Tag Archive: IPDAS Keningau


 

Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)

Tempat : Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau.

Masa : 10.30 pagi – 5.00 petang

Panel penemuduga : Ustaz Suhaidi, Ustaz Sahiful & Ustaz Akmal

Jumlah calon : 22 orang

 

Temuduga MTQQ @ IPDAS (1) Temuduga MTQQ @ IPDAS (2) Temuduga MTQQ @ IPDAS (3) Temuduga MTQQ @ IPDAS (4) Temuduga MTQQ @ IPDAS (6) Temuduga MTQQ @ IPDAS (7) Temuduga MTQQ @ IPDAS (9) Temuduga MTQQ @ IPDAS (10) Temuduga MTQQ @ IPDAS (11) Temuduga MTQQ @ IPDAS (12) Temuduga MTQQ @ IPDAS (13) Temuduga MTQQ @ IPDAS (14) Temuduga MTQQ @ IPDAS (15)

IPDAS (0)

Tarikh : 3 April 2013 (Rabu)

Tempat : Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (dahulunya dikenali sebagai PLD Keningau)

Kunjungan ke IPDAS ini mengingatkan kembali nostalgia 14-15 tahun lalu ketika saya dan sahabat-sahabat bergelar siswa-siswi Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah. Rombongan warga maahad yang baru belasan orang ketika itu melakukan aktiviti dakwah ke Keningau dengan dua lokasi utama menjadi sasaran : Pusat Latihan Dakwah Keningau dan Kampung Kota Ayangan.

Kali ini saya kembali berkunjung sebagai tenaga pengajar, bersama sekitar 20 orang lain diketuai oleh Puan Pengetua, para pensyarah dan siswa-siswi. Kunjungan kali ini membawa misi ukhuwah dan bertukar maklumat tentang kedua-dua institusi pendidikan dakwah ini. Pemangku pengetua IPDAS membentang maklumat tentang IPDAS sementara saya diberi tanggungjawab menceritakan tentang pengenalan maahad.

Kami kemudian dibawa meronda sekitar IPDAS, antaranya sekitar bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer dan lain-lain. Saya pula mengambil kesempatan untuk masuk ke dua kelas untuk mempromosi maahad kepada mereka secara ringkas. Insya Allah, kami akan datang sekali lagi dalam tempoh terdekat untuk promosi maahad kepada pelajar mereka pula.

IPDAS (1) IPDAS (2) IPDAS (3) IPDAS (4) IPDAS (5) IPDAS (6) IPDAS (7) IPDAS (8) IPDAS (9) IPDAS (10) IPDAS (11) IPDAS (12) IPDAS (13)

%d bloggers like this: