Khamis lepas saya ke Jabatan Pendaftaran Negara di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas. Urusannya untuk mendapatkan pengesahan salinan mykad dan surat beranak. Cerita ni lebih kurang macam yang berlaku kepada http://toksu.wordpress juga.

Tapi saya tak kisahlah mendapatkan tandatangan dan cop pengesahan tu.

Saya hadir sekitar jam 4 petang. Mula-memula pengesahan mykad di tingkat bawah blok b. Tunggulah sekitar 10 minit dan selesai. Layanannya baik. Kata staf yang mengurus di kaunter itu mengatakan untuk pengesahan surat beranak, kena naik atas tingkat 3.

(Cuma ada kenalan bagitau, dia pernah buat pengesahan mykad dan surat beranak sekali di bawah di bahagian kad pemgenalan. Wallahu a’lam).

p32600721Sampai tingkat 3, sudah jam 4.15 petang. Tengok kaunter pertanyaan tu sudah tutup.

Saya pohon pertolongan untuk minta pengesahan. Dia kata, tak boleh tolong. Saya kata  untuk cop dan tandatangan, takkan sampai 1 minit pun.

Staf yang jawab kata, kaunter sudah tutup. Saya kata kenapa di pintu luar catat urusan sehingga jam 5.30 petang?

Jawab budak perempuan tu, pegawai yang menandatangani pengesahan balik waktu anjal jam 4.30 petang. Saya kata, sekarang baru jam 4.15. Ada lagi masa. Dia bertegas, tak mau tolong.

Syukurlah saya punya kereta untuk bergerak. Saya terbayang kalaulah orang kampung yang datang naik bas bersusah payah, semata-mata untuk mengesahkan surat, sampai sana permintaan ditolak hanya kerana pegawai nak balik, sedangkan waktu balik belum tiba.

Keduanya, takkanlah pegawai yang boleh menandatangani hanya seorang sahaja. Saudara, saya juga kakitangan kerajaan. Bab piagam pelanggan ni sama-sama sudah faham.

Nabi SAW mengajar kita agar memudahkan urusan orang, bukan menyusahkan.

يسروا ولا تعسروا

Petang semalam, semua urusan yang berkaitan selesai. Saya terpaksa datang lagi sekali, tetapi di tingkat 4 pula, bahagian warganegara. Puncanya kerana anak saya lahir di luar Malaysia, di Mesir.

p3270041Terima kasih layanan baik, mesra dan segera yang diatur oleh Sdr Shahril yang bertugas di kaunter. 

Yang baik kita kata baik, yang kurang elok kita sama-sama perbaiki. Bukan marah, geram saja.

Semua sudah selesai.

Saya tidak berdendam. Tapi ingat Allah punya nama al-Muntaqim, ertinya yang Maha Pembalas dan Pendendam.