Tag Archive: Jawi


Tarikh : 28 November 2014

Lokasi : Masjid al-Muzakkirullah, Kg Lubok Temiang WP Labuan

Khatib : Syahnon Othman

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

Mendidik isteri amatlah penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Mempunyai isteri yang solehah adalah dambaan bagi lelaki yang inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Antara langkah-langkah perlu dijana oleh suami untuk mendidik isteri seperti berikut:

Pertama: Sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. Suami isteri yang kian sibuk bekerja haruslah meluangkan masa untuk solat fardhu secara berjemaah. Amalan ini amatlah dituntut dalam Islam, yang mana Rasullullah SAW sendiri sentiasa solat berjemaah bersama isteri-isterinya. Dengan ini maka akan lahirlah usrah sakinah gapaian redha Allah.

Kedua: Teguran mendidik dengan cara berhemah. Suami sebagai ketua keluarga harus memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga. Amalkanlah budaya tegur menegur kepada isteri bagi mewujudkan keluarga yang harmoni. Tegurlah isteri dengan hati yang terbuka, berhemah dan berhikmah serta janganlah mudah melenting kerana isteri juga perlukan belaian dan kasih sayang seorang suami. Ingatlah suami adalah tempat bergantungnya si isteri yang sentiasa mengharapkan perhatian dan bimbingan.

Ketiga: Mengamalkan cara hidup usrah sakinah. Usrah sakinah dapat direalisasikan dengan memandu ahlinya dengan Al-Quran dan Al-Sunnah agar keluarga kita tidak tersasar dari jalan yang diredhai Allah SWT. Raikanlah dan tunaikan hak-hak kewajipan sebagai suami dan isteri dengan sebaiknya, maka akan lahirlah permata kasih penyeri hidup mereka.

Sebuah keluarga yang bahagia akan terbina daripada hasil didikan agama yang mantap daripada ibubapa. Ibubapa memainkan peranan yang penting untuk menjadikan mereka sebagai orang yang beriman serta bertakwa pada Allah SWT. Dalam hal ini, Islam telah memberikan garis panduan yang begitu baik bagi ibubapa untuk mendidik zuriat mereka.

Renungilah pesanan Rasulullah SAW ini daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah Rahimahullah daripada Anas bin Malik RA bermaksud: “Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab yang baik”

wukuf

 

1. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) Di sini

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Di sini

3. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Di sini

4. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Di sini

5. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Di sini

6. Ekhutbah Di sini

masjid-omar

1. Teks Khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang : di sini

2. Teks Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : di sini 

3. Teks Khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) : di sini

4. Teks Khutbah blog ekhutbah : di sini

5. Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) : di sini

6. Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) : di sini

masjid durian tunjung1

Sumber : http://www.islam.gov.my/majlis-penyerahan-masjid-kg-durian-tunjung-wp-labuan

Rancang dan laksanakan pelbagai aktiviti serta manfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk mengimarahkan masjid ini kepada penduduk setempat terutamanya kepada golongan muda.

Itu antara ucapan YBhg Dato’ Mohd Noor bin Abd Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim dalam Majlis Penyerahan sebuah masjid beserta tempat letak kereta di Kampung Durian Tunjung di atas tanah beralamat Lot 7106, Jalan Pohon Batu, Perumahan Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung pada 19 Februari 2013 yang lalu.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Encik Amir Onn bin Haji Mustapha; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan dan Pengurusan) Perbadanan Labuan, YBhg. Ustaz Sabarudin bin Hassan; Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, tetamu jemputan serta para pegawai dari Jakim dan JAWI Labuan.

Masjid yang bernilai RM 4.8 juta ini telah dapat disiapkan lebih awal dari tarikh jangkaan siap oleh kontraktornya dari Jurutera Sri Mas Sdn. Bhd. Menariknya masjid yang terbina di atas tanah seluas 4.86 ekar ini mampu menampung hampir 1,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dan bakal menjadi masjid kedua terbesar selepas masjid utama di WP Labuan iaitu Masjid Jamek An- Nur.

Di akhir ucapannya, YBhg. Dato’ TKP (P) telah melahirkan rasa kesyukurannya kerana projek ini telah dapat disiapkan dan menyeru agar masjid ini kelak, akan menjadi pusat dalam meningkatkan lagi pembangunan modal ini dan kerohanian yang lebih cemerlang terutamanya di kalangan remaja.

Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan replika kunci (mock key) dari pihak Perbadanan Labuan oleh YBrs. Encik Amir Onn bin Haji Mustapha kepada YBhg Dato’ Mohd Noor bin Abd Hamid bagi pihak Jakim seterusnya diserahkan kepada YBhg. Ustaz Sabarudin bin Hassan di pihak JAWI Labuan bagi urusan pentadbirannya.

masjid durian tunjung2 masjid durian tunjung3 masjid durian tunjung4 masjid durian tunjung5

1) Teks Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini.

2) Teks Khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini.

3) Teks Khutbah Presiden PAS di sini.

4) Teks Khutbah Dewan Ulama PAS Pahang di sini.

5) Teks Khutbah Dewan Ulama PAS Kelantan di sini dan di sini.

6) Teks Khutbah e-Khutbah di sini.

7) Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  di sini.

8 ) Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.

9) Teks Khutbah Ustaz Nasruddin Tantawi di sini.

IMG_7125

Sepanjang khamis bermula pagi hingga petang, Pejabat  Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama JAWI menganjurkan Seminar Pemurnian Aqidah 2009 yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Seminar yang dihadiri sekitar 600 peserta itu dirasmikan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh.

Tiga pembentang kertas kerja dijemput dalam seminar berkenaan. Mereka ialah Hj Mohammad Ariffin Ismail membentang tajuk : Cabaran Islam Liberal Di Malaysia.

Pembentang kedua ialah Dr Khalif Muammar dari UKM dengan tajuk : Wacana Kesetaraan Gender : Islamis vs Feminis Muslim.

Sementara pembentang ketiga ialah Fahaman Pluralisme Agama Merosakkan Aqidah oleh Dr Anis Malik Taha dari UIA.

Saya yang hadir mewakili JHEAINS merasakan program yang sangat baik, tambahan pula diadakan di tempat yang sangat selesa.

Hanya sedikit janggal saya merasakan secara peribadi (saya tidak mengetahui perasaan peserta lain), di mana ada pembentangan disampaikan dengan lurus sehingga ramai juga yang terlena.

Tajuk yang berat, dengan kepelbagaian latar pendidikan peserta, ada penceramah pula tampil dengan bahasa dan istilah moden dan bombastik.

Sepatutnya bahasa dan istilah dimudahkan untuk kefahaman peserta. Sementara moderator pula bagi saya bijak mengawal keadaan.

Tetapi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan ia adalah majlis yang patut digerakkan ke seluruh negara.

Kg Sungai Yan Kechil, Kedah.

IMG_7132

IMG_7128

IMG_7129

KURSUS PEMANTAPAN JAWI

IMG_5888

Seramai 20 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sekitar Pantai Barat Sabah telah menyertai kursus pemantapan jawi di Putatan hari ini.

Jurucakap penganjur memberitahu, tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru PASTI dalam matapelajaran jawi yang merupakan salah satu subjek yang diajar di dalam silibus pendidikan PASTI Malaysia.

Selain itu, dengan penganjuran kursus ini juga para guru dapat didedahkan dengan ejaan-ejaan baru jawi menurut standard yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sumber penganjur juga memberitahu, kursus sedemikian dan kursus-kursus pemantapan kemahiran guru juga sering diadakan dari masa ke masa.

“Peningkatan kemahiran para guru adalah perlu seiring dengan kepesatan PASTI yang semakin mendapat tempat di hati ibu bapa di seluruh negara”, jelasnya.

Untuk rekod, di sekitar Pantai Barat Sabah terdapat 15 buah PASTI, dan pengurusan merancang untuk menubuhkan sekurang-kurangnya dua buah PASTI pada tahun hadapan.

Kursus sehari itu dibimbing oleh seorang guru pakar jawi dari Selangor dan ditutup rasmi oleh Pengerusi PASTI Putatan, Encik Mohammad Shuaid.

IMG_5893

IMG_5896

IMG_5897

IMG_5900

IMG_5903

%d bloggers like this: