Tarikh : 27 Jun 2015

Suatu perjalanan kereta selama dua jam perjalanan dari hotel kami menginap. Sesudah perjalanan yang jauh itu, hati sedikit tawar kerana kepenatan dan keboringan. Untuk meraikan pemandu kami, kami naik juga perahu yang membawa kami menelusuri parit-parit sempit sehingga separuh jalan sebelum minta patah balik.

Katanya kalau mendayung sehingga ke hujung akan bertemu pemandangan dan pengalaman lebih menarik lagi tetapi kami menolak dengan baik. Kami melihat kreativiti masyarakat di sini apabila parit yang begitu rupanya, sempit, bau semacam, tetapi boleh dijadikan sebagai lokasi pelancongan dan menghasilkan duit untuk mereka.

Setiap perahu boleh membawa 4-5 orang penumpang dan mereka singgah di beberapa hentian untuk penumpang membeli cenderamata yang dijual di gerai-gerai sepanjang pelayaran perahu tersebut. Ada yang menjual buah-buahan, replika patung, anak kunci, pakaian dan sebagainya.

20150627_100146IMG-20150628-WA015120150627_10153020150627_10173720150627_102746