Tag Archive: Galeri Ilmu


web_-nawaitu

Tajuk : Nawaitu Shauma Ghadin

Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM15.30

Menjawab 142 Kemusykilan berkenaan puasa, antaranya:

1. Keadaan yang tidak membatalkan puasa.

2. Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan?

3. Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.

4. Puasa orang yang sakit buasir.

5. Ganti fidyah puasa dengan duit.

6. Berpuasa tetapi melakukan maksiat.

7. Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.

TUHAN LEBIH SAINTIFIK

Buku yang baru dibaca :

tl-saintifik-500x500

Penulis : Dr Farhan Hadi

Penerbit : Galeri Ilmu

Harga : RM16.00 / RM18.00

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan menganggap segala kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan.

Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

KISAH ORANG KAUNTER

Buku yang baru dibaca :

kisah-orang-kaunter016

Pengarang : Rafi Haruman
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga : RM16.00 / RM18.00

Sudah tercatat dalam lomhafuz, sejak zaman kanak-kanak, ke alam persekolahan dan sehingga memasuki alam pekerjaan dia tidak dapat lari daripada kaunter. Sudah rezekinya di meja kaku itu. Dari suatu kuanter ke kaunter lain, pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang telah dikutip. Kisah-kisahnya menarik, amat sarat dengan mesej dan teladan serta tidak sepi daripada humor dan nilai-nilai tarbiah.

Kisah orang kaunter adalah perkongsian kecil sebuah perasaan, bagaimana perhubungan kita dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi.

HIKMAH YANG TERSIRAT

Buku yang baru dibaca :

hikmah-yang-tersirat-

Penulis : Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd

Penerbit : Galeri Ilmu

Harga : RM19.00 / RM21.00

Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi.

Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat :  HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

P/s jemput baca blog isteri Allahyarham di sini : http://mawarnafastari.blogspot.com/

Buku yang baru dibaca :

dihamparan shamrock

Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Abu Saif

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM30.00 / RM32.00

Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata, perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.

Buku yang baru dibaca :

catatan penglipur lara sang majistret

Penulis : Zabidi Mohamed 

Penerbit : Galeri Ilmu

Harga : RM18.00 / RM20.00 

Memang lucu apabila bekas seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalaman di dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Makkah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi dari nilai-nilai tarbiah.

Zaaapppss, bunyi rotan apabila dihayunkan. “Ayoyo! Amma!” jerit pesalah India itu sambil menangis menyangka rotan itu sudah mula dihayunkan kepadanya. “Oi belum mula lagilah!” jerit pegawai penjara yang memegang rotan itu sambil disambut gelak ketawa semua pegawai penjara yang ada di situ. Kami majistret juga semua ketawa.

***

Jurubahasa memandang ke arah saya. Saya tidak member sebarang reaksi. “Nak mengaku salah atau nak bicara?” tanya jurubahasa itu lagi. Sambil menggosok gigi dengan kayu suginya pensyarah itu menjawab dengan nada penuh yakin, tetapi dengan gaya yang agak sombong, “Saya mengaku pun tak nak, bicara pun tak nak. Ini semua kuasa Allah!”. Jurubasa terkedu.

***

“Saya dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Akta Kastam menjatuhkan hukuman penjara sebanyak….” Gedebummm. Saya berhenti membaca hukuman. Mak cik yang tadinya berdiri di kandang pesalah sudah tidak kelihatan. “Tuan! Mak cik tu pengsan tuan!” jerit jurubahasa sambil bergegas membuka pintu kandang pesalah untuk pergi melihat keadaan mak cik yang sudah terbaring dalam keadan terkulai tidak sedarkan diri itu. Mahkamah menjadi riuh-rendah.

Buku yang baru dibaca : 

Penulis : Muhadir Haji Joll

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM19.00/RM21.00

Petikan muqaddimah penulis :

Buku ini memaparkan sekelumit daripada kisah-kisah benar Rasulullah SAW dan orang-orang soleh yang telah mewarnai kehidupan mereka dengan ketaatan dan ubudiyah kepada Allah SWT. Sebahagiannya pernah diceritakan kepada kami oleh Masyaikhunal Kiram dalam majlis ilmu mereka termasuklah Sheikh Abdul Aziz bin Ahmad al-Fathoni al-Makki, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki dan masyaikh yang lain.

Kisah-kisah dan cerita-cerita ini juga dimuatkan dalam beberapa kitab tulisan para ulama dan asatizah yang dinyatakan sumbernya dalam buku ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sempurna kepada para ulama dan asatizah yang telah menulis kisah-isah yang baik ini dalam kitab-kitab mereka dan menjadikan ia bermanfaat kepada seluruh umat, Amin.

Jika Allah SWT menyebutkan bahawa kisah merupakan salah satu cara yang efektif untuk menghiburkan hati, di samping memberi pengajaran, sebagai peringatan dan memberi pengharapan, maka tentulah kisah dan cerita orang soleh yang merupakan pewaris para nabi juga mempunyai kesan yang sama.

Kisah-kisah sebegini sangat perlu untuk diceritakan dan dimanfaatkan terutama sekali pada zaman moden ini yang hati-hati selalu dikotori dunia dengan segala keindahan, kebendaan dan kelalaiannya, agar ia kembali sedar dan insaf betapa perlunya mengharapkan didikan Ilahi untuk menuju kehidupan yang hakiki.

Saya seperti ketagih untuk hadir walaupun sebentar ke pesta buku ini, setelah mengalami suatu pengalaman yang sangat berharga pada tahun lalu bersama kawan-kawan. Kalau tahun lalu saya hadir dengan sahabat-sahabat, kali ini saya datang sendirian walaupun bertemu juga dengan kawan-kawan tahun lepas dengan rombongan yang berasingan.

Cuma kelebihannya kali ini saya sudah tahu serba sedikit simpang siur di dalam kawasan PWTC khususnya dewan-dewan di aras bawah yang menempatkan pasukan-pasukan penerbit atau pengedar buku termasyhur negara. Saya tersilap waktu tutup, kerana menyangka berakhir jam 10, tetapi rupanya jam 9 malam, maka saya hanya ada masa hampir 2 jam untuk meronda kawasan pesta buku ini.

Hampir tiada masa untuk membelek satu persatu buku yang nampak menarik. Saya meninjau beberapa buku yang disasarkan berdasarkan tajuk atau subjek, berjumpa dan terus ambil. Begitu juga buku yang disasarkan berdasarkan penulis atau pengarangnya. Terus saja saya sambar tanpa banyak songeh lagi. Antara kepuasan kali ini ialah saya bertemu dengan Pak Abdul Latip Talib, penulis buku sirah Islam tersohor negara kita di gerai PTS.

Akhirnya, saya dapat membeli sejumlah 35 buah buku pelbagai tajuk dan penerbit dari Galeri Ilmu, PTS, Pelima Media, Pustaka Sheikh Nuruddin (PSN), Pustaka Salam dan seumpamanya dengan kos sekitar RM800. Saya sudah membuat sedikit persediaan dari Kota Kinabalu, membeli troli kecil untuk diheret ke hulu ke hilir dan melancarkan pergerakan dari tempat penginapan – pwtc – dan kembali ke tempat penginapan semula. Akhir sekali, di LCCT, beg yang penuh dengan buku itu, pemegangnya patah kerana keberatan.

ANAKKU BRAIN TUMOUR

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Isyak Radhiah

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Harga : RM25.00 / RM27.00 

Pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun. Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara.

Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kebahagiaan dan kegembiraan bagaikan diragut. Perasaan berkecamuk berlegar di dalam diri. Benarkah anak ini menghidap penyakit bahaya yang menjadi igauan ngeri setiap insan? Kepulangan suami menjadi pengubat jiwa yang gundah.

Namun, empat hari mereka dalam keadaan buntu, sambil tetap pasrah dengan ketentuan Ilahi dan redha dengan ketetapan-Nya. Doktor pakar bertegas bahawa pembedahan perlu segera dibuat untuk mengelakkan tumor daripada membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Berpindah ke hospital kerajaan dan kemudian berpatah balik ke hospital swasta adalah usaha yang dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan pembedahan dilakukan segera ke atas Aqi.

Namun masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi sekiranya pembedahan dijalankan, membuatkan mereka suami isteri dalam dilema. Pandangan dan nasihat daripada kaum keluarga dan kenalan melalui telefon dan SMS, diambil sebagai pertimbangan. Biar apa pun, keputusan adalah di tangan mereka. Mereka sendirilah yang perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak mereka. Perlukah pembedahan segera dilakukan atau patutkah ditangguhkan? Wajarkah mereka memilih rawatan alternatif untuk mengelak risiko daripada pembedahan? Wujudkah rawatan alternatif untuk penyakit berbahaya ini yang tidak memerlukan pembedahan? Sejauh mana kesannya?

Pertemuan dengan Kak Zah yang mempunyai anak dengan penyakit yang sama dengan Baihaqi telah membuat Isyah merenung dan berfikir dengan mendalam. Antara pesanan Kak Zah yang menusuk kalbu Isyah, “Kita perlu bergerak untuk anak seperti ini. Walaupun dia nampak dah stabil, kita tidak boleh berada di zon selesa.” Walaupun anak Kak Zah sendiri telah menjalani pembedahan, dia menyarankan agar Isyah berusaha mendapatkan rawatan lain terlebih dahulu kerana Isyah masih mempunyai pilihan, berbanding dengan Kak Zah sebelum ini yang terdesak membuat keputusan kerana kesuntukan masa dalam membuat pilihan.

Pesanan ibunya juga membuatkan renungan Isyah makin dalam. “Sah, mak rasa elok kalau tangguh dulu perancangan pembedahan tu. Mak tak sedap hati kalau menyentuh bahagian kepala,” kata si ibu. Berdasarkan pandangan majoriti ahli keluarga dan sahabat-handai, akhirnya Isyah dan Che Amran membuat keputusan. Ketika segala persiapan sudah dibuat oleh hospital pakar untuk menjalankan pembedahan ke atas Baihaqi, Che Amran menelefon doktor dan memaklumkan keputusan itu – meminta pembedahan ditangguhkan dan meminta izin untuk membawa keluar Baihaqi dari hospital.

Selepas itu bermulalah perjalanan mencari kaedah-kaedah rawatan alternatif yang diiringi dengan terapi solat, terapi doa, terapi al-Quran dan penjagaan pemakanan yang ketat untuk Baihaqi. Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor sebelum ini, “Jangan mengharapkan sangat daripada anak ini, dia tidak akan hidup lama.”

Hikmah daripada apa yang berlaku, Isyah dan Che Amran semakin sedar akan tanggungjawab mereka dalam memenuhi amanah Allah menjaga dan mendidik anak-anak. Hubungan mereka suami isteri juga bertambah erat, manakala hubungan dengan kaum keluarga dan sahabat-handai tambah rapat. Anakku ‘Brain Tumour’ adalah perkongsian pengalaman yang akan memberi motivasi ‘hidup’ kepada ibu bapa dan memberi harapan baru kepada mereka yang mempunyai anak yang senasib dengan Baihaqi. Lebih daripada itu, ia sebuah kembara rohani sepasang suami isteri dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah demi mencari keredhaan Tuhan.

TESTIMONI

“Satu perkongsian pengalaman yang sangat bermakna buat seorang yang bernama ibu mahupun bapa Tahniah bukan hanya pada penerbitan bukunya tetapi juga kerana ketabahan melalui saat-saat genting demi nyawa seorang anak yang disayangi. Penulisan ini juga sebagai panduan bagi mereka yang menghadapi masalah yang sama.” – Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA

“Gabungan pengalaman dan ilmu berdasarkan fakta … bukan sahaja sebagai panduan untuk mereka yang menghadapi ujian penyakit malah panduan bagaimana hubungan dalam keluarga, dengan saudara-mara dan sahabat-handai perlu berlangsung secara ikhlas.” – Siti Rugayah Hj. Tibek, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

“Buku ini bukan sekadar mengenai tumor di dalam kranium tetapi menjangkaui persoalan seluas atmosfera kehidupan. Bingkisan berharga bagi sesiapa yang mencari pahlawan dalam diri, semangat melawan kental, rahsia perawatan yang begitu unik, harga budi dan kasih sayang serta pergantungan mutlak pada Ilahi. Ia membenarkan: setiap sesuatu sentiasa punya pilihan ketiga yang infiniti!” – Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, perunding motivasi dan penulis buku U-Turn Ke Jalan Lurus dan R&R Di Lebuh Raya Kehidupan

“Sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Amat menarik. Satu catatan pengalaman yang amat berharga. Wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kekentalan jiwa seorang ibu membawa kepada kekuatan. Walau dalam keadaan genting masih mampu membuat keputusan dengan tenang.” – Hasan Suyut, CEO Lotus West Engineering Sdn. Bhd. dan penulis buku Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah

“Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadha dan qadar Allah. Buku ini besar nilai tarbiahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid.” Zabidi bin Mohamed, penulis skrip drama http://zabidiskrip.blogspot.com

MAJALAH Q&A

Q&A adalah sebuah majalah untuk rujukan kehidupan dan penerokaan ilmu dalam bentuk soal & jawab berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah. Produk terbaru Galeri Ilmu Sdn Bhd. Rungkaikan persoalan, perbetulkan amalan agar luruslah jalan menuju Tuhan. Pengisian mantap daripada barisan penulis berwibawa.

Antaranya ialah Prof Dr Muhaya Mohammad, Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim, Ustaz Mohd Shukri Haji Ali, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Rujhan M. Razali, Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid, Syeikh Habib Hassan al-Attas, Syeikh Zainul Asri Haji Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Muhadir Haji Joll, Ustaz  Mohd Nazrul Abdul Nasir, Ustaz Amaluddin Mohd Napiah dan ramai lagi.

Saya catatkan semula sebahagian tulisan Ustaz Zul Ramli selaku editor eksekutif :

Inspirasi daripada Kitab Furu’ul Masa’il karangan Syeikh Daud al-Fatani dan kitab soal jawab yang lain, maka tampillah majalah Q&A ini. Ia adalah penerokaan ilmu dalam bentuk soal jawab (Question & Answer). Q&A menghidangkan ilmu dalam bentuk sedikit berbeza. Secara umumnya, bahan bacaan yang berada di pasaran berbentuk esei. Menimba ilmu dengan konsep sebegini sama seperti duduk di hadapan seorang guru yang memberi kuliah.

Sebagai pembaca, kita seolah-olaj menjadi pendengar pasif dan setia. Sesekali persoalan di dalam sesebuah artikel begitu berat untuk dihabiskan bacaannya. Otak mudah penat apabila membaca sebuah artikel panjang; akhirnya kita tinggalkan saja makalah itu terdampar di dada majalah. Kalau ini berlaku, kita sebenarnya membeli helai-helai kertas, bukan bahan bacaan ilmiah kerana tidak berjaya mengekstrak ilmunya!

Sebaliknya, dengan persembahan ilmu dalam Q&A ini, kita seperti berada di dalam sebuah majlis diskusi. Sesuatu persoalan akan jadi lebih segar kerana ia adalah soalan-jawapan kepada soalan-jawapan yang lain. Ia adalah advancer ilmiah yang menarik! Menghabiskan bacaan sesebuah kolum akan jadi begitu mudah kerana jarak yang pendek di antara soalan dan jawapan.

Mengapa Q&A 

*Sebuah majalah yang mengajak pembaca membesarkan Allah dan syariat-Nya.

*Menjawab persoalan kehidupan seharian anda berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

*Pendekatan yang responsif dan interaktif.

*Dikuatkan pandangan ulama muktabar lagi amilin, berdasarkan disiplin dan tradisi ilmu yang mantap.

*Membantu meluruskan fikiran dan menjernihkan hati.

*Kupasan menarik dan mudah.

*Persembahan dan rekabentuk yang simple, tetapi menarik.

%d bloggers like this: