Tag Archive: Dr Arip Kasmo


Beberapa hari sebelum ini, saya sudah dimaklumkan akan kedatangan Dr Md Arip Kasmo ke Sabah untuk program ceramah Sains Dalam al-Quran di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada malam sabtu anjuran siswa-siswi Sabah yang menuntut di USM.

Pada hari ketibaan beliau, baru saya tahu pula bahawa Dr Arip hanya balik pada malam isnin (malam ini) dan beliau mempunyai banyak masa yang terluang untuk mengisi program ceramah seumpama itu.

Beberapa rakan-rakan yang mengajar di sekolah-sekolah dihubungi untuk meminta laluan ceramah buat Dr Md Arip Kasmo, namun kebanyakannya berhalangan. Tidaklah mereka dipersalahkan kerana permohonan kami dibuat secara mengejut bagi mengisi ruang penceramah.

Hajat saya untuk membawa ke SMAI Papar di Pantai Manis bermula apabila pengetuanya Ust Hamdani Omar tersalah dail menghubungi saya sedangkan beliau hendak bercakap dengan orang lain. Ketika itu saya baru berkira-kira mencari sekolah dan asrama yang berkelapangan.

Alhamdulillah, Prof Dr Md Arip pula bersetuju untuk berjalan ke sebelah Papar dan Ust Hamdani saya hubungi semula untuk memohon persetujuan sekolah mengadakan ceramah yang bermanfaat ini.

Kami – Dr Md Arip, Ust Amir Hamzah dan saya, tiba di surau sekolah hampir jam 7 malam dan pihak sekolah ketika itu sedang menyediakan persiapan dan kelengkapan ceramah untuk Dr Md Arip.

Saya kira dengan kedatangan Dr Md Arip Kasmo ke sekolah ini membawa ruang dan hubungan baru khususnya dalam mengadakan pengisian untuk pelajar sekolah apatah lagi sekolah agama.

Ceramah hampir 100 minit berlangsung, saya nampak para pelajar sekitar 400 orang itu dan guru yang hadir begitu gembira dan teruja walaupun sesekali agak kebingungan kerana fakta-fakta bernombor yang dibentangkan beliau.

Sebelum pulang, Dr Arip juga ada menghadiahkan beberapa naskhah buku beliau untuk koleksi perpustakaan sekolah.

Nampaknya pihak sekolah gembira dengan kehadiran beliau, dan Dr Arip sendiri juga gembira kerana diberi ruang menyampaikan ceramah yang begitu menarik berkenaan Sains & al-Quran itu.

Sebarkan…

IMG_0365

Saya tidak dapat menyertai keseluruhan ceramah beliau yang nampaknya begitu bersemangat pada malam itu.

Beberapa kali mendengar ceramah beliau berkait dengan tajuk kegemarannya iaitu mukjizat al-Quran dan sains, rasanya malam itu cukup bersemangat.

Mungkin kerana beliau berceramah dalam keadaan berdiri, ditambah lagi ruang surau yang padat dengan jamaah.

Saya hadir pada pertengahan majlis, kerana program yang padat sejak awal pagi. Kundasang, kemudian kelas  al-Quran selama 3 jam di UMS, kenduri haji di Penampang sebelum maghrib dan terus ke surau ini.

Selesai mengambil gambar, saya pohon izin pulang kerana keletihan memandu beberapa jam dan bersambung dengan kuliah.

Untuk majlis ini, tahniah kepada seluruh JK Surau khususnya yang bekerja keras dalam memastikan kehadiran ramai malam itu. Semoga Allah SWT membalas usaha semuanya.

Pesan saya, segala kelemahan dan kekurangan sama-samalah ditampung dan berlapang dada. Yang sempurna hanyalah Allah SWT jua.

IMG_0355

IMG_0359

IMG_0361

IMG_0367

IMG_0368

IMG_5842

Ceramah beliau malam tadi dan di banyak tempat telah membuka mata dan akal ramai pihak apabila penceramah telah mendedahkan banyak penemuan-penemuan bernilai dalam al-Quran yang penuh dengan mukjizat.

Bagi yang selalu menyaksikan ceramah beliau atau mendengar segmen beliau di Radio IKIM Fm setiap selasa 6.15 petang, sering mendapati beliau mendedahkan kajian-kajian saintifik yang menunjukkan kehebatan al-Quran al-Karim.

Antaranya susun atur bilangan ayat al-Quran yang membentuk kalimah Allah dan Muhammad dalam ejaan arab, bilangan jumlah kalimah hari (yaum dan al-yaum) sejumlah 365 kali, jumlah kalimah bulan (syahr dan asy-syahr) sebanyak 12 kali dan sebagainya.

Penemuan-penemuan itu menyebabkan ramai kalangan bukan Islam dalam banyak ceramah beliau akur dengan kebenaran Islam.

Sebenarnya kata beliau, diantara punca berlaku kes murtad, maksiat serta derhaka agama ini adalah kerana mereka tidak mengenal Islam dan al-Quran menurut yang sebenarnya. Al-Quran hanya semata-mata menjadi bahan bacaan, bukan sebagai sumber ilmu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dan memberi hidayah kepada pendengar ceramahnya.

IMG_5847

IMG_5851

IMG_5852

IMG_5854

IMG_5856

%d bloggers like this: