Tag Archive: DUPN Sabah


Tarikh : 9 Januari 2015

Lokasi : Restoran Arab Tarbush, Kota Bharu Kelantan

Misi utama di sini ialah untuk menyampaikan sumbang bagi pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah kepada Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan sebanyak RM1 ribu sahaja. Sumbangan sempena musibah banjir ini diterima oleh YB Ustaz Dato Hassan Mohamod.

Semoga Allah SWT membalas jasa para penyumbang dengan rezeki yang mencurah-curah, serta memberikan kesabaran kepada ahli musibah.

DUPN Kelantan (1) DUPN Kelantan (2)

Tarikh : 16 Ogos 2014

Lokasi : Asia City Kota Kinabalu

1. YAB Ustaz Ahmad Yaakob menceritakan tentang situasi semasa negeri Kelantan;

2. Keperluan para ulamak dan ahli mendukung perjuangan Islam dan dakwah secara lebih aktif dan menyeluruh;

3. Melancarkan buku rujukan usrah DUPNS

YAB MB Kelantan (1) YAB MB Kelantan (2) YAB MB Kelantan (3)

NEGARA BERKEBAJIKAN

Foto : FB Abah Anas

1. Negara : Membabitkan 3 unsur iaitu tanah, rakyat yang duduk di tanah tersebut dan pemerintah. Dan datang bersama sama pemerintah itu ialah kedaulatan. Sesetengah ulama memasukkan kedaulatan dalam item pemerintah dan sebahagian ulama lagi menjadikan kedaulatan sebagai unsur yang keempat.

2. Berkebajikan : Ada beza antara ‘berkebajikan’ dengan ‘kebajikan’. Berkebajikan menjadi sifat utama dalam sistem pemerintahan negara tersebut. Dalam bahasa arab, kebajikan disebut sebagai ‘al-birru’ atau ‘al-khairat’, dengan merujuk kepada al-Quran yang memberi takrif kepada makna ‘kebajikan’ bukan merujuk kepada takrifan manusia atau pendapat individu tertentu. Ada sesuatu kebajikan pada pandangan manusia tetapi mungkin tidak dianggap kebajikan di sisi syarak atau sebaliknya.

3. Firman Allah yang berkaitan dengan kebajikan : “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

 4. Ayat ini menjelaskan tentang takrif kebajikan yang sebenarnya, sekaligus menafikan dakwaan pemerintah yang mendakwa mereka negara kebajikan tetapi tidak mengikut takrif menurut al-Quran, baik di Amerika, Britain hatta di Malaysia (baca : UMNO-BN) sekalipun. Perkara asas dalam negara berkebajikan ialah aqidah yang sahih terlebih dahulu sebagai ayat 177 al-Baqarah di atas. Justeru orang yang mendakwa PAS meninggalkan dasar ‘negara Islam’ adalah orang yang tidak mendalami Islam dan al-Quran itu sendiri sebagai rujukan. Justeru negara berkebajikan menurut al-Quran ialah hubungan pemerintah dengan Allah SWT mesti berdasarkan aqidah yang benar.

5. Daripada segi amalan pula, pemerintah memberi harta kepada mereka yang memerlukan (seperti anak yatim, fakir miskin, orang yang bermusafir dan sebagainya) kerana memenuhi perintah Allah SWT sebagai pemilik sebenar harta itu kerana pemerintah hanyalah pemegang amanah, bukannya memberi harta kerana kepentingan dunia, tidak mengungkit pemberian tersebut dan lain-lain prinsip yang lain.

 6. Termasuk perkara kebajikan ialah mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan berakhlak dengan akhlak yang luhur seperti menunaikan amanah, menepati janji, bersabar dan bersyukur dan sebagainya. Kesimpulannya, negara berkebajikan ialah melakukan semua perintah Allah SWT daripada segi aqidah, syariah dan akhlak bukanlah dengan makna yang sempit sekadar membantu orang yang susah atau memberi sesuatu dengan percuma semata-mata.

Antara isi penting ceramah Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, 23 Julai 2011 di Asia City.

%d bloggers like this: