Tag Archive: JAKIM Sabah


HIMPUNAN KAFA SABAH

Sumber : http://www.islam.gov.my/perhimpunan-bulanan-kafa-negeri-sabah-tahun-2012

Bertempat di Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu, Unit KAFA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah telah berjaya menghimpunkan hampir 400 orang yang terdiri daripada penyelia dan guru KAFA seluruh negeri ini bagi melaksanakan Perhimpunan Bulanan KAFA Negeri Sabah tahun 2012.

Objektif utama disebalik majlis perhimpunan bulanan yang dianjurkan bermula 17 hingga 18 Mac 2012 yang lepas ialah untuk melonjakkan semangat baru dikalangan penyelia dan guru KAFA negeri ini melalui sesi amanat misi dan visi pendidikan KAFA yang disampaikan oleh Pengarah JAKIM Cawangan Sabah sendiri. Yang kedua, meningkatkan motivasi kerja dalam terus menabur bakti kepada anak bangsa dan masyarakat di negeri Sabah, seterusnya merealisasikan peranan persatuan KAFA Negeri Sabah.

Antara program lain yang turut dilaksanakan ialah Mesyuarat Agung Persatuan KAFA Negeri Sabah Tahun 2012. Sesi cadangan calon dan lantikan Pengerusi Persatuan KAFA Negeri Sabah serta pelbagai idea kreatif cetusan dari hadirin yang hadir telah merancakkan mesyuarat agung tersebut. Secara keseluruhannya, majoriti peserta yang hadir pada program berkenaan memberikan respond dan komitmen yang sangat baik.

Majlis perasmian perhimpunan bulanan berkenaan telah disempurnakan sendiri oleh Y.Bhg. Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah bertempat di Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Hjh. Noordianah binti Haji Alwi, Penolong Pengarah Unit KAFA, JAKIM Cawangan Sabah.

Sumber : http://www.islam.gov.my/pentas-akhir-sirah-nabi-adikku-sabah-fm

Pada 18 Februari 2012 yang lepas, program Pentas Akhir Sirah Nabi Adikku Sabah fm 2011 telah diadakan bertempat di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah. Ia adalah anjuran bersama Sabah fm (Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah), Masjid Bandaraya K.Kinabalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Pusat Zakat Sabah (PZS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah dan beberapa NGO lain.

Objektif utama rancangan ini untuk mengetengahkan cerita dan sejarah nabi-nabi terdahulu kepada semua lapisan masyarakat. Seterusnya untuk menyampaikan dakwah Islam melalui kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun. Penganjur juga mengharapkan ia dapat memupuk jati diri, keyakinan serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui tentang cara hidup dan kisah teladan sejarah nabi-nabi yang terdahulu.

Menyorot kembali latar belakangnya, rancangan Sirah Nabi Adikku adalah sebuah rancangan baru di Sabah fm. Rancangan ini berkonsepkan dakwah hiburan yang mengupas sejarah nabi-nabi, melibatkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Disiarkan setiap hari selasa, 8.30 malam di Radio Malaysia Sabah fm.

Secara ringkas mengenai rancangan ini, satu ujibakat telah diadakan pada bulan April 2011 yang lalu. Hasilnya hanya 9 peserta yang terpilih untuk menyampaikan cerita pada setiap minggu dari bulan April hingga Oktober 2011. Peserta kanak-kanak telah dipilih dari Sekolah-sekolah Agama Negeri sekitar Kota Kinabalu. Pemilihan sekolah dibuat oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian Pendidikan berdasarkan perbincangan dengan penerbit Rancangan Sirah Nabi Adikku.

Pentas Akhir Sirah Nabi Adikku yang turut berlangsung live di corong Radio Malaysia Sabah fm itu telah manampilkan 8 peserta yang sangat berbakat. Pelbagai elemen kemahiran dan nilai tambah yang digabungkan bersama bakat yang dilatih menjadikan persembahan mereka mendapat perhatian hadirin yang hadir serta memukau para juri. Alunan ayat suci Al-Quran, hadith Nabi Muhammad S.A.W, nasyid, gurindam, pantun, syair dan lakonan yang dipersembahkan oleh para peserta menjadikan penceritaan mereka sangat menarik.

Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan semua penaja rancangan yang julung kali diadakan oleh Sabah fm tersebut.

Sementara itu, program lain sempena Maulidur Rasul 1433H yang turut berlangsung sepanjang hari di Masjid Bandaraya itu ialah program ‘Kami Cinta Rasul’ yang dijalankan di sebelah pagi. Antara pengisiannya ialah kuiz, nasyid, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan sesi tazkirah khas yang disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Di sebelah malamnya pula, sesi ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah khas yang diterbangkan dari Indonesia.

BERSAMA DR KH WAHFIUDDIN

Alhamdulillah, siang tadi saya mengiringi bos, Ustaz Musally Moksin menyertai mesyuarat perhubungan bersama agensi-agensi yang berkaitan di bawah Akta Mesin Cetak 1984 (P) 1987 & Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 (P) 1998 anjuran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sabah. Turut hadir ialah Encik Abdul Aziz Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran, KDN Putrajaya yang telah saya kenali lebih awal sebelum ini melalui mesyuarat Lajnah Tashih al-Quran.

Antara yang dibincangkan ialah pemeriksaan dan operasi bersepadu pihak KDN dengan PDRM, KDRM, DBKK, JAKIM dan JHEAINS. Menyuarat juga dimaklumkan secara ringkas tentang kewujudan Lajnah Tashih al-Quran, cara al-Quran disemak dan kehadiran saya juga selain mewakili JHEAINS juga diwarwarkan sebagai ahli lajnah tashih dari Sabah. Bagi pihak JHEAINS, memang pernah beberapa kali kami menyertai operasi bersama khususnya meninjau premis-premis buku khasnya yang menjual buku-buku yang dilarang dipasarkan.

Melalui pertemuan itu juga saya dapat mengetahui prosedur keselamatan yang ketat di Lapangan Terbang (seperti di LTA Kota Kinabalu) dan ia  turut dibincangkan agar memudahkan pegawai penguatkuasa Bahagian PQ Sabah melakukan tugas masing-masing di bahagian dalam.  Berdasarkan apa yang dimaklumkan dan diedarkan pagi itu, saya persilakan saudara-saudara melayari web KDN berikut untuk mengetahui garis panduan penerbitan, contohnya berkaitan foto dan iklan, iklan yang berkait dengan tembakau, iklan ubat, iklan talian 600, liputan perbicaraan kes jenayah dan pembunuhan akhbar tempatan, dan juga garis panduan penerbitan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Lihat di sini : http://www.moha.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=93&Itemid=102&lang=ms

GARIS PANDUAN PENERBITAN JAKIM

Kriteria-Kriteria Utama Dalam Menentukan Kedudukan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam :

  • Tidak Mengandungi Perkara-perkara Yang Menyentuh Kesucian Islam.
  • Tidak Mempropagandakan Akidah, Hukum dan Ajaran Yang Bercanggah Dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  • Tidak Mempersendakan Dan Mempersoalkan Kewibawaan Sumber-sumber Hukum Islam Yang Utama Iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.
  • Tidak Bercanggah Dengan Pegangan Mazhab Ahli Sunah Wal-Jamaah.
  • Tidak Bertentangan Dengan Fatwa Atau Pendapat Jumhur Ulama’.
  • Tidak Mengandungi Unsur-unsur Israiliat, Khurafat Dan Kebudayaan Karut.
  • Tidak Menimbulkan Keraguan Dan Kegelisahan Awam.
  • Tidak Mengandungi Penulisan Ayat-ayat Al-Quran Dengan Tulisan Selain Daripada Bahasa Arab.
  • Tidak Menyalahi Fakta-Fakta Sejarah.
  • Tidak Mengilustrasikan Gambar-gambar Para Nabi, Sahabat Yang Empat, Malaikat Serta Memperwatakkan Gambar-gambar Tersebut.

Sumber : di sini

PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN SABAH
PETI SURAT 406, 89059 KUDAT, SABAH
NO. TELEFON (P) : 088 – 612 245 NO. FAKS : 088 – 612 242
PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT merupakan sebuah institusi latihan dan pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Kursus Asas Pengajian Islam dan Dakwah.
SISTEM PENGAJIAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 1 tahun (2 semester) terdiri daripada Kurikulum dan Ko-Kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat Latihan JAKIM.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18tahun hingga 25 tahun
  2. Bujang dan bersedia untuk tidak berkahwin semasa tempoh pengajian
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau sijil yang setaraf dengannya.
  4. Tidak menunggu mana-mana tawaran lain.
  5. Sihat tubuh badan atau tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  6. Lulus ujian temuduga
  7. Keutamaan kepada saudara baru

KEUTAMAAN

Calon-calon yang telah mengisi borang permohonan WAJIB menghadiri temuduga pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila bawa borang yang telah diisi semasa menghadiri temuduga.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di:
  1. Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Peti Surat 14725, 88854, Kota Kinabalu, di talian 088-488641 / 488642 / 488643 / 488644
  2. Pusat Latihan Dakwah Kudat di talian 088-612245, atau
  3. Pusat Latihan Dakwah Keningau di talian 087-331868, atau
  4. Pusat Latihan Islam Kundasang di talian 088-888285, atau
  5. Pusat Latihan Islam Lahad Datu di talian 089-886801, atau
  6. Pejabat Perhubungan JAKIM Tawau di talian 089-754220, atau
  7. Pejabat JHEAINS daerah yang berdekatan, atau
  8. Laman web http://www.islam.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2011
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Pusat Latihan Dakwah Kudat di talian:
            Telefon      : 088-612 245
            Faks          : 088-612 242
MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 5 Disember 2011 adalah dianggap tidak berjaya.
JADUAL TEMUDUGA PENGAMBILAN PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT SESI 2012 
TARIKH/MASA
DAERAH
TEMPAT TEMUDUGA
1/11/2011
(SELASA)
9.00 Pagi
Kota Marudu
Pejabat JHEAINS Kota Marudu
Pitas
Pejabat JHEAINS Pitas
Kota Belud
Pejabat JHEAINS Kota Belud
Lahad Datu
Pusat Latihan Islam Lahad Datu
Ranau/Kundasang
Pejabat JHEAINS Ranau
Keningau
PLD Keningau
2/11/2011
(RABU)
9.00 Pagi
Tungku
Pejabat JHEAINS Tungku
Papar
Pejabat JHEAINS Papar
Tuaran/Tamparuli
Pejabat JHEAINS Tuaran
Kota Kinabalu/Menggatal/Penampang
Pejabat JAKIM Cawangan Sabah
Tambunan
Pejabat JHEAINS Tambunan
Telupid
Pejabat JHEAINS Telupid
3/11/2011
(KHAMIS)
9.00 Pagi
Tawau
Pejabat JHEAINS Tawau
Tenom
Pejabat JHEAINS Tenom
Beaufort
Pejabat JHEAINS Beaufort
Tongod
Pejabat JHEAINS Tongod
4/11/2011
(JUMAAT)
9.00 Pagi
Semporna
Pejabat JHEAINS Semporna
Nabawan
Pejabat JHEAINS Nabawan
Sipitang
Pejabat JHEAINS Sipitang
Beluran
Pejabat JHEAINS Beluran
Kinabatangan
Pejabat JHEAINS Kinabatangan
Kuala Penyu/Menumbok
Pejabat JHEAINS Kuala Penyu
8/11/2011
(SELASA)
9.00 Pagi
Sook
Pejabat JHEAINS Sook
Kudat/Matunggong
PLD Kudat
Banggi
Pejabat JHEAINS Banggi
Labuan
Pejabat JAWI Labuan
Kunak
Pejabat JHEAINS Kunak

Ketika beliau berpindah ke Sabah tempohari, kawan-kawan saya di Selangor ada memaklumkan melalui emel. Saya sempat mengirimkan SMS ‘selamat datang’ walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau sebelum itu, bahkan tidak mengenalinya pun. Ketika saya ke KL tempohari untuk urusan mesyuarat, ada para ustaz memaklumkan agar kehadiran Ustaz Haji Ahmad Zaki Arshad di Sabah dimanfaatkan bersungguh-sungguh.

Saya difahamkan oleh kawan-kawan JAKIM Sabah tentang keaktifan pengarah baru mereka. Baru beberapa hari sampai, beliau diundang ceramah di sana-sini. Bahkan beliau menerima undangan pelbagai pihak untuk ceramah, khutbah selain kerja-kerja rasmi – mesyuarat, lawatan dan rasmi acara. Saya hanya mendengar cerita-cerita menarik daripada orang lain berkenaan beliau. Saya dimaklumkan tentang pendidikan tahfiz untuk anak-anak mereka.

Apabila saya dan kawan-kawan berkesempatan berziarah ke rumahnya isnin lepas, banyak cerita-cerita kami dengar dari mulut beliau sendiri. Perancangan-perancangan dakwah di JAKIM khususnya dan kerjasama dengan agensi dan NGO Islam yang lain menjadi tajuk utama sembang kami. Begitu juga dengan pengalaman-pengalaman beliau semasa di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai KPP Dakwah buat beberapa tahun. Alhamdulillah, banyak input menarik yang boleh diterapkan dalam kerja-kerja dakwah selepas ini.

SEMINAR AKIDAH SUNNI

Saya hampir terlupa menghadiri seminar berkenaan yang diadakan di Dewan Besar, Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sabah pada isnin lalu walaupun sudah mengesahkan nama mewakili Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah. Pada awal pagi saya menyertai pegawai JHEAINS menerima lawatan JAIS, tetapi sekitar jam 10 pagi saya bergerak ke Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Seminar dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk “Konsep Akidah : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, Ketua Jabatan Akidah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kemudian diteruskan dengan pembentangan kedua yang bertajuk “Ancaman Ke Atas Akidah Ummah” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Zamihan bin Mat Zin, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Setelah melihat keperluan memahami aqidah yang sebenar, saya merasakan program ini sewajarnya diadakan secara bersiri apatah lagi pembentangan Ustaz Zamihan al-Ghari dirasakan terlalu singkat terutama apabila beliau hanya sempat menerangkan Syiah dan sebahagian berkenaan Wahabi. Selain itu, kehadiran boleh dikembangkan kepada lebih ramai pihak seperti wakil IPTA, IPTS, pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan (kerana ada jabatan hanya menghantar kakitangan biasa sahaja) pegawai kanan pasukan beruniform seperti PDRM dan ATM.

Notis dua hari, tetapi saya kebetulan berkelapangan apabila diundang oleh Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali, Pegawai Dakwah JAKIM Sabah untuk mengganti dan mengisi slot ceramah atas tajuk ‘Amal Jamaie Dalam Dakwah” di Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang bersama hampir 50 orang penggerak dakwah JAKIM Sabah, wakil-wakil pelatih Pusat Latihan Dakwah dan alumni mereka.

Tajuk ini kali pertama saya sampaikan mengambil kira permintaan penganjur, dengan objektif gerak-kerja secara jamaie @ berpasukan @ berorganisasi perlu dimantapkan di segenap pihak khususnya dalam kerja-kerja dakwah di JAKIM dan penggerak dakwah. Perkara yang sangat mudah untuk difahami bahawa kalau kita sendirian, sudah tentu tidak mampu menegur sekumpulan anak muda yang sedang meminum arak, berjudi dan sebagainya.

Justeru dalam perkara yang lebih besar daripada itu sudah tentu keperluan untuk menggerakkan gerak-kerja dakwah secara lebih teratur dan bergorganisasi sangat perlu dan mesti dilakukan. Bahkan suatu ungkapan yang sangat terkenal, ‘kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun’. Saya dalam kesyukuran kepada Allah, turut berterima kasih kepada penganjur untuk berkongsi idea dan pengalaman yang amat sedikit dalam kerja-kerja dakwah.

PERSIAPAN MA’AL HIJRAH 1432

Pelbagai program diadakan bagi menyambut Maal Hijrah 1432 khususnya peringkat Negeri Sabah. Mesyuarat diadakan untuk persiapan Majlis Tadarrus dan Khatam al-Quran pada petang isnin, 6 Disember yang mengumpul ratusan (kalaupun tidak ribuan) umat Islam khususnya penjawat awam dan wakil-wakil NGO Islam.

Selain itu, Konvensyen Halal Negeri Sabah juga dibincangkan bagi pembentangan dua kertas kerja berkaitan unsur babi dan alkohol dalam pemakanan serta persediaan penyediaan makanan menurut Islam. Sementara JAKIM Sabah melalui Ustaz Shamsuri Ghazali memaklumkan  program Larian Hijrah pada 11 Disember 2010 (Sabtu)  di Masjid Bandaraya bermula jam 6.30 pagi.

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

PEMERIKSAAN

Baru-baru ini saya menyertai rombongan pegawai daripada Bahagian Penyelidikan JAKIM Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Kawalan Teks al-Quran dan Penerbitan KDN, JAKIM Sabah dan JHEAINS membuat rondaan dan pemeriksaan terhadap bahan-bahan penerbitan yang dilarang oleh KDN.

Di Kota Kinabalu, antara lokasi premis yang diperiksa ialah sekitar kawasan Sinsuran dan Wisma MUIS. Beberapa hari sebelum itu agensi yang sama telah mengadakan pemeriksaan di daerah Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Pegawai-pegawai JHEAINS yang terlibat ialah Ustaz Musally Moksin (KPP Bahagian Penyelidikan & Informasi), Ustaz Haji Hilham Md Noor (PTA JHEAINS Pantai Barat Selatan) dan beberapa anggota lain.

Pemeriksaan kali ini di Kota Kinabalu berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

%d bloggers like this: