IMG_7216

Awal pagi lagi setelah Mak Ngah pulang, Cikgu Hameed membawa saya meronda dan melawat kampungnya dan kampung-kampung di sekitar Yan ini.

Di belakang rumah Cikgu Hameed ini terbentang luas tanah sawah padi. Ia diusahakan oleh penduduk kampung mengikut lot dan kawasan masing-masing.

Untuk keluarga Cikgu Hameed sendiri mereka mempunyai sawah padi seluar 4 relung.

IMG_7214

Kami beredar ke rumah jiran yang digelar Pak Tam, 80 tahun. Pak Tam menurut Cikgu Hameed dikenali sebagai seorang yang kreatif dengan kerja-kerja kampung.

Di laman rumahnya, beliau menanam rumput karpet membuatkan mereka yang datang tertarik dengan kecantikan laman rumahnya.

Di rumahnya juga terdapat sebuah basikal buatan Korea seperti motosikal yang boleh digunakan sama ada dengan  bateri atau kayuhan biasa.

IMG_7225

Dari rumah Pak Tam, kami beredar menuju ke arah pantai melalui kawasan sawah. Tidak jauh, 5 minit bermotorsikal.

Kawasan ni khabarnya termasuk dalam rancangan penimbusan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan projek petrokimia dijalankan.

IMG_7244

Dari sana kami beredar pula ke rumah seorang pejuang lama dan amilin PAS. Pakcik Ghazali Mat Taib, 71 tahun lebih dikenali dengan nama Bang Mad Apam. Beliau telah menyertai PAS sejak 1959 – 50 tahun lalu.

Panjang sembang di sana, maklumlah orang lama yang sarat dengan pengalaman hidup. Beliau juga pernah merantau ke merata negeri termasuk Singapura. Hanya Sabah Sarawak beliau belum berkesempatan.

Di Singapura, beliau tinggal di Jalan Ampas dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem sebagai watak pembantu dan tambahan sahaja. Ketika itu umur beliau baru saja menjangkau 25 tahun.

Rajin Cikgu Hameed melawat kawasan. Agak-agak boleh jadi YB tak?

IMG_7248