Tag Archive: Darul Quran Kuala Kubu Bharu


SELEPAS 16 TAHUN

Tarikh : 26 Oktober 2015

Lokasi : Darul Quran Kuala Kubu Bharu, Selangor

Tahun 1999 datang ke sini untuk peperiksaan diploma tahfiz JAKIM. Tahun 2015 baru datang kembali untuk berziarah. Terima kasih Izan staf DQ JAKIM yang sudi membawa ke sini mengimbau kenangan. Tahun 1999 masih banyak blok belum ada termasuk masjid dan lain-lain. Turut sama dalam permusafiran dua ustazah dari IKMAS Sarawak.

20151026_102012 20151026_123330 IMG-20151026-WA0074IMG-20151026-WA0097IMG-20151026-WA0096

AL-QURAN BRAILLE


Barangkali ia satu catatan istimewa buat kami Lajnah Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila terdapat permohonan semakan al-Quran Braille 30 juzu’ oleh Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Pada awalnya, saya hairan juga memikirkan bagaimana cara menyemak tulisan braille yang hanya berbentuk titik-titik yang ditebuk itu. Melihat pula teksnya yang begitu tebal, siapa pula hendak menyemak dan membetulkan al-Quran berkenaan jika terdapat kesalahan.

Tidak lama, kami dimaklumkan kehadiran lima orang pelajar Darul Quran cacat penglihatan (tapi celik hatinya), yang akan ditugaskan membantu penyemakan al-Quran Braille ini.  Ahmad Qusairi Mat Zizi, Abdul Majid Md Yusuff, Wan Md Fadhil Wan Fauzi, Mohd Azhar Baharom dan Mohd Firdaus Hairi.

Qusairy berasal dari Pasir Puteh Kelantan, Abdul Majid dari Kuala Krai, Fadhil dari Kota Bharu, Azhar dari Taiping dan Firdaus dari Pelabuhan Kelang. Kesemua mereka baru menghafaz al-Quran antara tiga hingga sepuluh juzu’ dan memahami tulisan braille. Sedikit masa saya luangkan untuk bertanya punca sakit mereka. Ada yang bermula dengan demam panas, ada yang kerana saraf malam, glukoma iaitu masalah kilang air mata dan kanser mata.

Penyemakan al-Quran Braille ini dijalankan dengan pemantauan Ustaz Azhari Othman dan Ustaz Tahir Abdul Manaf yang juga kedua-duanya pensyarah di Darul Quran. Pelajar ini akan ‘meramas’ tulisan braille berkenaan dan membacanya, sementara Ustaz Azhari dan Ustaz Tahir akan mendengar dan mencatat kesalahan jika ada.

Mesyuarat kami telah memberi mandat kepada mereka untuk menyelesaikan dalam tempoh sebulan al-Quran Braille berkenaan kerana masa yang lama diperlukan untuk menyemak dan mengesahkan ketepatan tulisan berkenaan. Mudah-mudahan ini sebahagian sumbangan kecil untuk kemudahan mereka yang berkenaan membaca Kalam Allah SWT ini.

Sekalung tahniah juga kepada PERTIS atas usaha murni ini.


%d bloggers like this: