Tag Archive: Hijjaz


Tarikh : 2 Mei 2015

Lokasi : Sepanggar Kota Kinabalu

Bukan saja dapat makan-makan tengahari dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, turut ada sekali ialah abang Bob Lokman, kumpulan Hijjaz dan lain-lain.

20150502_133744 20150502_135840 20150502_140528 20150502_140535

CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH

Catatan-Hati-Mardiha-500Salah satu buku yang saya beli tempohari di Syarikat Jaafar Rawas ialah buku ini.

Banyak saya pelajari daripada catatan hati pelajar terbaik SPM 2008 ini. Apa yang saya perhatikan, kejayaannya merangkul SPM terbaik 2008 bukan semata-mata bermula 2008. Daripada kudrat manusia, ia telah bermula sejak kecil lagi. Saya meyakini, akhlak dan sikap kedua ibu bapanya telah mewarnai akhlak Nik sendiri.

Manakan tidak, prinsip hablum minallah dan hablum minannas yang menjadi tonggak hidupnya membuatkan Nik berjaya dalam seluruh pelajaran dan hidupnya setakat 18 tahun ini.

Perhati saja dalam buku itu, ibadah puasa sunat isnin khamis sejak sekolah rendah, qiyamullail sejak sekolah menengah, mengingati guru walaupun sudah lama tidak bertemu, berbuat baik kepada ibu bapa dan banyak lagi telah memberi keberkatan dalam hidupnya.

Nik juga mendedahkan kepentingan usrah yang diadakan di sekolah untuk membina keyakinan dan keberanian diri. Program usrah telah banyak membentuk keperibadiannya.

Saya mencadangkan kita pakat beli buku ini, khusus untuk ibu bapa, pelajar sekolah dan universiti, juga para guru.

Tahniah untuk penerbit buku ini Md Faizal Osman (http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/) dan teristimewa buat adik Nik Nur Madihah, yang telah melakukan dakwah melalui keperibadian dan keluhuran akhlaknya. Tidak lupa seluruh keluarga dan guru-guru yang mendidik Nik Nur Madihah.

Sebenarnya, Nik Nur Madihah bukan saja telah mengharumkan Maahad Muhammadi lil Banat, bahkan seluruh sekolah-sekolah agama di seluruh negara. Semoga Allah memberkati kesemuanya. Membaca catatan Nik telah membuatkan saya menitiskan air mata. Benar, kesusahan bukanlah penghalang kejayaannya.

Sebelum keluar daripada perut kapal terbang KB-KLIA, alhamdulillah saya telah menyelesaikannya.

%d bloggers like this: