Tag Archive: DUPP


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36475-kenali-jamaah-muslim-dan-kewajipan-baiah-terhadapnya

MOHD ASRI DAUD | 16 Julai 2015.

Terdapat banyak hadis Nabi yang membicarakan tentang Jama’ah Muslimin ini seumpama hadis Huzaifah Ibnu Al-Yaman yang panjang terdapat sabdaan Nabi menegaskan:

….تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
“Hendaklah kamu bersama dalam Jama’ah Muslimin dan ketuanya” (Riwayat Bukhari Muslim)

Dalam hadis lain:

من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الإسلام عن عنقه

“Barangsiapa yang memisahkan diri daripada Jama’ah walaupun sejengkal, maka bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada tengkuknya.” (Riwayat Abu Daud)

Kata Imam Syathibi dalam kitabnya Al-I’thishom, kalimah Jama’ah dalam hadis ini membawa maksud:

– Kumpulan yang besar daripada kalangan umat Islam
– Jama’ah Para Ulama mujtahidin
– Para Sahabat Nabi
– Sebuah organisasi umat Islam yang dipimpin oleh seorang Amir

Setelah itu, Imam Syathibi membuat kesimpulan bahawa Jama’ah Muslimin ini pada hakikatnya merujuk kepada sebuah organisasi yang dipimpin oeh seorang Amir yang menjalankan dasar Al-Quran dan Al-Sunnah manakala organisasi selain itu tidak dikira sebagai Jama’ah Muslimin.

Jama’ah Muslimin terdahulu yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W dan pengikutnya adalah dikalangan Sahabat merupakan sebuah Jamaah yang hanya beriman kepada Allah, berakidahkan Islam sebagai agama dan cara hidup, mempertahankan Rasulullah dan dakwah Islam dan berbaiah untuk berjihad mempertahankan agama sehingga tertegak. Inilah kesempurnaan Jama’ah Muslimin suatu ketika dahulu. Justeru, Jama’ah Muslimin mengikut kehendak hadis ialah seperti berikut:

– Jama’ah yang diasaskan berdasar tuntutan Syahadah dan menegakkan panji Islam.

– Jama’ah yang terdiri daripada kalangan umat Islam yang teguh berpegang kepada syariat Allah dan saling tolong-menolong antara ahli Jama’ah

– Jama’ah yang menjayakan agenda Islami bagi memberi kemuliaan kepada umat Islam

– Jama’ah yang tetap istiqamah dalam menegakkan perjuangan Islam dan mengeluarkan manusia daripada perhambaan terhadap thaghut

– Jama’ah yang berjuang tanpa sempadan bahkan perjuangannya adalah syumul meliputi seluruh ummah

Berdasarkan ciri-ciri Jama’ah Muslimin tersebut, jelas bahawa Jama’ah Muslimin bukan sahaja hanya tertumpu kepada Jama’ah Rasulullah S.A.W bahkan ia terpakai kepada Jama’ah Muslimin yang diasaskan pada zaman ini. Mengikut Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Min Ajli Khuthwah ilal Amam ‘Ala Thariq Al-Jihad Al-Mubarak menegaskan bahawa kenyataan Rasulullah pada kalimah ‘Dakhanun’ adalah merujuk kepada fahaman sesat dan menyeleweng dizaman kita pada hari ini.

Justeru, wajib umat Islam menggabungkan diri dalam Jama’ah Muslimin yang diketuai oleh pemimpin yang beriman. Sayugianya, umat Islam hanya perlu diwakili oleh sebuah Jama’ah Muslimin sahaja bagi mengukuhkan ikatan dan menguatkan pertahanan. Pada zaman kita ini telah berlaku ‘Ghiyab Fikratil Jama’ah’ iaitu hilangnya pemikiran untuk menyatukan umat Islam dalam satu Jama’ah demi membangunkan kembali khilafah Islamiyah. Apa yang telah diusahakan oleh Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna itu adalah langkah kearah kesatuan yang diimpikan ini.

Manakala baiah kepada Jama’ah Muslimin ini adalah wajib dizaman berlakunya ‘Dakhanun’ bagi mengembalikan kesejagatan ummah.Syeikh Fathi Yakan memberi penegasan bahawa baiah kepada Jama’ah pada hari ini adalah wajib bagi mendisiplinkan anggota Jama’ah dalam satu kekuatan. Baiah bermaksud janji setia untuk memberi ketaatan seumpama pemberi baiah berjanji dengan ketuanya untuk menerima pandangan dan arahan sama ada ketika senang atau susah (Ibnu Khaldun:Al-Mukadimah)

Baiah juga bermaksud memberi janji setia untuk dengar dan taat kepada ketua dalam keadaan selesa atau hadapi masalah, ketika susah atau senang dan tidak akan canggah arahan ketua serta menyerahkan apa jua perkara berlaku kepada kebijaksanaannya. (Dr Muhammad Abdul Qader Abu Faris: Al-Nizhom Al-Siyaasi Fil Islam)

Jadi, baiah ini tidak hanya berkait dengan sebuah kerajaan Islam sahaja akan tetapi ianya adalah berkait juga dengan Jama’ah Islam yang diasaskan bagi menegakkan ketuanan Islam diatas muka bumi dengan syarat Jama’ah ini ialah Jama’ah yang berobjektifkan membangun khilafah yang telah dimusnahkan. Baiah yang diberikan oleh anggota kepada ketua atau presiden, pada hakikatnya bukanlah baiah kepada ketua, ianya adalah baiah kepada amal Islami dan atas dasar laksana suruhan Islam.

Oleh yang demikian, baiah yang diberikan tersebut adalah kepada Allah. Maka, pelanggaran baiah adalah haram dan berdosa. Sekiranya dalam sighah baiah dilafazkan sumpah dengan nama Allah serta disandarkan kepada beberapa perkara yang disepakati oleh pembaiah dan pemberi baiah, maka perkara tersebut adalah terpakai. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam kitab Al-Baiah Fi Al-Nizham Al-Siyaasi Al-Islami Wa Tatbiiqaatuha Fil Hayah Al-Siyasiyah Al-Muasirah karya Ahmad Shiddiq Abdul Rahman.

Sedikit huraian terhadap perkembangan berkaitan Jama’ah Muslimin yang diperbincangkan pada hari ini, penulis melihat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah Jama’ah yang menepati ciri-ciri Jama’ah Muslimin. Dasar yang terkandung dalam perlembagaan PAS adalah jelas dan menjunjung syariat. Maka, baiah dengan sighah yang telah ditentukan sama ada ianya baiah khas untuk memikul jawatan sebagai pemimpin kepada rakyat atau ianya baiah am dalam menganggotai Jama’ah sebagai jentera yang menggerakkan Jama’ah tersebut adalah syarie dan bukan ijtihad semata-mata. Segala pelanggaran baiah ini sudah tentu akan mengakibatkan kesan hukum yang jelas, maka hati-hatilah dalam beriltizam dengan Jama’ah Islam ini dan jangan sesuka hati memilih Jama’ah yang ragu-ragu dibangunkan atas dasar tidak puas hati.

والله يهدي من يشاء إلی صراط مستقيم

Penulis ialah Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh : 3 Jun 2015

Lokasi : KUIZM Taman Melewar

20150603_084906 20150603_085248(0) 20150603_091330 20150603_092502 20150603_095633 20150603_095951 20150603_104836 20150603_155545 20150603_171629 20150603_171758 20150603_191751(0) 20150603_192335

MENJELANG MUKTAMAR DUPP 2015

Tarikh : 2 & 3 Jun 2015

Lokasi : KUIZM

Foto-foto mesyuarat khas sebelum muktamar DUPP. Ustaz Mohamad Suaid pula bertemu sahabat lamanya zaman sekolah iaitu Ustaz Wan Ahmad Rashidi Othman yang kini adalah SUK DUPP. Khabarnya sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

20150602_225345 20150602_233259 20150603_001323 20150603_002141

 

MESYUARAT DUPP

Tarikh : 24 Mei 2015

Lokasi : JRL, Kuala Lumpur

Rasanya ini sesi terakhir sebelum muktamar tahunan yang akan diadakan di KUIZM.

20150524_143436 20150524_143519 20150524_160558 20150524_160612 20150524_160708 20150524_163535 20150524_180632 20150524_181625

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar Gombak Kuala Lumpur. Sebarkan kepada mereka yang berkenaan.

KUIZM

SETAHUN BERSAMA DUPP

Tarikh : 20 Disember 2014

Terasa kerdil apabila berada bersama-sama para alim ulamak dalam DUPP.

Sejak kali pertama dilantik setahun yang lalu pada zaman Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib dan sempat hadir bermesyuarat sekali bersama beliau, kemudian dipangku oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, saya mendapat banyak ilmu daripada seluruh kepimpinan DUPP, persahabatan dan perkenalan daripada banyak pihak.

Sedayanya dengan bantuan kewangan daripada para sahabat, saya hadir dalam semua mesyuarat DUPP, terasa kelu lidah untuk turut bercakap di dalam mesyuarat kerana terasa tidak layak berada di sini. Semoga DUPP terus gagah menjadi sayap penting perjuangan ini.

DUPP (1) DUPP (2)

BICARA BAJET

Tarikh : 18 Oktober 2014

Lokasi : Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM)

KUIZM Bajet (1) KUIZM Bajet (2) KUIZM Bajet (3) KUIZM Bajet (4) KUIZM Bajet (5) KUIZM Bajet (6) KUIZM Bajet (7) KUIZM Bajet (8)

MENANTI SUNGKAI

DUPP

Menanti sungkai di bangunan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, rasanya terlalu kerdil saya dibandingkan dengan individu yang ada di dalam foto di atas. Mereka adalah para ulamak haraki yang mewarnai kerja-kerja dakwah, tarbiah dan siasah di negeri masing-masing dan di peringkat nasional.

Dapat bertemu, bercerita, sungkai bersama serta solat berjamaah bersama mereka adalah satu nikmat Allah SWT kurniakan kepada saya yang bukan siapa-siapa ini. Saya melihat kelembutan mereka dalam kata-kata, tawadhuk mereka ketika makan-minum, serta khusyuk mereka di dalam solat. Alhamdulillah…

Oleh : YB Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

i – rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

ii – sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.

Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;

Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu  tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.

YB Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

%d bloggers like this: