Tag Archive: Darul Quran JAKIM


Tarikh : 20-24 Oktober 2013

Lokasi : Kompleks Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Ampang Pecah Selangor Darul Ehsan

Tema : Transformasi Huffaz Ke Arah Penyatuan 1 Ummah

Keputusan Keseluruhan :

Keputusan Acara MTQN Sabah :-
Acara Sukan : 5 Mata – Acara Ilmi : 19 Mata
– Sepak Taqraw : Ketiga
– Bola Tampar (Perempuan) : Ketiga
– Nasyid Perempuan : Naib Johan
– Debat Melayu Campuran : Ketiga
– Tilawah al-Quran Berqiraat Lelaki : Ketiga
– Tilawah al-Quran Berqiraat Perempuan : Johan
– Tilawah al-Quran Bertarannum Lelaki : Ketiga
– Tilawah al-Quran Bertarannum Perempuan : Ketiga
– Qasidah : Ketiga

Keputusan Keseluruhan Ihtifal Huffaz :-

1. Darul Quran – 120 Mata
2. MTQN Pahang – 54 Mata
3. IQT Terengganu – 33 Mata
4. MTQ Kedah – 28 Mata
5. MTQN Sabah – 24 Mata 
6. ITQAN Negeri Sembilan – 11 Mata
7. MTQN MAIK Kelantan – 10 Mata
8. INSPI Terengganu, MTQN Perak – 8 Mata
9. SM Al-Azhar Kedah – 6 Mata
10. MTQ Perlis – 2 Mata
11. MTQ An-Najihah Negeri Sembilan – 1 Mata

Tahniah kepada semua Kontinjen yang mengambil bahagian!

Sumber : Page Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah

mtqq1 mtqq2 mtqq3 mtqq4 mtqq5 mtqq6 mtqq7 mtqq8 mtqq9 mtqq10 mtqq11 mtqq12 mtqq13 mtqq14 mtqq15 mtqq16 mtqq17 mtqq18

huffazpro6

18 Mei 2013 – Jakim melalui Darul Quran terus komited melahirkan golongan hafiz al-Quran professional dalam negara ini. Demikian menurut ucapan Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim ketika merasmikan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran di Darul Quran.

Tambah beliau golongan hafiz al-Quran ini diharap mampu memberi khidmat kepada masyarakat apabila tamat pembelajaran nanti.

Para pelajar yang diraikan hari ini akan menyambung pengajian mereka dalam bidang kritikal yang amat diperlukan pada masa kini. Apa yang kita harapkan ilmu al-Quran yang dimiliki dapat di integrasikan dengan ilmu-ilmu yang akan dipelajari nanti. Insya Allah, suatu hari nanti akan lahir golongan ulama profesional yang menggabungkan ilmu duniawi dan ukhrawi.”  tambah beliau lagi.

Beliau juga mengambil peluang mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan para pelajar yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran sepanjang keberadaan di Darul Quran.

Sebelum itu, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran ketika menyampaikan ucapan aluan menekankan bahawa penguasaan ilmu adalah prasyarat kepada pembinaan tamadun yang cemerlang. Menurut beliau lagi Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan Ilmu, maka dia hendaklah mengkaji al-Quran.”

Justeru beliau sangat berharap agar para pelajar dapat mengekalkan hafazan di samping memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Seramai 148 orang pelajar telah diraikan pada majlis kali ini. Dari jumlah itu seramai 22 orang pelajar dari Program Tahfiz Kejuruteraan UNITEN telah diraikan buat julung kalinya sejak program ini diperkenalkan pada awal Mac 2012 lalu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Pengarah Kanan (Pengurusan), Y.Bhg. En. Mohd Ariff bin Ahmad Tarmizi, Dekan Kolej Pengajian Asas & Umum UNITEN, En. Murshid bin Kassim, Timbalan Dekan, Pusat Asasi UIAM, Y.Bhg. Hajah Zawanah binti Mohamad, Pengarah Bahagian Fatwa Jakim serta Pegawai Kerajaan Daerah Hulu Selangor.

huffazpro1 huffazpro2 huffazpro3 huffazpro4 huffazpro5

PEPERIKSAAN SEMESTER

Mulai hari ini 24 Sept.  sehingga 3 Oktober 2012 semua siswa siswi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah menduduki peperiksaan semester 1, 3 dan 5. Di maahad kami ketika ini mempunyai 40 orang siswa siswi yang sedang giat menghafaz al-Quran menurut sukatan masing-masing. Semester satu dengan hafazan 5 juz, semester 3 dengan 15 juz dan semester 5 dengan 27 juz.

Peperiksaan ini berjalan dibawah kendalian Darul Quran JAKIM dan disertai serentak oleh maahad-maahad tahfiz seluruh negara yang mengikuti sistem pengajian diploma yang dianjurkan oleh JAKIM. Terdahulu pada 19 dan 20 Sept. lepas diadakan ujian lisan al-Quran dan al-Qiraat yang mumtahin (penguji) didatangkan khas dari Darul Quran. Sebagai persediaan peperiksaan bertulis semester, maahad telah mengadakan ujian percubaan pada khamis dan jumaat lepas. Doakan anak didik kami mendapat kejayaan dalam semua peperiksaan subjek yang mereka sertai.

Beliau adalah salah seorang ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN sejak 2006, bererti musim yang sama saya menyertai lajnah berkenaan. Sebenarnya saya sudah mengenali beliau sejak tahun 1999 ketika kami menduduki peperiksaan diploma tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Baru sementara Ustaz Moghni adalah salah seorang pensyarah di sana. Saya ingat lagi beliau adalah pensyarah bagi subjek Ulum al-Quran.

Saya agak rapat dengan beliau kerana kami sering duduk berhampiran dan sekumpulan dalam siri-siri mesyuarat lajnah ini sejak kami sama-sama menjadi ahli lajnah. Pernah juga beliau menyantuni saya sebagai musafir ketika satu program Seminar Aqidah anjuran Jabatan Mufti Wilayah berlangsung di Masjid Wilayah Jalan Duta dan ketika itu beliau menjadi salah seorang imam di sana.

Ustaz Haji Moghni, 51 tahun berasal dari Sekinchan Selangor, pernah merantau ke Mesir antara tahun 1987 hingga 1993 untuk menyambung pengajiannya selepas belajar di Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat di beberapa tempat antaranya imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pensyarah Darul Quran (1998-2006), Imam Masjid Wilayah (2006-2009) dan sehingga artikel ini ditulis beliau merupakan Pegawai Tadbir Agama (PTA) Hulu Langat Selangor sejak tahun 2010.

Klik di sini : http://www.darulquran.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

%d bloggers like this: