Tag Archive: Hamid Ismail


Tarikh : 4 Februari 2017

Lokasi : Hotel Yaho, Sembulan Kota Kinabalu

Pemidato : Hamid Ismail, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ustaz Moktar Senik.

img_5104 img_5108img_5114img_5109img_5135img_5138img_5140img_5141img_5159img_5162img_5165img_5167img_5176img_5177img_5178img_5189img_5190img_5191img_5196img_5198img_5199img_5203img_5205img_5211img_5214img_5215img_5216img_5217img_5220img_5223img_5224img_5229img_5232img_5234

TAKLIMAT PINDAAN AKTA 355

Tarikh : 30 Ogos 2016

Lokasi : Asia City Kota Kinabalu

Penceramah : Hamid Ismail

20160830_222854 img-20160830-wa0139

CERAMAH KELOMPOK KG CONTOH

Tarikh : 29 April 2013 (Isnin)

Tempat : Kg Contoh Petagas

Penceramah : Dato’ Mustafa Ali, DSP Dr Hasbullah Taha, Hamid Ismail & Dr Joseph Lee

Kg Contoh (1) Kg Contoh (2) Kg Contoh (3) Kg Contoh (4) Kg Contoh (5)

CERAMAH PR @ PENAMPANG

Tarikh : 27 April 2013 (Sabtu)

Tempat : Kg Nosoob Penampang

Penceramah : DSAI, Azmin Ali, Dorell Leiking, Hamid Ismail dll

Ceramah PR @ Penampang (1) Ceramah PR @ Penampang (2) Ceramah PR @ Penampang (3) Ceramah PR @ Penampang (4) Ceramah PR @ Penampang (5) Ceramah PR @ Penampang (6) Ceramah PR @ Penampang (7) Ceramah PR @ Penampang (8) Ceramah PR @ Penampang (9)

BERKENALAN DENGAN PEGUAM MUDA SABAH

Sumber : di sini

KOTA KINABALU: Hamid Ismail baru berusia 36 tahun. Namun kerana minatnya dalam kes litigation (berguam di mahkamah), beliau menjadi peguam jenayah terkenal di Sabah khasnya di Kota Kinabalu ini. Sebagai seorang peguam muda dan terkenal dengan kesanggupan pelanggan beliau membuat bayaran yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya, penyertaannya ke dalam PAS dua tahun lalu memberikan impak besar kepada parti Islam itu. Dalam pertemuan dengan Harakahdaily baru-baru ini, Hamid secara santai menceritakan  apa yang beliau mahu buat melalui PAS.

“Bagi saya, sebagai peguam saya mahu sekurang-kurang petugas dan undang-undang syariah itu sendiri dinaikkan tarafnya. Kalau hakim mahkamah sivil tidak perlu berfikir banyak tentang bil-bil bulanan yang mereka terpaksa bayar kerana gaji mereka agak lumayan, ia sangat berbeza dengan hakim-hakim mahkamah syariah yang sepatutnya setaraf dengan mereka.

“Tiap-tiap bulan, saya lihat hakim-hakim mahkamah syariah ini masih pening memikirkan bil-bil yang perlu mereka bayar. Apatah lagi untuk hidup sedikit selesa sebagaimana rakan-rakan mereka di mahkamah sivil. Jika demikian, bagaimana mereka mahu memberi tumpuan kepada kerja mereka sebagai hakim dengan baik,” cerita Hamid, bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa itu.

Perkara ini, kata Hamid, tidak patut berlaku kerana kerajaan telah menyamatarafkan kedua-dua mahkamah. Apa yang berlaku, kata Hamid yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PAS dalam pilihan raya umum nanti, mahkamah sivil ada akta khas yang menjaga kepentingan hakim melalui gaji dan elaun yang ditetapkan. Tetapi, ia tidak berlaku kepada hakim-hakim mahkamah syariah.

“Saya yakin, kalau kita perjuangkan, ia boleh diselesaikan dengan baik,” kata Hamid yang dianggap antara peguam jenayah terbaik di Kota Kinabalu ini. Memandangkan beliau terlalu fokus kepada undang-undang jenayah ini, banyak kes jenayah yang beliau kendalikan dibuat secara percuma (pro-bono) sahaja kerana bagi beliau ia mudah sahaja.

Ramai juga hakim di Kota Kinabalu yang agak terkejut bagaimana seorang tertuduh kes jenayah yang miskin mendapat khidmat Hamid yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi itu. Namun ia disedari apabila diberitahu, kes itu dibuat secara pro-bono oleh Hamid.

Undang-undang syariah

Selain itu, Hamid juga mahu kerajaan khasnya negeri Sabah mengkaji balik kedudukan beberapa undang-undang syariah yang boleh diupgradekan tanpa melibatkan pertukaran yang besar. Ia boleh dibuat dengan mudah melalui kerangka yang ada tanpa perlu membuat pertukaran yang besar. Begitu juga bidangkuasa mahkamah syariah, ia perlu juga dipertingkatkan, kata Hamid, cucu kepada bekas Imam Besar Sabah yang terkenal dengan nama Imam Pandin.

Sebagai anak jati Kota Kinabalu, Hamid juga amat berminat tentang Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang sememangnya amat ramai di persekitaran keluarga beliau di Kota Kinabalu ini. Bagi Hamid, konsensus perlu dicapai agar ia diselesaikan dengan baik dan mengikut saluran undang-undang yang ada.

“Selama ini, pemimpin kita lebih kepada cakap sahaja dalam isu ini untuk kepentingan masing-masing tetapi tidak ada pelaksanaan atau penguatkuasaannya,” kata Hamid.

%d bloggers like this: