Tag Archive: Jundi Resources


Buku yang baru dibaca :

MAT INDERA

Penulis : Dr Muhaimin Sulam

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM23.00

Siapakah Mat Indera?

Buku ini menawarkan beberapa perspektif mengenai Mat Indera yang pernah menjadi kontroversi. Polemik sama ada Mat Indera seorang pejuang atau pejuang tidak akan selesai tanpa melibatkan kajian yang lebih terperinci. Penulis membawa latar belakang suatu sejarah itu dinukilkan dan bagaimana melihat sejarah silam dengan perspektif semasa.

Buku ini berusaha menjadi sebahagian daripada usaha-usaha tersebut. Menariknya buku ini kerana dipersembahkan dalam bentuk yang santai tetapi tetap mengekalkan standard sebuah kajian.

Ini adalah buku pertama Dr Muhaimin Sulam selepas kembali ke tanah air penghujung tahun 2010. Sebelum ini beliau melanjutkan pengajian PhD di University of Wales Trinity St. Davis, UK dalam kajian kepemimpinan politik. Semasa di UK, beliau sempat menulis dua buku antologi puisi dan cerpen terbitan GLKN. Sekarang beliau mengajar di salah sebuah universiti  tempatan di samping menjadi kolumnis akbar dan terlibat dalam beberapa kajian tentang politik Malaysia.

‘it is pity that a man of his qualities had thought it fit to associate himself to Communists’ -Hakim Buhagiar, 1952

‘Man Indiera adalah ‘ikan bilis’…’  – Prof. Dr. Ramlah Adam, Sept. 2011 

‘…tapi dia (Mat Indera) komunislah…’  – Pak Imam X, Kg. Parit Warijo, 13 Ogos 2012

‘Dia (Mat Indera) bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan Negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadum.’ -Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, Berita Harian, 8 Sept. 2011

‘…di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.’  – Abdullah C.D. ‘Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua) Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10

GUA IKUT ENTA

Buku yang baru dibaca :

guaikuenta

Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM22.00

“Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Riduan Mohamad Nor & M. Abd Malik Abd Karim

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM25.00/RM27.00

Dr. Muhammad Mursi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 di wilayah Syarqiyah, di sebuah perkambungan al-‘Idwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana yang mementingkan pendidikan Islam. Bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Mursi mendirikan rumahtangga pada tahun 1978, dikurniakan lima cahaya mata dan tiga cucu. Beliau dan isteri serta lima orang anaknya menghafal al-Quran.

***

Sumber ‘Masr al-Youm’ (akhbar Mesir) melaporkan dua ‘cabaran utama’ pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr Muhammad Mursi :

1. Suka menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

2. Enggan menutup lalu lintas jika kenderaannya berada di jalanraya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat.

Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka menjaga keselamatan Presiden yang menjadi tanggungjawab utama mereka. Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang bersama-sama beliau semalam dan hari sebelumnya.

Selain itu, Presiden juga tidak suka pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya. Beliau bertanya kepada pengawal, “Mereka berdiri sudah berapa lama?” Jawab pengawal, “Sudah lebih dua jam.” Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka pulang. Anda tahu jam berapa waktu solat subuh di Mesir musim panas sekarang? Pukul 3.05 pagi!

%d bloggers like this: