DQ-BRUNEI1

Sumber : di sini

30 April 2013 – Darul Quran JAKIM, telah menerima lawatan kerja dari pegawai-pegawai Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITASHHB). Deligasi lawatan telah diketuai oleh Haji Awang bin Haji Ali, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar & Pentadbiran. Sesi perbincangan ini telah diadakan di Dewan Syura, Darul Quran.

Program lawatan yang terdiri daripada 3 orang pegawai ITASHHB itu bertujuan mendapatkan informasi berkenaan dengan pengajian al-Quran Braille, Pengurusan Asrama, Pengurusan Perpustakaan dan juga maklumat Konvokesyen Darul Quran. Selain tayangan video korporat Darul Quran, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Pg Haji Amiruddin bin Pg Haji Damit, Timbalan Pengetua Pengajian Tinggi, ITASHHB, Abu Hasrah bin Haji Kamis, Pegawai Perpustakaan, ITASHHB, Ustaz Che Mat bin Che Deraman, Pendaftar Darul Quran, Ustaz Abdul Kodir bin Sallah, Timbalan Pengarah Cawangan Akademik, Ustaz Mat Lazim bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar dan Ustaz Ahmad bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengajian serta pegawai-pegawai kanan Darul Quran.

DQ-BRUNEI2 DQ-BRUNEI3