Tag Archive: JHEAINS Tambunan


Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Kebangsaan Kali Ke-53 di Kota Kinabalu diambil kesempatan oleh JHEAINS untuk melancarkan empat buah buku pelbagai tajuk.

Buku-buku berkenaan ialah ‘Pembentukan Malaysia dan Impaknya Kepada Perkembangan Islam Di Sabah’ oleh Najion Jamil, ‘Wawasan al-Quran Memacu Kecemerlangan Ummah’ oleh Ustaz Haji Mohammad Iyen Atim, ‘Psikologi Dalam al-Quran’ oleh Josnah Ali Amat dan ‘Bala Jangan Dicari’ juga oleh Najion Jamil.

Sebenarnya keseluruhan ada enam buah buku yang dihantar ke Jabatan Cetak Kerajaan untuk diterbitkan sempena MTQ ini, namun hanya empat yang sempat disiapkan.

Buku-buku ini boleh didapati secara percuma di kaunter pameran JHEAINS atau terus ke tingkat 9 Bahagian Penyelidikan & Informasi jika ada stok.

IMG_6254

Selain program pemantapan aqidah di SMK Tambunan, satu program yang sama diadakan di lokasi bersebelahan, Rumah Anak Yatim (RAY) khusus untuk dewasa pula.

Sasaran utama peserta terdiri daripada kalangan pendakwah, para guru dan penjawat awam untuk seminar sehari setengah itu bermula pagi sabtu serentak dengan program untuk pelajar.

Alhamdulillah, sekalung tahniah khususnya kepada JHEAINS Tambunan, USIA Tambunan yang berjaya mengumpul lebih 140 peserta sehingga ke akhir program tengahari tadi.

Di RAY, dua tokoh yang tidak asing memimpin program ini secara bergilir-gilir iaitu Hj Nicholas Sylvester dan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah. Ceramah mereka juga diselang selikan dengan sesi soal jawab bersama para peserta.

Para peserta juga dapat menyaksikan satu slot pengislaman 3 saudara baru di Rumah Anak Yatim (RAY) ini. Mereka ialah Vendy Lala (15 tahun), Juida Bonong (41 tahun) dan Johana Sibyl (40 tahun).

Sementara itu, beberapa peserta yang ditemui menjelaskan sangat berpuas hati dengan seminar yang dianjurkan. Bahkan ada yang memohon agar seminar ini dijadikan program tahunan atau lebih kerap di Tambunan.

Bagi mereka usaha dakwah yang perlu digerakkan dengan lebih giat lagi di sini. Oleh itu, para peserta perlu dimantapkan dengan strategi, kaedah dan modus operandi semasa agar sasaran dicapai.

Mereka juga mengucapkan penghargaan dan tahniah keatas usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah yang berusaha keras membawa kedua tokoh berkenaan ke daerah Tambunan.

IMG_6256

IMG_6263

IMG_6264

IMG_6268

IMG_6288

IMG_6276

IMG_6292

%d bloggers like this: