah Putatan, tuan imam ketika itu sedang berada di masjid untuk solat fardhu zuhur. Ketika azan berkumandang, beliau sudah dimaklumkan akan kebakaran tersebut dan beliau tidak berhajat untuk pulang. Bahkan selepas solat pun beliau sempat menikahkan sepasang pengantin di masjid tersebut.

Pihak masjid telah melancarkan kutipan derma untuk tuan imam dan keluarganya. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau menghadapi musibah ini. Kepada Allah kita berserah. Takziah daripada saya dan keluarga.

Hangus (1) Hangus (2) Hangus (3) Hangus (4)

Tarikh : 14 Jun 2014

Lokasi : Kg. Kunak Jaya, Kunak

Kami dimaklumkan kebakaran berlaku pada 9 Jun lepas dan mengorbankan sepasang suami isteri. Kesempatan berziarah ke daerah ini kami singgah menyampaikan sumbangan dan menyatakan simpati kepada keluarga mangsa yang juga tinggal berdekatan rumah tersebut.

***

KUNAK: Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal pagi Isnin. Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi.

“Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah,” katanya.

Beliau berkata ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah.  Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat. – Sumber : Mstar

Kebakaran @ Kunak (1) Kebakaran @ Kunak (2) Kebakaran @ Kunak (3) Kebakaran @ Kunak (4)

Tarikh : 22 Mac 2014

Lokasi : Kg Pasir Putih Putatan

Kebakaran (1) Kebakaran (2) Kebakaran (3) Kebakaran (4) Kebakaran (5) Kebakaran (6) Kebakaran (7) Kebakaran (8) Kebakaran (9)

 

Pada hari raya keenam, dalam misi ziarah raya kami turut menyinggahi rumah keluarga besar kami di Kg Rancha-Rancha Darat Labuan yang ditimpa musibah kebakaran pada ramadhan lepas. Saya ada mencatatkan dalam blog ini musibah tersebut yang mengorbankan dua nyawa orang yang rapat dalam keluarga kami.

Selepas musibah itu berlaku ramai kerabat dari serata Labuan dan tanah besar Sabah berziarah ke lokasi dan menzahirkan kesedihan dan menghulurkan sumbangan setakat kemampuan masing-masing. Abang saya yang bekerja di Arab Saudi turut mengutip derma dan mengirimkan sumbangan kepada waris yang ada.

Rumah terbakar (1) Rumah terbakar (2) Rumah terbakar (3) Rumah terbakar (4) Rumah terbakar (5) Rumah terbakar (6) Rumah terbakar (7) Rumah terbakar (8) Rumah terbakar (9) Rumah terbakar (10) Rumah terbakar (11)

Takziah diucapkan kepada tuan rumah seisi keluarga di Kampung Muhibbah Baru, bersebelahan dengan Taman Jumbo Lorong 10, apabila rumah besar tersebut musnah dalam kebakaran malam ini. Saya mendapat makluman awal daripada isteri pada jam 9.30 malam sedang saya berada dalam perjalanan pulang di Kepayan.

Hati saya berdebar melihat dari jauh seperti lokasi musibah berhampiran dengan rumah kami. Apabila saya memasuki kawasan taman perumahan, kelihatan polis sedang berkawal dan beberapa jentera bomba sudah berada di kawasan berhampiran. Saya pulang terlebih dahulu dan naik basikal ke lokasi kejadian.

Cakap-cakap orang ramai yang menyaksikan kebakaran mengatakan ada litar pintas sebagai punca kejadian. Dalam kecoh-kecoh itu, ada yang bercerita tentang sejarah pahit di kawasan berhampiran yang juga pernah ditimpa musibah kebakaran yang sama beberapa tahun sudah.

Allahu akbar, semoga tuan rumah bersabar di atas musibah yang melanda.

Kebakaran di Kg Muhibbah Baru (1) Kebakaran di Kg Muhibbah Baru (2)

Laporan awal musibah pada 2 Mei lepas sebanyak 7 buah rumah musnah dalam  kebakaran di Fasa 1 Kampung Meruntum Putatan yang berlaku seawal jam 8 pagi ketika ramai penghuni baru keluar rumah untuk urusan kerja harian. Walaubagaimanapun, makluman terakhir daripada penduduk kampung memaklumkan sebanyak 9 buah rumah terbabit dengan 10 keluarga menjadi mangsa.

Sebanyak empat buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Sembulan dan sebuah jentera dari bomba Kem Lok Kawi membantu dan mengawal kebakaran daripada terus merebak. Penduduk yang terbabit ditempatkan di dewan serbaguna kampung berkenaan dan sebahagiannya di rumah keluarga.

Abu Nuha Corner mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk pakaian, peralatan seharian, makanan, minuman atau wang untuk dikumpul dan diagihkan kepada mangsa berkenaan.

SANG KANCIL MERAH HANGUS

Sebuah kereta kancil terbakar betul-betul di persimpangan lampu trafik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12 tengahari sabtu. Kereta kancil merah berkenaan dari arah Putatan menuju ke arah pusat bandaraya Kota Kinabalu. Asap hitam berkepul-kepul jelas kelihatan dari jarak beberapa kilometer.

Sebuah jentera dan sekumpulan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba beberapa minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 3 minit. Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan berlaku seketika sehingga seorang anggota trafik berjaya mengawal lalu lintas. Abu Nuha Corner yang kebetulan berada di lokasi sempat merakamkan kejadian berkenaan.

Tahniah kepada kecekapan anggota bomba yang bertugas, takziah kepada pemilik kereta berkenaan. Kepada kita semua yang memiliki kenderaan, jagalah kesihatan dan keselamatan kenderaan masing-masing.

BAKAL DISERAH

Hasil daripada promosi yang dilakukan di merata tempat, di surau masjid, pejabat dan seumpamanya, rakan-rakan dapat mengumpul sejumlah pakaian terpakai dan wang untuk disampaikan kepada penduduk Kg Sri Pandan yang terlibat dalam musibah kebakaran minggu lepas.

Duit yang terkumpul telah digunakan untuk membeli makanan seperti gula, biskut, minyak, mee dan sebagainya.

Insya Allah dalam masa terdekat, ia akan diserahkan kepada mereka yang terbabit. Rakan-rakan yang diamanahkan tugas, telahpun berhubung dengan pihak kampung untuk datang membuat serahan.

Dalam pada itu, bagi yang ingin menyumbang, teruskan sumbangan anda. Insya Allah, akan ada sumbangan kedua, ketiga dan seterusnya jika ada para penyumbangnya.

Gambar-gambar ini adalah aktiviti terakhir sebelum sumbangan diserahkan kepada mangsa kebakaran.

Para petugas telah bertungkus lumus sehingga tengah malam untuk melakukan pembahagian barangan ke dalam plastik yang disediakan, tidak termasuk berkotak-kotak pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai.

%d bloggers like this: