Lama tidak melihat haiwan ini secara live. Sepuluh tahun lalu, saya pernah melihatnya, menyaksikannya disembelih oleh sahabat Kelantan tetapi dhab masih hidup berjam-jam selepas itu. Setelah jelas nyawanya sudah tiada, ia kemudian dimasak dan dibuat sup oleh rakan-rakan di Rumah Sabah, Abbas el-Aqqad Kaherah. Alhamdulillah, saya turut sempat merasanya.

Dhab adalah sejenis haiwan yang pernah disebut dalam hadith Rasulullah SAW. Ia halal tetapi baginda SAW enggan memakannya kerana haiwan berkenaan tiada di tempatnya. Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata : “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya : “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab : “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Di Taman Melewar tempoh hari saya melihat sebuah gerai (kalau tidak salah orang ialah Ustaz Azhar Mohammad Sapawi) menjual minyak dan kapsul dhab dan memperlihatkan kepada umum beberapa ekor dhab. Saya tersengih melihat dhab merayau perlahan di sekitar meja berkenaan. Seekor lagi pula mendiamkan diri, kalau salah pandang seperti patung kerana langsung tidak bergerak. Ketika belajar dahulu, pernah juga membawa pulang berbotol-botol minyak dhab untuk dijual.

Menurut blog beliau http://dhabsinai-adiputre.blogspot.com/, antara khasiat minyak dhab ialah merawat peredaran darah pada zakar, menguatkan regangan zakar, meransang syahwat, memaksimunkan eraksi zakar, menghalang urat zakar dimasuki angin dan seumpamanya. Ia juga sesuai untuk pesakit lumpuh, stroke, sakit urat, pinggang, sendi, lutut, tumit, kebas-kebas, terkehel, terseliuh, patah akibat kemalangan dan luka diabetes. Alahan, asma, gatal kulit, kudis buta, luka-luka, sopak, bekas jahitan, kanak-kanak kembung, kencing malam, angin pasang, penat dan bias.

Yang berminat bolehlah menghubungi beliau Ustaz Azhar (013-4560989) @ Hadi (019-6104432).