Tag Archive: Fadzil Noor


Oleh : YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor diangkat oleh Allah tatkala berada di puncak persembahannya. Dihantar pula TGHH untuk memimpin dan menyambut kemenangan 2008/13 selain bangkit daripada 2004. Kemenangan itu, hujungnya adalah menagih sabar sebagaimana ia juga seawalnya adalah memanjat syukur.

Jikalah Ustaz Fadhil Mohd Nor memimpin hari ini, pada fitnah hari ini, pasti sinar bintangnya akan kelam dan turun dari kemuncaknya. Itu bukan baik untuknya dan jamaah.

Jikalah TGHH tiada hari ini, pasti fitnah akan lebih melata dalam PAS ketika sedang berbahtera bersama PR. TGHH satu ketika dianggap lemah kerana tiada berani berkeputusan dan pada ketika yang lain dianggap pula keras sampai istilah ‘veto’ digunakan.

Begitulah tarik tali ulama yang memimpin di hadapan fitnah yang sedia memakan dan memanah. Benarlah, takdir itu manis untuk diimani. Dihantar ulama untuk memimpin zamannya. Bukan untuk ditunggu kehadirannya sebelum masanya atau dibangkitkan kembali dari kuburnya selepas berlalu masanya.

Sesiapa yang mengimpikan kehadiran ulama yang telah pergi pada kemuncaknya, sungguhlah, dia tidak menikmati kemanisan takdir-Nya. Dia akan dijentik takdir. Maka bersyukurlah dengan ulama yang sedang memimpin perjuangan ini.

Agama dan perjuangan ini dipimpin oleh hati yang sejahtera dengan taqwa, bukan oleh lidah yang manis dengan degar kata-kata.

Buku yang baru dibaca :

fadzilnoor

 

Penulis : Subky Abdul Latif

Penerbit : Kemilau Publika

Harga : RM20.00/RM23.00

Karya terbaharu Pak Subky Abdul Latif.  Buku yang berjudul ‘Fadzil Noor; Dia Guru, Dia Kawan’ adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor. Buku ini bagus untuk pengkaji dan peminat Ustaz Fadzil Noor dan PAS.

Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu. Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.

Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.

Sila lawati www.kemilau.net.my atau di talian 03-6038 8314/15 untuk maklumat lanjut.

%d bloggers like this: