Tag Archive: Ghazali Sulaiman


Tarikh : 17 Jun 2016

Lokasi : Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan

Selepas solat tarawih, sempat bertemu dengan guru yang mulia, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman. Beliau pernah mendidik kami di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu dan di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah.

20160617_212045

Tarikh : 13 April 2013 (Sabtu)

Lokasi : Hospital Queen Elizabeth 2

Saya dan kawan-kawan mendapat maklumat mengejutkan melalui wasap apabila seorang sahabat kami menziarahi Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, guru yang kami kasihi, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Luyang setelah terjatuh di halaman rumah beliau di Kg Pasir Putih Putatan beberapa hari lepas. Muka beliau kelihatan lebam dan lengan kiri berbalut.

Ustaz Haji Ghazali Sulaiman adalah guru kami sejak di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu dan di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Ustaz Ghazali, 75 tahun juga berpengalaman bertugas di Sipitang dan Putatan sejak perkhidmatannya di Sabah sejak tahun 1974. Melalui beliau saya mula meminati ilmu nahu dan sorof, belajar tarannum, barzanji dan marhaban serta melatih dalam ilmu khutbah.

Ketika saya berziarah pada petang sabtu sudah, kelihatan Ustaz Haji Arifin Ali dan Ustaz Salam Salleh dari Pejabat Mufti Negeri Sabah sedang di sana. Kedua-dua mereka adalah anak didik Ustaz Haji Ghazali juga. Kami dimaklumkan pada sebelah tengahari sebelum itu Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim juga berziarah yang juga sahabat akrab beliau. Ketika kami hampir mengundur diri, datang pula Ustaz Haji Awwaluddin Nasution dan Ustazah Hajah Maria.

Doakan ustaz sihat..

Ustaz Ghazali @ HQE2 (1) Ustaz Ghazali @ HQE2 (2) Ustaz Ghazali @ HQE2 (3)

%d bloggers like this: