Tag Archive: H1N1


ANTARA NIQAB DAN PENUTUP MULUT

Dahulu, orang selalu ejek-ejek wanita muslimah yang memakai niqab @ purdah ni. Ada yang sindir dengan ungkapan ninjalah dan bermacam lagi.

Sekarang bukan setakat perempuan Islam dan bukan Islam, lelaki pun sibuk pakai penutup mulut dan hidung.

Terjadinya H1N1 memberi peluang kepada umat Islam dan bukan Islam untuk meneroka lebih jauh ajaran Islam yang syumul dan indah.

niqab-1

09_07_29_04

60972

xin_34205062211090152081643

malaysia_H1N1_std

JALAN-JALAN PERGI KLINIK

IMG_6420

Isnin lepas saya ke klinik. Menemani isteri dan anak yang baru lahir untuk pemeriksaan kesihatannya khusus pemeriksaan kuning.

Sejak anak kedua hingga kelima ini, semua pemeriksaan asas dilakukan di klinik kesihatan Putatan. Setakat ini layanan mereka sangat memuaskan, sehingga beberapa orang jururawat itu berkawan pula dengan isteri saya.

Ada di kalangan jururawat khususnya yang berkait dengan klinik ibu dan bayi merungut. Mesin untuk memeriksa kadar kuning bayi itu sudah rosak sejak dua tiga bulan lalu.

Mereka merungut kerana berhadapan dengan kritikan ibu bapa kerana kelambatan pihak berwajib membeli mesin baru, sementelahan ibu bapa pula terpaksa bergerak ke klinik lain yang lebih jauh.

Hari isnin, kami ke klinik kesihatan Luyang untuk pemeriksaan kuning itu.

Ramai maklum tentang kesesakan di sana, sama ada orangnya dan tempat letak kenderaan yang sedikit. Letak di bahu jalan atau di tepi blok bangunan kedai, bimbangkan risiko disaman trafik pula.

Tambahan kini kebimbangan ramai tentang selsema babi dan jerebu yang sangat galak kebelakangan ini. Pemeriksaan percuma juga disediakan pihak kesihatan.

IMG_6419

Selesai pemeriksaan kuning, terpaksa pula kembali ke klinik kesihatan Putatan untuk memberi laporan kepada jururawat di sana.

Di klinik kesihatan Putatan pula, setiap orang yang masuk perlu melalui pemeriksaan asas H1N1, khususnya tentang suhu badan. Mujur suhu saya baru 36.5 darjah.

Dalam keadaan kebimbangan ramai itu, saya ada mendengar cerita-cerita mulut, bahawa ada farmasi yang menjual topeng mulut sehingga RM1.50 satu. Begitu juga ada cerita klinik swasta mengenakan suntikan anti virus selsema dan batuk sehingga RM100.

Saya kurang maklum adakah itu harga dan cas perkhidmatan yang wajar dan benar ataupun ada yang mengambil kesempatan di atas kerisauan khalayak ramai. Wallahu a’lam.

IMG_6412

http://akhisalman.blogspot.com/

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut :

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi SAW. Nabi SAW bersabda :

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi SAW kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi SAW menafikan penularan ini :

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya.

Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah SWT. Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat (isolation).

Nabi saw bersabda :

لا يوردن ممرض على مصح

“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (HR Abu Nu’aim)

Hadith-hadith ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yang berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.

Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat.

Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda :

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata :

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (HR Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak.

Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata :

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab :

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (HR Bukhari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut.

Mazhab Hambali menyatakan bahawa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman Saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa sengaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat.

Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

Dahulu apabila ada dua kes selsema babi dalam negara dan reda sekejap, diumumkanlah negara ini bebas penyakit itu. Sehingga hari ini, kesemuanya ada 17 kes dengan hari ini 5 kes terbaru.

Walaupun dinyatakan bahawa kes itu hasil jangkitan luar negara, nampaknya dalam soal ini kita tidak mengambil pedoman agama dalam menangani penyakit berjangkit.

Saya meyakini, ramai mengetahui formula ini dan saya sekadar mengingatkan.

Tetapi oleh kerana kedegilan dan bodoh sombong dalam menginsafi bahawa penyakit ini adalah ujian dan bala daripada Allah, maka negara-negara yang dilanda musibah ini seolah melupakan pendekatan agama.

Bukankah dalam menghadapi penyakit berjangkit, kita diajar formula berikut :

“Yang di dalam jangan keluar; yang di luar jangan masuk”.

Penyakit ini bermula di Mexico, mereka keluar dan menyebarkan penyakit ini ke negara-negara lain. Ditambah pula orang dari luar, datang pula ke negara-negara yang ‘berpenyakit’ itu dan akhirnya mendapat wabak yang sama.

Kini barulah hendak diwar-warkan gesaan agar rakyat tidak pergi ke negara-negara yang bermasalah buat sementara waktu. Sepatutnya tindakan ini dibuat lebih awal.

Begitu juga negara awal bermulanya penyakit ini sepatutnya menegah penghuninya keluar negara dan melarang orang luar masuk ke sana. Sekian satu pandangan.

Lima lagi kes selesema A (H1N1) disahkan melanda negara hari ini, menjadikan kes semuanya 17 sejak 15 Mei lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semua kes terbaru itu dilaporkan akibat jangkitan di luar negara.

Mangsa ke-17 seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang pulang daripada melancong di Melbourne dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes ke-16 pula seorang penduduk Amerika Syarikat, pelajar 14 tahun yang pulang untuk melawat keluarganya di Sabah.

Pelajar perempuan itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Mangsa ke-15 seorang penduduk tetap Malaysia yang berusia 16 tahun dan kini belajar di Melbourne yang pulang untuk bercuti.

Keluarga pelajar kini sedang dikuarantin, sementara remaja lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dua lagi membabitkan seorang pelajar lelaki 12 tahun yang pulang bercuti di Manila, dan seorang pelancong Britain, 25, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas mengalami tanda-tanda diserang selesema itu di Pulau Tioman.

Ibu pelajar itu dan teman wanita warga asing itu kini sedang dikuarantin.

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/bm

%d bloggers like this: