IMG_6088

Bagi jamaah regular di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral, tiada siapa dapat menyangkal dan menafikan orang yang begitu sinonim dengan surau ini, iaitu Tuan Hj Omar Tompang.

Manakan tidak, selama surau ini mula beroperasi 4 tahun lalu, beliaulah pengunjung setianya bersama isteri dan anak-anaknya.

Selain jika beliau berada di luar kawasan, beliau tetap bersolat di sini, mengimarahkan seorang diri kadang kalanya.

Kepulangan beliau ke bumi Semenanjung, khususnya ke Nilai mulai esok sebenarnya membawa khabar duka buat mereka yang mengenali hati budi beliau.

Datang ke Sabah pada awal tahun 1995 bersama keluarganya untuk bertugas di Lembaga Koko Malaysia, beliau adalah pengunjung setia Masjid Negeri Sabah, bahkan menjadi AJK Syukbah Dakwah yang aktif.

Begitu juga kuliah di Masjid Negeri, beliau akan hadir dengan buku atau notanya.

Kasihnya mula berpindah apabila Surau Austral mula beroperasi. Beliau disepakati sebagai setiausaha JK surau yang pertama sehingga semalam.

Walaubagaimanapun, kuliah subuh di Masjid Negeri bersama Tuan Guru Ust Hj Muchlish tetap didatanginya selepas solat subuh di Surau Austral.

Saya pernah diberitahu oleh seseorang, bahawa ketika beliau tinggal di Taman Colonete, program usrah diadakan di rumah beliau setiap jumaat malam sabtu.

Istimewanya, usrah itu tetap berjalan di rumahnya sekalipun beliau tiada dalam kawasan.

Isteri beliau, Hjh Zuraidah Karim pula akan dikenang kerana setia memasak buat ahli usrah yang hadir suami isteri.

Antaranya ialah Hj Ruslin, Hj Anwar Khan, Dr Idris, Dr Hamid, Hj Nizam, Md Pozi, Che’gu Jamil dan beberapa nama lagi, dibawah bimbingan Tuan Guru Ust Hj Muchlish Ali Kasim.

Bahkan khabarnya sebelum itu sudah bermula dengan nama Usrah Kinabalu bersama Tuan Hj Masri, bekas Pengerusi Petronas Wilayah Sabah dan Labuan.

Seingat saya pula, nama beliau sudah saya kenali sejak beliau berpindah ke Sabah. Manakan tidak, anak sulung beliau Siti Nadiea adalah  junior saya di SMAI TPHR.

Ketika di Maahad Tahfiz dahulu, saya pernah menjadi imam tarawih bagi majlis berbuka puasa anjuran Lembaga Koko yang ketika itu berpejabat di Wisma MUIS dan Hj Omar adalah antara tenaga utamanya.

Yang lucunya, Ust Hj Md Iyen Atim pula menjadi bilalnya sedangkan beliau adalah seorang guru dan ustaz yang sangat saya hormati.

***

Mulai semalam, jawatan setiausaha JK surau beralih tangan kepada timbalan beliau, Md Pozi, orang kuat Lembaga Koko juga, yang juga Setiausaha Syukbah Dakwah Masjid Negeri.

Bermulalah era baru bagi jamaah surau yang selama ini bersetiausahakan Hj Omar. Kita mungkin biasa kehilangan pimpinan yang datang dan pergi, tetapi Islam tidak pernah kehilangan kepimpinannya yang akan berterusan sehingga akhir zaman.

Sebagaimana pernah saya catatkan dahulu, insya Allah nama Hj Omar tidak akan dapat dipisahkan dengan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral.

Saya pohon kepada mereka yang mengenali beliau sekeluarga agar dapat meninggalkan catatan di sini.

Sudah tentu catatan ini tidak begitu sempurna dan ada kekurangan maklumat atau kesilapan fakta di sana sini. Semoga kenangan-kenangan itu akan diingati bersama, khusus untuk tatapan rakan-rakan beliau yang berada jauh di mata.

Jangan lupa ke LTAKK pada esok petang. Beliau dan isteri akan berangkat pada jam 5.40 petang.

Terima kasih Tuan Hj! Cikgu Hameed mewakili PAS Kawasan

Terima kasih Tuan Hj! Cikgu Hameed mewakili PAS Kawasan

Tuan Hj Sapawi Thussin, pengerusi surau disifatkan pemimpin yang begitu terbuka dengan program-program surau. Beliau juga begitu terasa kehilangan seorang setiausaha yang banyak berjasa.

Tuan Hj Sapawi Thussin, pengerusi surau yang begitu terbuka dengan program-program surau. Beliau memberi kepercayaan kepada AJKnya untuk menganjurkan apa juga program yang bermanfaat. Kini beliau terasa kehilangan seorang setiausaha yang banyak berjasa untuk kepentingan agama ini.

Hj Farid akan diingati oleh Hj Omar. Ketika surau ini baru siap, Hj Farid belum beragama Islam, tetapi beliau menawarkan diri untuk memacakkan tanda arah ke surau ini. Dua tahun lalu, Hj Farid memeluk Islam dan seterusnya menunaikan fardhu haji. Abu Nuha Corner berhasrat untuk mencungkil rahsia pengislaman beliau satu hari nanti

Hj Farid akan diingati oleh Hj Omar. Ketika surau ini baru siap, Hj Farid belum beragama Islam, tetapi beliau menawarkan diri untuk memacakkan tanda arah ke surau ini. Dua tahun lalu, Hj Farid memeluk Islam dan seterusnya menunaikan fardhu haji. Abu Nuha Corner berhasrat untuk mencungkil rahsia pengislaman beliau satu hari nanti

Daripada Hj Omar kepada Md Pozi, jawatan setiausaha beralih tangan. Tetapi kedua-dua mereka adalah orang Lembaga Koko. Semoga surau lebih ke hadapan lagi selepas ini.

Daripada Hj Omar kepada Md Pozi, jawatan setiausaha beralih tangan. Tetapi kedua-dua mereka adalah orang Lembaga Koko. Semoga surau lebih ke hadapan lagi selepas ini.

Antara tenaga utama surau ini. Dari kiri Hj Ruslin, Ust Azam, Hj Fauzi How, Hj Omar, Hj Sapawi dan Ust Mad.

Antara tenaga utama surau ini. Dari kiri Hj Ruslin, Ust Azam, Hj Fauzi How, Hj Omar, Hj Sapawi dan Ust Mad.