Saya hadir membuat sedikit pengisian di Surau Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya sempena Sambutan Bulan Penghayatan Islam bersama-sama bakal-bakal cikgu di sana. Tajuk yang saya sampaikan ialah ‘Perubahan Bermula Pada Ramadhan’.

Ada dua isi utama tazkirah berkenaan. Pertama persediaan menyambut Ramadhan seperti persediaan ilmu, kesihatan, emosi, kewangan dan sebagainya. Kedua perubahan sikap dalam meningkatkan kualiti ibadah seperti solat berjamaah, menjadualkan tilawah al-Quran, bersedekah, menghargai masa dan sebagainya.

Tazkirah berakhir jam 9 malam. Terima kasih atas undangan pihak Surau IPG Gaya.