Tag Archive: GiatMARA


Seramai 60 orang pelatih baru GiatMARA Kota Kinabalu sesi 2010 hadir dalam ceramah berkenaan. Khabarnya ada peningkatan bilangan berbanding jumlah pelatih tahun lalu.

Ceramah diatur pengurusan sempena minggu suaikenal mereka. Ceramah sejam saya berlegar berkenaan sebuah hadith Nabi SAW :

اغتنم خمسا قبل الخمس , شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك

“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara : Mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum fakirmu, lapangmu sebelum sibukmu, hidupmu sebelum matimu”.

NIKMAT DARI TANDAS

IMG_4436Selepas jumaat, saya menyambung kuliah di GiatMARA Inanam, huraian kepada buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ susunan almarhum Dr Fathi Yakan, dalam bab 2, : Saya Mesti Muslim Dari Sudut Ibadah.

Minggu ini perbincangan berlegar berkenaan saranan membaca al-Quran dan beberapa doa harian yang patut diamalkan bersama.

Antara yang disentuh ialah doa keluar tandas. Ramai yang kurang perasan bahawa boleh kencing dan berak dengan selesa itu adalah satu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai orang masuk hospital kerana penyakit tidak boleh kencing dan berak.

Setidak-tidaknya, ada juga penyakit orang yang susah menahan kencing dan berak sehingga menyebabkan keadaan yang tidak selesa dan kelam kabut.

Oleh itu, kita yang diberi nikmat boleh kencing dan berak itu jangan lupa berdoa selepas keluar dari tandas, kerana Allah SWT memberinya nikmat dan kelegaan setelah menyelesaikan urusannya.

Dalam kuliah yang sama, saya difahamkan ada beberapa pelajar GiatMARA, yang mengambil bidang motor akan menamatkan pembelajaran mereka selama 6 bulan ini, mulai minggu depan.

Antaranya ialah Rizal (Tawau), Shahrul (Lahad Datu) dan Amin (Kunak) bersama beberapa rakan mereka yang lain yang tidak hadir. 

Pesan saya agar mereka konsisten dengan Islam di mana sahaja berada. Mulailah beramal dengan ajaran Islam walaupun sedikit demi sedikit. Semoga kita bertemu lagi.

p4030096Semalam, saya menyambung kembali kuliah di Giat MARA Kota Kinabalu. Buku yang menjadi rujukan ialah buku bertajuk : ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ karangan Ustaz Fathi Yakan.

Kuliah masih lagi berlegar dalam bab 1 : Saya Mesti Muslim Di Sudut Akidah, perkara 4-10.

Dalam kuliah ini, kira-kira 30-40 pelajar GiatMARA hadir. Nampaknya, mereka sudah selesa dengan kelas berkenaan.

Salah satu perkara yang ditekankan oleh pengarang bahawa urusan penciptaan undang-undang adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia tidak boleh mendahului dan membelakanginya.

Apa yang dibenarkan ialah, para ulama boleh berijtihad mengeluarkan hukum dari nas-nas syariat dalam batas yang diizinkan.

Lihatlah hari ini banyaknya berlaku jenayah yang tidak sudah-sudah, kemalangan jalanraya yang tidak pernah surut, rasuah yang menjadi rahsia umum, siri pembunuhan kejam dan bermacam lagi.

Hampir 5-6 tahun lalu, saya pernah mengajar al-Quran kepada anak-anak polis di sebuah surau dalam kawasan balai polis. Biasanya saya hadir menjelang isyak. Pernah saya menanti azan isyak di dalam kereta dan apabila masuk waktu, saya tidak mendengar pun azan dilaungkan.

Apabila saya masuk ke dalam surau dan bertanya adakah sudah azan isyak? Mereka mengatakan sudah. Saya bagitau saya tidak dengar pun dari dalam kereta di tepi surau. Mereka kata bilal tidak guna PA system.

Saya tanya lagi kenapa tidak pakai? Mereka kata, PA system kena curi. Oh!! PA system kena curi. PA system ada dalam surau. Surau tu pula terletak dalam balai polis.

p4030097Teringat masa belajar dahulu, saya pernah bertanya kepada tuan guru : Mengapa pemimpin negara tidak menjalankan undang-undang jenayah Islam?

Jawapan ustaz hanya satu : Kerana mereka tidak mahu. Adapun hujah masyarakat majmuk, mendahulukan pendidikan dan sebagainya hanya helah. Hakikatnya mereka tidak mahu.

Mereka mahu jadi tuhankah?

%d bloggers like this: