Tag Archive: Dewan Wisma Pertanian


Rizuan & Suriani

Tarikh : 7 Mac 2015

Lokasi : Wisma Pertanian, Kota Kinabalu

Sekalung tahniah dan doa mudah-mudahan pasangan mempelai ini Cikgu Rizuan Kansu dan isteri Cikgu Suriani Mohd Said – ┬ákedua-duanya tenaga pengajar di Pusat Pendidikan Islam an-Nur (PPIAN) Taman Austral Kepayan ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT dan dikumpulkan mereka berdua bersama zuriat keturunan di dalam kebaikan.

 

MOHD AZIZAN & NORHALINI

Tuan Haji Fauzi How adalah peminat kelas-kelas pengajian Islam.

Di Surau Taman Austral, beliau boleh dikatakan tetamu tetap saya yang sangat istiqamah dalam kuliah pengajian al-Quran dan tajwid. Kuliah-kuliah selepas solat isyak di Masjid Negeri Sabah juga sering dihadirinya. Apabila beliau mengundang kenduri kendara, saya ingin benar untuk hadir tetapi selalu saja bertembung dengan program lain. Jadi kali ini apabila undangan perkahwinan anaknya – Mohd Azizan dan pasangannya Norhalini binti Mailin, maka saya tidak ingin menghampakan beliau untuk hadir.

Saya lihat majlis beliau agak sederhana di Dewan Wisma Pertanian siang tadi. Ada kumpulan kulintangan, kumpulan hadrah, dan kumpulan solawat Masjid Negeri Sabah. Keluarga besar beliau dari kalangan tiong hua juga kelihatan hadir, begitu juga jamaah masjid dan surau, para ustaz dan imam hadir untuk menyantuni beliau sekeluarga. Semoga kehadiran menantu baru dan keluarga mereka akan menambah seri kebahagiaan dalam keluarga besar Tuan Haji Fauzi How.

Tahniah daripada Abu Nuha Corner sekeluarga.

%d bloggers like this: