Tag Archive: DUPNS


Tarikh : 4 Jun 2017

Lokasi : HQE1


USRAH FUTSAL ULAMAK SABAH

Futsal DUPNS

Keistimewaan futsal mingguan anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah ialah apabila ia menemukan para asatizah dari Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Penampang dan Sepanggar dengan bergabung dalam dua pasukan utama – Putatan dan Sepanggar.

Selain para asatizah sebagai watak utama, kalangan sahabat-sahabat bukan asatizah juga turut serta bagi memeriahkan futsal mingguan ini, terutama kalangan anak-anak muda yang cintakan Islam. Pemain diwajibkan menutup aurat, serta ada tazkirah ringkas sebelum perlawanan bermula.

Lajnah Sukan DUPNS dimaklumkan akan mengembangkan potensi dan program sukan pada tahun hadapan, serta memberikan wajah Islam yang luhur dalam sukan yang disertai dan dianjurkan oleh mereka.

%d bloggers like this: